Sunday, February 22, 2009

menghabiskan hujung minggu ini...




jumaat
balik jer keje trus g umah Nuru kat Sentul Timur...bli makanan kat pasar malam kkat Sentul Timur wlaupon pas balik keje td dah g pasar malam kat Serdang ngan Iza n bli nasi lemak...sampai umah Nuru g lagi pasar malam..masa turun lift aku tgk da budak makan burger ngan sedapnya..dengan bernafsu aku trus jer bli burger...

sabtu
pagi2 lagi dah kuar g Bukit Nenas...Nuru keje arini...aku training tuk Towerthon next week..bole tahan gak la tangga kat sini..da dalam seribu lebih anak tangga..so turun n naik dah dapat 2000 anak tangga...

dalam kol 10 aku jumpa Ekin...teman dia g reg tuk larian sok iaitu Kuala Lumpur City Day 10km Run....pastu g bersiar2 ngan dia kat Berjaya Times Square...pastu bawak dia g Bukit Nenas..dalam kol 1 Nuru dah abis keje n ktorg lepak kat Burger King..layan makan hehehehe...dah kol 4 balik umah...tido jap sampai kol 6...

kol 6 lebih aku layan tangga apartment umah Nuru 24 tingkat..darab ngan 20 anak tangga 1 tingkat...=480 anak tangga...turun naik 3 kali aku dah stop sbb pikirkan sok da 10km lagi nk lari..kaki kna rest...malam tdo awal sbb sok nk kna bgun awal....

ahad
kol 5pg aku dah terjaga tp mls nk bgun lg..tgu kol 5:15 baru bgun mandi...makan2 dulu apa yg patut...pas Subuh aku gerak g masjid jamek jumpa Ekin kat sana...pastu dalam kol 7:30pg larian bermula...non-stop dgn pace yg perlahan2 aku gagahkan kaki aku lari...10km dalam masa 1:13min...ok la tuk bdk baru belajar cam aku nie...dapat no 22 bagi kategori women open..dapat sijil n sekeping besi...

kol 10 lebih lepak ngan kwn2 aku jap kat kedai mamak depan bank muamalat kat lrt Masjid Jamek tu pastu balik Sentul Timur...

kol 12 kuar ngan Nuru n Ghah g The Curves...makan2...cuci mata...window shopping pastu dalam kol 4 balik Sentul Timur...

pas Asar aku kuar g Midvalley nk g tgk wayang ngan kwn aku.....tp terlalu ramai org kat situ so ktorg g 1o1 mall....Upin ngan Ipin dah full house...so ktorg tgk Ombak 2...movie pas Maghrib ngam2...memang terbaik cter nie tp sad ending...grrrrrrr...aku xsuka cter sad ending...dalam kol 10mlm g makan2 kat kedai kat umah aku...sambil tgk gambar pengembaraan kwn aku tu....fuh sgt teruja ngan xpdc beliau...aku kna pergi lg tempat plg tinggi di Semenanjung Malaysia tu...

kol 11mlm dia hantar aku depan pintu umah hehehehe...sampai umah pot pet pot pet jap ngan housemate pastu aku kemas brg2, iron baju keje, mandi, Isyak, zzzzzzzz....n sekarang kat opis keje cam biasa......hujung minggu yg seronok....

tq kepada Nuru kasi aku tumpang tdo dengan selesa..tQ to Aida kasi pinjam sluar tdo yg comel n seksi tu..tq to Ghah bwk g The Curves...Tq to Ekin teman aku msk larian tu...Tq to Munzir sbb tlg reg aritu...tQ to kwn aku sbb blanja tgk Ombak2...love ya!!!! n sume yg sokong aku dr belakang, tepi dan depan...

Thursday, February 19, 2009

doakan yg terbaik

Kerani RHB Bank sesat di hutan belum ditemui

GUA MUSANG: Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28, kerani RHB Bank, Bangi, Selangor yang hilang dalam perjalanan pulang daripada mendaki Gunung Yong Yap, dekat Pos Brooke di sini, sejak Ahad lalu, belum ditemui sehingga petang ini.

