
jumaat
jumaat pagi kna marah ngan bos sbb salah beli bola (bola jaring). bola yg aku bli tu wrn oren jenama Mikasa (bola lama) tp dia nk bola baru jenama Molten (wrn biru, putih n merah). terpaksa g tukar semula bola tu. stok pulak abis. g cari kedai lain sib baik ada. sebelah petang g tgk tempat untuk perlawanan bola jaring sok. dah selesai riki tempat blah trus sbb malas nk tgu majlis perasmian. tau jer la kalo menteri datang pasti lambat majlis tu bermula.
sabtu
kol 6.30pg dh ada kat opis tunggu kenderaan jabatan datang pick up bwk g Pusat Latihan PETRONAS, Bangi. sebagai urusetia Bola Jaring, aku kna jaga markah 11 agensi yang bertanding. game abis petang. dalam kol 5 lebih. pastu g jalan2 cr makan. dlm kol 10mlm kakdila n munzir dtg hantar baju tok larian sok. aku dh tekad nk g larian sok wlaupon kna jaga bola jaring lg. ponteng kejap jer.
ahad
kol 6.25pg gerak g dataran merdeka. g simpan barang jap. "adik kategori F ker?" "kategori F simpan barang kat sana" hahahaha " saya kategori B". aku tgk yg pkai bibs F rmai budak2 sekolah. ahahaha nampak terlalu muda kot. aku duk barisan belakang utk bagi peluang pada sapa2 yg nak pecut dulu. dah reda skit baru aku lari. ramai btol org. aku merangkak perlahan2. belum lari lg kaki dh kebas sbb aku tgh period pain. petang semalam baru dapat. adoishhh. slow n steady jer. jumpa lenny ms tgh lari. water station memang byk. aku xsempat nk minum sbb kna habiskan cepat larian nie sbb kna bekerja pulak pasni. memang meriah dgn pasukan sorak yg dr pelbagai jenis suku kaum. bravoo!!! dapat medal n sijil. goodies. xtau pon brapa masa aku. aku sempat potong Q ms nk ambk air. sori pada yg aku potong tu. aku nk cepat. mintak ampun. pastu blah trus. jumpa ghejan jap. n jumpa Yap. pastu blah trus. tukar baju kat stesen LRT masjid jamek.
sampai bangi sblm perlawanan akhir bermula. sempat la aku menabur bakti jap. bos dah bising2 tanya mana aku menghilang. sengeh2 jer la. dalam kol 11 tutup kedai. kemas brg msk dlm bilik urusetia. g tgk jejaka2 dr FRIM n JPS lawan bola tampar. sblm tu g tgk takraw. bosan tgk org main dam aji. balik awal gak. malas nk tgu majlis penutup n penyampaian adiah.
p/s: ari sabtu aku silap msk tempat ambk wuduk lelaki. dah siap ambk wuduk baru perasan tu tmpt wuduk lelaki. patut la rmai lelaki berkumpul kat depan pintu tu. siap perli2 aku lg ms aku keluar. wat muka x bersalah jer laaa..ahaha ni kali ntah ke berapa aku salah masuk toilet lelaki. baru aku tau aku ni suka main redah jer.
Congrats pada kwn2 aku jugak yg berjaya dalam TC Run kat Kuantan semalam.