Ini la hasil Benum, kesan jatuh dan pacat. Mana nak cari kat KL? kat Benum je ada. Tapi tu semua kesan luaran, kesan dalaman (pahit dan manis) masih lagi terpahat dan akan kekal selamanya.
Wednesday, October 26, 2011
Akhirnya jumpa
Finally jumpa. Kat Alamanda, KLIA, Sogo pon sama discontinue. Aku jumpa ni kat Langkawi. Aku tak berapa nak paham kenapa nak discontinue? Bau dia sangat nature!
Misi mencari gagal
Misi hari ni mencari sepasang kasut bersaiz UK 5 1/2 di Pavilion KL Shopping Mall gagal. Adizero Adios tiada saiz, Ace tiada saiz, Tempo tiada saiz, Mana tiada saiz...."kami cuma ambil saiz yang besar je dik" ..... "kat The Gardens pon sama, Adidas KLCC tutup buat masa sekarang tapi sama je saiz yang kita ambil" ....."nanti B cari kat Singapore yea, pakai dulu Adizero Boston tu" uhuhuuuu ... ngat nak beraksi kat PBIM nanti dengan kasut baru dan 2XU yang dah setahun aku simpan dalam almari tu...
Oleh kerana kecewa dengan saiz kasut, aku sambar jugak Nike Victory Shape Bra. Nasib ada saiz XS. Susah sangat ke nak ambil stok saiz kecik. Ngat sume orang kat Malaysia ni besar-besar ker?
Tambah lagi 4 besi
Sepatutnya temujanji dengan doktor gigi 22 Oktober 2011 tp disebabkan berada di luar kawasan terpaksa ditunda ke hari ni (26 Okt 2011). Hari ni kali ke -5 tukar getah pada gigi. Tapi kali ni kena tambah lagi 4 besi pada gigi atas hujung. Getah warna putih lagi aku pilih kali ni. Mula-mula plan nak pakai pink tapi terpilih putih pulak. Buat masa sekarang, sakit sikit nak mengigit, nasib baik malam tadi lepas buat recovery run 5.4km aku terus pergi cari ketam dan dah belasah ketam 3 ekor (penangan Benum la ni, elok2 aku memang tak suka hidupan laut tu sebelum ni sebab leceh nak makan tp lepas pekena kat Kemsite Lintang terus mengidam). Sedap-sedap je boleh gigit. Kalau tak memang kempunan la nak gigit sepit ketam.
Mungkin minggu ni kena kurangkan mengunyah sebab dah terasa sengal-sengal manja gigi aku ni. Bermakna minggu ni aku akan berdiet. Yahuuuuuu.... memang plan asal minggu ni nak diet sikit sebab makan dah macam hantu raya je ni.
Gunung Benum (Edisi makan)
Lokasi :
Campsite Lintang
Menu :
1. Ketam masak lemak + sotong + nanas
2. Pari asam pedas
3. Kerabu mangga
4. Sambal belacan
5. Bendi goreng
6. Telur dadar
Lokasi :
Campsite puncak Benum
Menu :
1. Roti Arab + Planta
2. Rendang ayam
3. Kari ayam
Lokasi :
Campsite Sg Besar
Menu :
1. Meggi goreng
2. Sosej
3. Telor rebus
Sumber gambar : Rembat dari kamera Sayero psycho. aku sangat2 lupa bawa kamera.
Tuesday, October 25, 2011
Gunung Benum (Edisi jalan-jalan)
Tempat : Kg Perlok, Jerantut
Tarikh : 22-23 Oktober 2011
Line up : 8 orang
Masa : 40jam 05minit
Sumber gambar : Rembat dari kamera Sayero psycho. aku sangat2 lupa bawa kamera.
Tuesday, October 18, 2011
PIC 2011
Tarikh : 14-15 Oktober 2011
Tempat Tinggal : Pulau Perhentian Besar
Tempat Perlumbaan : Pulau Perhentian Kecil
Waktu: 11:00pagi
Jarak : 14km
Timing : 3:10 min
Position : 5th
Hadiah : RM600
Sunday, October 2, 2011
Mt Brinchang Irau
Tarikh : 1-2 Oct 2011
Lokasi : Cameron Highlands, Pahang
Mt. Brinchang
Masa treking : 58min (naik), 49min (turun)
Jungle Walk No. 1
Mt. Irau
Masa Treking : 2jam (naik), 1 jam 45min (turun)
Jungle Walk No.14
Subscribe to:
Posts (Atom)
