Gerakan mencarinya diteruskan mulai jam 9 pagi ini dengan penambahan anggota polis, Unit Udara Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3)dan penduduk setempat.



Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Aziz Hassan, berkata rakan-rakan Mohamed Hassan yang selamat keluar diminta membantu dalam gerakan mencari.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada petugas operasi penyelamat itu di Lojing pagi ini, beliau berkata, bahawa pagi ini pasukan mencari itu bergerak melalui trek Kem Agas tempat Mohamed Hassan Ayat, dilaporkan hilang.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai operasi itu akan dapat diketahui petang nanti menerusi ketua operasi yang juga Ketua Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Daerah Polis Gua Musang, Inspektor Harris Turung.

"Kita juga perlu melihat kepada keadaan cuaca kerana Lojing ini sering kali mengalami hujan yang menyebabkan Unit Udara Polis Diraja Malaysia tidak boleh memantau sepanjang masa," katanya.

Ibu Mohamed Hassan Ayat, Norhayati Abdul Razak, 56, semasa ditemui di Lojing, berkata, beliau tidak dapat bayangkan keadaan anaknya yang keseorangan dalam hutan.

"Mak cik doakan dia ditemui dalam keadaan selamat," katanya.

Norhayati berkata, Mohamed Hassan Ayat mendapat keizinannya untuk menyertai ekspedisi itu kerana anaknya itu amat menggemari aktiviti mendaki termasuk di luar negara.

"Yang mak cik bimbang ialah kaca matanya tertinggal di pejabat kerana dia rabun jauh," katanya. - Bernama

Tuesday, February 17, 2009

misery

semalam petang aku g jogging n aku repeat lagu nie 8 kali...pastu aku berenti jogging...xtau kenapa aku pilih lagu nie..xpaham pon apa yg mereka merepek dlm lagu nie sbnrnya...pasang kuat2 pastu lari...terasa badan dah berat gler..cmana nk lari 10km sabtu nie..layan jer la janji habiskan larian tu...

Misery (Green Day)

Virginia was a "lot lizard" from F.L.A.
She had a compound fracture in the "trunk"
It started when she ran away
Thumbs out on the interstate
She hitched a ride to misery

"Mr. Whirly" had a catastrophic incident
He fell into the city by the bay
He liquidated his estate
Now he sleeps upon the Haight
Panhandling misery

He's gonna get high
When he's low low low
The fire burns from better days
And she screems why oh why
I said I don't know
The catastrophic hymnes from yesterday
Of misery

Vinnie was a hustler out of Amsterdam
He ran the drug cartel in "Tinseltown"
They found him in a Cadillac
Bludgeoned with a baseball bat in the name
Of misery

Gina hit the road to New York City
Mysteriously the night Vinnie croaked
She stopped in Vegas to elope
With Virgina and the dope
And kissed the bride eternally

And they're gonna get high
When they're low
The fire burns from better days
And he screamed why oh why
I said I don't know
The catastrophic hymns from yesterday
Of misery

Hell hounds on your trail now once again ...boy
It's groping on your leg until it sleeps
The emptiness will fill your soul with sorrow
Because it's not what you make it's what you leave

And we're gonna get high
When I'm low low low
The fire burns from better days
And she screams why oh why
I said I don't know
The catastrophic hymns from yesterday
Of misery

Sunday, February 15, 2009

pisang

Kebaikan Pisang aka Banana

Buah berkulit kuning ini selain daripada enak, ia ternyata memiliki pelbagai khasiat baik untuk kesihatan mahupun kecantikan. Rasanya yang manis membuatkan ramai yang menggemari buah ini. Buah pisang boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan hidangan enak seperti kerepek, pengat atau kek. Tidak kurang enaknya, jika anda campurkan ke dalam hidangan bijirin sarapan pagi.

