Saturday, July 30, 2011

Cepatlah masa berlalu

Tertekan dengan situasi sekarang. Keadaan yang menghimpit diri. Semakin terhimpit dengan situasi sekarang. Kadang-kadang rasa macam tak cukup oksigen. Sukar nak bernafas. Ini lah ujian Mu. Kadang-kadang redha, kadang-kadang sebaliknya.

Berkampung di Trolak

17-28 Julai 2011
FELDA Residence Trolak, Sungkai Perak

Kursus Induksi Modul Umum Kump 1 Bil 2/2022. Mengimbau kembali zaman belajar dulu. Paling teruk waktu dah last nak hbis kursus. 3-4 hari terakhir. Acara tido dalam tandas. Time kuliah ponteng tido dalam tandas disebabkan mengantuk yang melampaui batas. Waktu kuliah pulak tido je memanjng walaupon duduk barisan paling depan sekali.

Aktiviti memang pack sangat-sangat. Pagi solat subuh berjemaah. Sambung terus riadah pagi. Breakfast. Mandi bersiap2 ke kelas. Pukul 7.45 dah terpacak kat kelas. Pukul 10.30pg minum pagi. sambung kuliah. Pukul 1 lunch n solat. pukul 2.30ptg sambung kuliah. Pukul 4.30 habis kuliah. Pukul 5ptg sambung riadah petang. Pukul 6.30 dinner+ solat maghrib n isyak berjemaah. Sambung kuliah sampi pukul 10.30-11.00 malam (bergantung pada fasilitator, kadang-kadang sampi pukul 12mlm)

Assignment group + assignment individu + exam. Memang rabak mata. Assignment individu memang sangat comot. Penuh dengan liquid paper pada awalnya. Tapi dah last-last potong jer.
Alhamdullilah berjaya habiskan dan harap-harap takla datang lagi ke situ :-)

notakakikukucekam:
teringat masa zaman kem wildlife dulu. situasi yang sama cuma keadaan tempat je berbeza. dulu tido dalam khemah, sekarang dalam hotel...lagi selesa untuk tido

Mt Berembun 15-16 Julai 2011



Acara lari naik gunung + acara yang sangat sihat. Baik untuk jantung dan hati yang tengah tak keruan. Tapi sekejap je sembuh lepas tu berdarah kembali. Boleh dikatakan lebih pada mencari makan. Kategori women closed. Checkpoint sampai ke Kem Y sahaja. 1jam 09min sampi ke situ pastu patah balik 1jam00min (kaki kanan dah mula cramp). 1st placing untuk kategori ini.

Friday, July 8, 2011

Bukan rezeki

Setiap apa yang diberikan oleh-Nya ada nikmahnya dan setiap benda yang ditarik oleh-Nya pun ada hikmahnya. Kali ni bukan rezeki aku. Mungkin rezeki lain atau dengan cara lain yang akan sampai. Bukan kita tidak bagus (sedapkan hati sendiri) tp kita terlalu bagus untuk sesuatu itu. Atau ada sesuatu yang lagi bagus daripada itu menunggu kita. Siapa yang tahu kan?

notakakikukucekam:
stok coklat untuk kami makan di kala kebosanan.