Tuesday, June 30, 2009

jiwa kacau. sangat kacau sehingga meracau-racau

baru td big boss petik nama aku suh g outstation kat Penang pada 11-13 Julai nanti. kena g melawat tapak Hutan Lipur kat sana. sedangkan pada 12 julai tu aku sungguh teruja untuk menyertai acara Olympic Day Run. walaupon kehadiran aku sekadar untuk meramaikan lagi majlis tp aku terasa sungguh tergugat sehingga mau mengugut bos aku supaya jangan kaco hari-hari cuti aku. itu lah saja hari untuk aku berpoya-poya mencuci mata, hati dan perasaan aku...fuh!! aku hanya mampu merancang, berdoa dan bertawakal

Monday, June 29, 2009

bulan Julai yang gila datang menggila kerana wujudnya orang yang gila-gila

  • 4-9 julai 2009 - berada di Kinabalu
  • 12 julai 2009 - Olympic Day Run (Dataran Merdeka)
  • 17-19 julai 2009 - Sukan Antara Kementerian (Sumber Asli & Alam Sekitar), aku kna jd urusetia Bola Jaring..hampeh tol!!!(Pusat latihan Petronas, Bangi)
  • 19 julai 2009 - Siemens Run ( pas abis lari trus g keje)
  • 25 julai 2009 - Nite Run (Putrajaya)
  • 1 ogos 2009 - kenduri kawen Hid & Zaki
  • 2 ogos 2009 - Adidas King Of The Road 2009

da byk undangan yg terpaksa di tolak. Xpdc ke Gng Gerah pada 9-12hb Julai 2009, Sirkit Kembara Negara (Gng Besar Hantu), Xpdc Gng Tebu, Xpdc Gng Liang East & West n Malakoff Duathlon (main relay jer)..terpaksa menolak sebab acara kat atas tu aku dah register awal2 lagi. bulan Julai byk gler events..tp aku bukan la tegar sgt.sekadar nk keluarkan peluh jer.

sudah ada pengganti yang baru..

kawan-kawan aku cakap aku kena cari teman dulu sebelum aku cari teman untuk 'anak angkat' aku tuh. betoi ke camtu?..x caya lah. dan aku telah mendapat kan seorang teman untuk Jaafar bernama Jamilah. sungguh comel.
dan untuk sesekian kalinya malam tadi Jaafar menggigit tangan aku. mungkin dek kerana cemburu sebab aku melebihkan Jamilah kot. kesian kat Jaafar. tp aku akan pastikan kasih sayang pada mereka x berbelah bahagi. dan aku rindu pada Ghani, Fai dan Johan...

Sunday, June 28, 2009

tahniah kepada sumer kawan2 aku...

sampai dr Perlis dah tgh malam..pagi Ahad wish sumer kawan2 yang akan bertarung.
TAHNIAH kepada KakDila dapat no 4 kat Sirkit Gng Angsi n dapat no 2 tuk keseluruhan Sirkit Gunung Negeri Sembilan..

TAHNIAH kepada sumer kwn2 yang berjaya di dalam KL Marathon.

Full Marathon (42km)
Bro Krul
Adel (muka da msk dalam berita TV3 tuh)
Zaki
Azhar

Half Marathon (21km)
Ghejan

10km
Ikin (rekod peribadi yg sgt bagus!!!)

sekadar gambar. dan aku lah kucing itu...

sedikit gambar. kiriman dr Ikin. dan sesungguhnya aku terasa diri semakin kurus. adakah aku kena stop beraktiviti? ooowhh tidak kot. rambut pon dah panjang. terasa cam nk potong. terasa cam nak kasi panjang. mungkin potong skit kot. rimas.

Monday, June 22, 2009

entry ni special untuk Nourell In Da House



nak ucapkan terima kasih bebanyak sbb 'terpaksa' dengar aku merepek malam-malam. ntah apa yang aku merepek pon aku xtau. sampai berasap telepon bimbit aku.ko buatkan muka aku menjadi kemerahan walaupon masa kejadian tersebut aku hanya ditemani cermin.




notakaki : jumpa di Perlis esok (23-28 Jun 2009). nanti kita bergosip-gosip lagi.

Sunday, June 21, 2009

berjalan-jalan, makan dan tido sepuasnya.

aku n Ikin jer kali nie. bosan duk kat KL. aku g Cmeron Highlands. lebih kepada xtvt makan-makan, jalan-jalan dan tido. naik Perdah dan Jasar. Lepak-lepak layan kepala yang berserabut. nanti kalo rajin aku menulis lagi. mungkin si merah nikehobus akan update pasal trip nie. aku rasa cam nk berlari. melarikan.sekian.