Menurut pakar pemakanan, pisang mengandungi banyak khasiat, antaranya ialah kalsium, lemak, mineral, vitamin, karbohidrat dan protein. Dengan semua khasiat inilah pisang banyak memberi manfaat kepada kesihatan dan juga kecantikan.

Secara umum, khasiat yang terkandung di dalam setiap buah pisang matang adalah seperti berikut, kalori 99 kalori, protein 1.2 gram, lemak 0.2 gram, karbohidrat 25.8 mg, serat 0.7 gram, kalsium 8 mg, fosforus 28 mg, besi 0.5 mg, vitamin B 0.08 mg, vitamin C 3 mg dan air 72 gram. Untuk mendapatkan manfaatnya, pilihlah pisang yang sudah matang yang kulitnya hijau kekuning-kuningan. Pisang matang lebih mudah dicerna kerana gula buah boleh diubah menjadi glukosa semulajadi dan ia lebih cepat menyerap ke dalam peredaran darah.

Dari segi kesihatan, satu fakta yang mungkin ramai yang belum tahu ialah, pisang mampu membantu perokok mengatasi ketagihan nikotin. Kandungan B6 dan B12 yang terdapat di dalam pisang membantu untuk meneutralkan pengaruh nikotin. Selain itu, pisang juga dapat mengatasi anemia kerana ia mengandungi zat besi yang cukup banyak.

Jika anda sering menguap atau mengantuk, salah satu cara untuk mengatasinya ialah dengan mengambil pisang. Ini kerana pisang mengandungi banyak kalium, oleh itu ia dapat mengembalikan kadar kalium dalam tubuh dan melancarkan penghantaran oksigen ke otak. Selain itu, pisang juga sangat baik untuk ibu mengandung. Kandungan asid folat di dalam pisang mudah diserap oleh janin, juga baik bagi perkembangan sistem saraf janin.

Dalam buku ‘Medicinal Uses of Bananas’ ada menyatakan bahawa pisang dapat menyembuhkan anemia, menurunkan tekanan darah, menambah tenaga untuk berfikir, kaya serat untuk membantu sistem saraf, dapat membantu perokok untuk menghilangkan pengaruh nikotin, menghilangkan stres, mencegah strok serta mengawal suhu badan terutama bagi ibu hamil.

Kebaikan pisang kepada kesihatan

1. Mengawal berat badan
Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan berat badan. Telah terbukti seseorang akan kehilangan berat badan apabila mengambil empat biji buah pisang dan empat gelas susu tanpa lemak atau susu cair pada setiap hari dalam masa tiga minggu. Selain itu, diet tersebut membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. Bagaimanapun, pengambilan segelas ‘banana milk-shake’ yang dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga selepas makan akan menaikkan berat badan.

2. Sebagai sumber tenaga
Pisang boleh dicerna dengan mudah, gula yang terdapat di dalam buah tersebut akan diubah menjadi sumber tenaga yang bagus.

3. Baik untuk wanita yang hamil
Pisang juga disaran untuk wanita hamil kerana ia mengandungi asid folik, yang mudah diserap janin melalui rahim. Namun, jangan diambil secara berlebihan. Ini kerana sebiji buah pisang mengandungi sekitar 85-100 kalori.

4. Mempunyai zat besi yang tinggi
Dua biji pisang yang dimakan oleh pesakit anemia setiap hari sudah cukup kerana mengandungi zat besi yang tinggi.

5. Atasi masalah cirit-birit
Pisang yang dicampur dengan susu cair boleh dijadikan sebagai ubat penyakit usus. Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat masalah cirit-birit.

Best tips!*
Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau dihujungnya.* Individu yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi sejenis protein yang membantu seseorang menjadi lebih tenang.* Jika berasa pening-pening, cara yang paling cepat merawatnya ialah dengan minum ‘banana milkshake’ yang dicampur dengan madu.

Thursday, February 12, 2009

bersuka ria...

