Tuesday, December 27, 2011

Meneroka Gua Batu Maloi







24-25 Dec 2011

Bergerak ke r&r Seremban pukul 7:00malam untuk berjumpa dgn lagi 4 orang. Pukul 10 malam bergerak ke Johol. Masuk ke Simpang Ampat-Tampin. Gua Batu Maloi terletak di Kg Air Mawang,Johol. Sampai di Hutan Lipur Gua Batu Maloi pukul 12 malam. Hujan renyai-renyai, kadang-kadang lebat.

Keadaan parking di HL Gua Batu Maloi sangat teruk dengan tanah yang berlecak di sebabkan oleh hujan. Tiada parking khas yang disediakan. Cuma kawasan berumput yang berlecak. Keadaan jalan untuk masuk ke situ juga rosak teruk.

Tiada chalet disediakan dan cuma ada beberapa tapak perkhemahan yang disediakan khas. paling teruk sekali keadaan tandas dan surau yang dah roboh. Tandas dan bilik mandi yang ada yang ada dengan pintu tandas an bilik mandi yang dah roboh dan kepala paip yang dah hilang sangat teruk!

Meneroka gua Batu Maloi mengambil masa 3jam dengan 24 Check point. sepanjang di dalam gua tersebut, anda akan basah kuyup dan anda perlu bersedia untuk bermain dengan arus deras dalam gua tersebut.Anda juga perlu menyelam untuk ke bahagian gua yang lain. Jangan lupa headlamp kerana sesetengah tempat ,memerlukan bantuan cahaya dari lampukepala (headlamp). Anda juga perlu bersedia untuk menerima lompatan sang katak (mungkin putera raja). Sangat2 'rare'.

Nature guide juga sangat berpengetahuan mengenai ilmu perhutanan. 5 bintang untuk mereka. satu interpretasi yang bagus sepanjang perjalanan pulang ke hutan lipur Batu Maloi.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pakej yang ditawarkan, boleh berhubung terus melalui :

En Nazri : 012-257 7137

http://www.facebook.com/pages/Hutan-Lipur-Gua-Batu-Maloi/260694840617769

WND 2081

24 Dec 2011




Sepatutnya aku g dentist hari ni tp atas sebab nak uruskan my new buddy, aku tunda minggu depan. so sekarang aku dah ada teman baru. senang sikit untuk aku bergerak (makin panjang la langkah aku pasni).

Wednesday, December 21, 2011

Rezeki hujung tahun

Berdebar lain macam masa nak check result td. Alhamdulillah LULUS kursus induksi. Bermakna semua syarat untuk pengesahan jawatan dan lulus. Peperiksaan JPA ambik sekali je terus lulus. Peperiksaan Jabatan ambik 3 kali. (Ada 5 subjek, kali pertama lulus 3, kemudian ulang mana yang belum lulus (2). Kursus Induksi Umum dan Khusus lulus dengan jayanya. InsyaAllah tahun depan proses pengesahan jawatan dapat diselesaikan. 2 Febuari tahun depan genap 2 tahun aku sebagai penjawat awam. tak tahu mampu bertahan sehingga berapa tahun.

Monday, December 19, 2011

17-18 Dec 2011

17 Nov 2011 (Sabtu)

Join Family Day MPSJ di Sunway Lagoon. Memang bestttt layan main gelongsor dalam tu. Tak lupa juga layan Taman Haiwan (Wildlife Park) dalam tu. Makan. Mandi. Makan. Window Shopping kat Sunway Pyramid. Layan Donut. Yummyyyy...

18 Nov 2011 (Ahad)

Layan Larian Kitar Semula 7km, Putrajaya. 34:14 minit. Sempot separuh nyawa. Enjin dah berasap dah. No. 5th. Layan sarapan pagi kat Batu 11. Perut dah kenyang, g berendam kat Pangsun. Perut dah start lapar balik layan durian pulak. Sampi rumah pengsan. Malam badan panas. Rupanya antibodi aku tak berapa kuat pun. uhuhuuhhhh.... pape pon aku enjoy sakan minggu ni makan.