............

i get this stupid feeling...very weird feeling. help me!!!!!
this is so NOT me. speechless and soundless..

Thursday, June 18, 2009

makan nasi minyak lagi.

malam td ex housemate aku datang rumah. jemputan kawen. soalan pertama dia tanya aku adalah:

"ko ada x 1 Ogos nanti?"..

"ermm..ada. 2hb jer aku da Adidas KOTR..sempat lg kalo nk cuci periuk ehehehe"

"bagus..bagus..ahahaha.."

selamat sorg lagi kawan aku. aku kna g jugak sebab aritu dia b'tunang aku xda.

pape pon TAHNIAH kepada HIDAYAH MD HALID & ZAKI

Wednesday, June 17, 2009

ni sedikit jadual aku supaya korg x cakap aku sombong bila korg ajak aku kuar tp aku ckp x boleh.

20-21 Jun - Perdah,Jasar,Berembun (Cmeron Highlands)

23-28 Jun - Hutan Lipur Bukit Ayer (Kursus Interpretasi fasa II)*

4-9 July - Sabah (Kinabalu Park)~

* adalah wajib pergi. dan aku terlepas Sirkit Gunung Angsi.
~ x wajib pergi tp aku dah plan dr tahun lepas. dan aku terlepas M2M Gunung Besar Hantu.
Perdah, Jasar n Berembun tu aku saja g sebab boring duk kat KL.

Tuesday, June 16, 2009

bukit xpo setelah ada kesedaran sivik

balik keje trus tukar baju jogging. setelah mereka ada kesedaran sivik. aku wat 5 pusigan kecil jer disebabkan perut aku sakit. period pain. tu pon dah berpeluh. sblm jogging aku sapu Sloan's Analgesic.pedih gler peha aku pastu. rasa cam melecur lak. dah merahmerah dah peha aku.tobat dah pas ni x letak lg.

mengelamun


aku skandal

tajuk cam gempak. aku xtau cmana nk cter. nak diluah mati anak. nal ditelan mati bapak. ermmm....antara ayatnya adalah "kalo nak g mana2 bgtau la. kalo nak duit bgtau la. kalo nak apa2 bgtau la..bla bla bla....."
glurrrpppp. dia igt aku ni apa? sumpah aku xpenah mintak duit dia. aku xpenah ambk duit dia. aku xpenah ajak dia g mana2. aku xpenah bgtau/report kat dia aku nk g mana2. aku xpenah msg dia. dia slalu tepon n msg aku. aku xpenah balas msg dia. aku jarang angkat kalo dia kol aku.
aku hidup berdikari. berdiri di atas kaki aku sendiri. selagi aku mampu. selagi aku berdaya. aku akan lakukan dengan kudrat yang ada ini.
cuma kebelakangan ni aku sedikit keliru dengan hidup aku. ermmm...betul ke aku nie. aku pon xtau napa aku asyik pikirkan 'benda' tu. arghhhhhhhh...lupakan lah. aku dah bengong ahahahahaha scandal lg..napa?napa bukan benda n tempat yang betol? ahahaha entry aku yang paling poyo!!!!!!


Sunday, June 14, 2009

lebih kepada xtvt tido,makan,main UNO dan pembersihan campsite di Lata Naning.

sampai Bentong dalam kol 12 lebih menghala ke kol 1am. tdo kat air terjung Chamang. sok pg kol 8.45am gerak naik Lata Naning. Jalan balak dalam sejam. sampai puncak view dlm sejam. pastu sampai Lata Naning dlm kol 12.40pm. lepak masak.menu:
ayam msk kicap +tauhu
ikan masin
jus oren
pas mkn sume bantai tdo. ada yg mandi pastu tdo.ada yg x mandi trus tdo.ada yg mandi dulu sblm makan td.ptg wat keje pembersihan campsite sambil memaki hamun sapa yg buang sampah2 tersebut.da byk gler smpah sarap yg terdiri dr bahan plastik dan tin.main UNO.smpi mlm.menu sebelah mlm:
ayam msk merah
tomyam campur
telo dadar
jus oren
sambung main UNO smpai lebam.tdo.bangun tdo. bfast:
roti arab
ayam msk merah
nasi goreng
teh
trun dalam kol 10lebih. jalan balak dah mula panas. sampai bwh lepak sejukan badan pastu mandi n gerak balik KL.
TQ kepada sumer. Ag, Pacat, Fadzli (our chef), Farah & Talib.

..................

xdapat diungkapkan/diluahkan dengan kata-kata. sekian.