7-12 feb 2009

poncho - guide dan chef
yan - pembuli 1
j - pembuli 2
enol - kfc
aus - pemancing tegar
yap - gemar mknan pedas
john - pemakan nasi tegar
aku - si Pari n si Kecik

Sabtu
BVD - Kem Tudung Periuk - Anak Yong Belar - Kem Kasut
B/fast - Roti dengan kaya dan marjerin + air teh
Lunch - Meggi + air lemon tea
Dinner - nasi, tom yam, ayam goreng kentucky, pappedom, telo dadar

Ahad
Puncak Yong Belar - Kem Kuali - Puncak H2O
B/fast - Meggi goreng
Lunch - Roti naan + kari ayam + air teh
Dinner - Nasi + Nenas masak lemak ikan masin kurau n pari + bilis goreng + telo dadar + teh

Isnin
Puncak Junction - Anak Junction - Puncak Bonsai - Kem Lembah Agas
B/fast - Bihun goreng + teh
Lunch - Capatti + kari kambing + teh
Dinner - Nasi + daging masak xtau + sup Suun + Kobis goreng

Selasa
Puncak View - Kem D.G.U - Puncak Bonsai Semak - CP Sarsi - Puncak Belumut - Kem Kacang - Puncak Kambing
B/fast - nasi goreng + telo mata + ikan goreng
Lunch - nasi + sup sayur + telo mata
Dinner - Nasi + sotong msk xtau + sup cendawan + telo dadar

Rabu
Tok Nenek - Bubu(day pack) - Yong Yap(day pack) - Tok Nenek - Kem Asadi - Simpang Sg Y - Post Broke
B/fast - meggi + teh
Lunch - tom yam + keropok sayur + ikan tengas goreng cicah sambal kicap (Aus mancing)
Dinner - kat kedai

Khamis
Transit Balai Polis CH - Kea Farm -Tanah Rata
B/fast - kedai mamak Jasmine
Lunch - KFC (enol blanjer)
Dinner - kedai mamak Shukran (depan Puduraya)

* untuk lebih detail nti aku up lg...malas nk menaip :)

Tuesday, February 3, 2009

bert


saja letak gambar Bert nie....teringat time study dulu...
arini aku kena ambk kertas soalan ujian 1 SIM 4200 kat bilik cetak sebab bos aku cuti...bos aku dah siap cop n sain kertas kebenaran nk ambk kertas soalan tu tp xlepas gak..kna jumpa timbalan dekan la...ketua jabatan la...diorg takut aku bocorkan soalan n hilangkan soalan tu..byk gak la kna soal ngan timbalan dekan tu..siap mtk no staf aku lg..last2 dia cakap xper la biar dia jer ambk soalan tu...senang skit keje aku!!!!hahahaha sekarang baru aku tahu agak ketat gak la prosedur nk ambk kertas soalan tu...

satu lagi pasal bos aku...dia nie memang sporting habis ar..aku nk mtk cuti mgu depan sampai hari rabu..dia tya aku nk g mana? balik kg ker? aku ckp nk naik gng...pastu dia ckp g la sementara masih muda n x kawin lg nie...nti dah tua n dah kawin dah xdapat peluang nie...hehehehehe best kan bos aku!!!!!! tp x bermakna aku leh suka2 jer cuti...aku xpenah lg ambk cuti 2 hari terus camni..baru 1st time cuti lama nie...

Monday, February 2, 2009

Tagged again

The rules are simple. Use GOOGLE IMAGES to search for the answers to the questions below.Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer.After that tagged 5 people..

Next year I'm

Favourite things......
aku punyer warna pink...tp aku xjumpa dalam google images
so ambk jer la wrn itam nie

yg nie pon aku punyer warna purple sbb xda aku ambk la gmbr nie...dah lama
x guna sbb dulu time study suka berkepit ngan benda nie...layan cd2 aku yg bersepah tu

aku punyer beg karrimor 20 liter...bwk g
mana2 yg leh sumbat barang skit


aku da 2 harvesack deuter...satu 35+10 n satu lg 45+10.....