19 Nov 2011

Hari ni sakit kepala kat opis. Satu badan rasa berangin. Berangin ngan keje lagi. Orang kata keje kena ikhlas. Keje tu satu ibadah. Tapi aku? Arghhhhhhhhh aku ikhlas keje tp keje tu tak ikhlas ngan aku!!!!! (ada ke camtu?)




Sunday, December 11, 2011

10-12 December 2011

10-12 December 2011
Lolo-Nuang-Lolo
The Gardens
Hulu Langat
Sungai Buluh
Putrajaya

Trip melepaskan gian. Start naik dari pejabat renjer pukul 9:30pagi. Sampi Lolo pukul 11:00pagi. Setup khemah, masak air panas skit, minum2 gerak naik puncak. 2jam 12 minit sampi puncak. Lepak puncak 15minit lepas tu turun. Siap2 mandi dan solat, plan asal nak masak megi tapi jiran sebelah pelawa nasi dengan gulai ayam. Hentam sajaaa la.. Pukul 6ptg siapkan bahan-bahan untuk menu makan malam :
  1. Siakap 3 rasa
  2. Ayam masak serai
  3. Kangkung dengan udang
Lepas solat maghrib, makan malam. Banyak lauk dan nasi lebih, kami sedekahkan pada budak2 yang baru sampai di campsite Lolo. Hujan renyai-renyai sehingga pagi.

Lepas Subuh, masak megi bersama udang, ayam dan telur. Acara menghabiskan ration. Lepas makan sambung tido sampi pukul 9pagi. 9:30pagi siap2 untuk turun. Perjalanan turun jumpa ramai yang baru mula mendaki.

Sampi di pejabat renjer, lepak minum dan makan di Cafe Berembun. Harga segelas nescafe tarik RM2.40, tea O ais RM1.50, pau inti kacang merah 2 bijik dan kek coklat 2 slice (nipis). Total = RM9.00. Sambung makan di Yanti Masakan Minang. Tapau buah mata kucing. Balik KL.

3:15 petang bersiap sedia untuk membuat cermin mata baru menggantikan cermin mata yang patah. Seksanya pakai buang lens selama 6 hari. $$$$$$$ lagi. Hanya dapat siap dalam masa 3 hari. Misi mencari kasut pulak. Adidas The Gardens hampeh, Studio R pon hampeh. Last sekali jumpa kat Adidas MidValley. Nah Adizero Adios yang dah 5 minggu aku cari! RM450. After 20% less dapat RM360. Berbaloi-baloi.




6:30 petang ke hulu langat lagi. Ada kerja sikit nak selesaikan. Pekena durian secukup rasa. Makan malam di Bandar Tasik Permaisuri. Chinese Muslim Cafe. Tip top makanan. Pukul 10:30malam kembali ke rumah. Penat dan banyak kerja dapat diselesaikan. Berada di Sungai Buluh sehingga pagi atas urusan tak rasmi.

12 December 2011
Aku cuti hari ni. Ke Putrajaya untuk menghantar barang bagi Larian Kitar Semula. Breakfast di Pappa Rich Permaisuri, pastu pulang ke pangkal jalan. Update blog dan pasni acara tidooo...

Tq very much pada b yang bersama-sama menjayakan misi 3 hari ni. Idup Buncet ahahahaa..

PPM ke-16

Tarikh : 4-9 December 2011
Tempat : Renaissance Melaka Hotel

Pendapat aku :
Satu persidangan yang membincangkan mengenai penyelidikan serta kejayaan yang telah dicapai oleh Jabatan masing-masing (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak). Ada sesetengah penyelidikan dijalankan dan berjaya(penyelidikan) tapi tiada kesinambungan, tiada impak pun. Sekadar menjalankan penyelidikan dan menyimpan data. Ada sesetengah pembentangan yang sangat memberangsangkan. Ini kerana memang mereka betul-betul menjalankan kajian tersebut dan mendapat hasil impak daripada penyelidikan tersebut.

boring nya cite pasal benda2 ni.... sekian...

Saturday, December 3, 2011

28 Nov 2011

Blue Lagoon
Ayer Itam
Taman Wawasan,Puchong

27 Nov 2011

Camping At Langat



26 Nov 2011


Bukit Kutu
Kual Kubu Baru

25 Nov 2011

Pagi
Dentist

Petang
Body massage kat Bangsar
pssst....totally naked