Favourite drinks
....



favourite foods....





favorite colours....



live in.....



born in...

A nick name i had......

org cakap muka aku cam kucing..sbb tu org pgl aku mieo...pastu aku
suka calor kuku wrn itam sbb tu nama blog aku kucing kuku hitam tp skrg
dah xbole lg sbb dah keje...mati aku kna jeling ngan bos..

my college major...

bad habit


tdo tu 1 keperluan tp aku tdo sgt awal...kol 9mlm adalah

waktu tdo aku..sebenarnya bila2 ms aku leh tertido...

hobbies...





i wish.....


sebenarnya da byk lg nk masukkan tp malas nk upload n cari gambar...kalo rajin nti aku edit balik...ni khas tuk orangorang....aku xtau nk tagged sapa..kalo ikut peraturan kna tagged 5 org..

Sunday, February 1, 2009

Kemalangan di Gng Datuk

31 jan - 1 feb 2009
Gunung Datuk
40 pelajar Politeknik Nilai (kalo xsilap la)
11 crew

bertolak dari rumah kol 5pagi..Lan datang umah ambik pastu g umah Pak Din kat Sg Besi...setup barang n ration sumer pastu gerak g Gng Datuk...ni 1st time aku jd guide bwk budak2 sebelum nie layan kepala sendiri jer tp kali nie da tanggungjawab kna jaga mereka...aku sampai paling last sbb jaga sorg budak nama Mas..kayuh perlahan2..akhirnya sampai gak puncak. dah sampai puncak tolong crew kat dapur masak kira cam rewang ar..ceh...dah siap makan lepak jap pastu gerak turun..aku langsung x naik puncak sbb panas gler dah la muka aku mengelupas sbb burn kesan dr Cmeron aritu hehehe cam bagus jer!!!!!

time turun budak2 nie laju jer tp da gak yg slow sbb kaki dah sakit..tiba2 kak su dengan lajunya potong ke depan sbb nk terkencing...tiba kat depan aku tgk dia dah terduduk n dia ckp dia terjatuh n dia rasa tangan dia dah patah...crew kat depan cuma da Lan, Nasa n Roy jer..diorg dah roger Lan suh naik balik tuk rescue pastu Pak Din suh aku n Ezit turun cover bdk2 kat bawah sbb sume crew tgh rescue Kak Su...aku lari turun bawah pastu jumpa Lan tgh rawat kaki sorg budak yg terseliuh..dia igt budak tu la injured..aku cakap tangan Kak Su patah kata atas pastu dia trus serahkan tugas membandage kaki budak tu kat aku pastu dia trus lari naik atas...aku jaga budak tu to pastu budak tu dah ok..pastu da sorg budak India sakit perut...sian kat budak tu..aku polo jer budak tu sampai bawah..dah sampai bawah aku naik balik sebab kat belakang aku xda org lgsung..risau lak aku.....pas dah jumpa bdk2 nie ngan Ezit aku turun balik..

pastu jumpa Nasa kat jambatan bawah berlari nk naik sbb diorg roger suh Nasa naik sbb diorg sume dah x larat nak usung Kak Su turun...aku n Nasa berlari naik n jumpa diorg kat wakaf..bergilir2 usung Kak Su tp da 1 tempat yg bcerun n xdapat nk usung...ari pon dah gelap masa tu..sume dah bukak headlamp masing2..nasib baik Kak Su dpat berjalan....John datang...jalan perlahan2 akhirnya sampai bawah hampir kol 9mlm...hantar g hospital Tampin tp kat situ xda specialist n diorg hantar g Hospital Seremban.....Ezit tgu Kak Su kat hospital..ktorg tdo kat bwh Gng Dato tunggu hari siang tuk g melawat Kak Su..Lan msk Lamb Chop pastu msk nasi goreng...tdo pastu soknya g hospital..tangan Kak Su dah bersimen n dia pon dah boleh jalan n sihat...