Friday, June 12, 2009

aku dan hidup baru aku

aku baru je wat insurans td. bukan sebab terpengaruh tp tuk masa depan aku jgk.aku memang dh lama nk ada insurans ni.akhirnya tercapai gak.mana la tau kan?

Thursday, June 11, 2009

aku tdo dalam hutan lg minggu nie. bosan la duk rumah

minggu ni aku akan berada di Bentong. Hutan Lipur Chamang. tdo di dalam hutan yang nyaman. ber'campsite' di Lata Naning. bosan la Kl jerebu teruk.

Tuesday, June 9, 2009

ada sebab napa aku post gambar nie.sebab musabab yang x perlu korg tau.

pabila dapur berasap.aku belajar sesuatu yang sgt menarik.terhasilnya sejenis kueh bernama karipap.

"aku nk wat karipap"ckp Awa

"yea.yea.yea.nak tolong lipat.tp aku xtau cmana"

ehehehe..aku belajar pelahan2.kat bawah cara2 nya.tp aku lupa nk tgk cmana nk wat isinya n kulitnya. yg pasti da kentang, ayam,tepung...

1. buat bentuk bulat. kalo bulat tu besar maka besar la karipap tersebut.


2. lepas tu penyek kan ia. jgn nipis sgt nanti bocor lak.Awa la yg ckp cmtu


3. letak inti kat tengah2. kasi inti tu sejuk dulu. kalu x melecur tangan korg nanti


4. pastu lipat. kasi tutup sumer inti tu


5. kelim cmni. tp yg ni kelim paling buruk dalam sejarah karipap.


6. ini lah inti karipap. ayam pastu kentang. Awa ckp letak serbuk kari 2 sudu kot. ehehehe lupa nk catat semlm


7. Doh karipap. kna uli betol2.guna tenaga tahap maxima. kalo ari wat leh ada muscle kot

8. setelah beberapa kali cuba akhirnya berjaya hasilkan karipap tercantik

9. jgn penyek terlalu nipis. nanti masa goreng bocor plah inti dia. tp aku penyek nipis gak dan hasilnya bocor..terpaksa tampal balik.

10. hasilnya selepas di goreng. rangup dan sedap dimakan begitu sahaja.wlaupon rupa buruk tp rasanya enak sekali.
TQ kepada Awa kerana telah mengajar sesuatu yang baru.

Monday, June 8, 2009

senyuman aku tak cukup manis ker

seperti biasa la kalo jumpa orang yang sama (maksud aku dah jumpa banyak2 kali, tak silap aku dia unit kat depan aku jer kot) kita akan auto senyum. kan senyum tu satu sedekah. bukanyer susah sgt nk senyum.apa yg susah sgt nk senyum.bukanya penat pon.hangin btol aku.dah la dah tua.tunjuk la adab skit.ni berlagak smacam jer.Ketua pengarah pon x macam tu.rasanya dia tu bukan pengarah pon.tp dia punya berlagak mengalahkan KP.tu belum jd KP lagi tu.pagi2 lg aku dah hangin.

Sunday, June 7, 2009

botol kosong punya penangan.

Gunung Bunga Buah
Genting Highlands(naik kat Kolej Inti)
6-7 Jun 2009
lagu Flourescent Adolescent nyanyian Arctic Monkeys berkumandang (bunyi tepon aku)...
"ko free x 6-7hb nie?. Abg nk suh ko bwk g Gng Bunga Buah nie. nak panas kan badan.Abg Chaen nk bwk budak2 Sony".
"ok gak tu bang. saya dah lama x g treking nie.pape hal nti roger saya k.tp abg setup ar ration sume. menu ayam msk madu erk.ehehehe"
"ok la.abg ikut selera ko".....
grr..grr (tepon aku bgetar). Wati msg. alamak Wati nk datang mgu nie.cmana aku nk g Bunga Buah nie. tpaksa la cancel ngan Abg Shahrul.
"Abg..sy xdpt g la Bunga Buah".
"abis tu sapa nk jd guide?"..alamak diorg xda back up lain la plak.
"ok la..saya try adjust time"
aku pikir2..sempat lg nk bsosial ngan wati nie. aku bsosial ngan wati dulu pastu petang sabtu baru gerak g Bunga Buah. wati sampai ari jumaat. mlm tu sempat lg g bpoya2..
"mieo..budak2 Sony x jadi ikut. ko bwk abg jer la".
"napa diorg x jadi?"
"diorg tu sumer berat @#*@&..sebab tu xnk g". bgtau abg shahrul smbil mencarut2..
mlm tu ikin msg aku ty pasal nk reg tuk Nite Run kat Putrajaya nanti. tiba2 dah beberapa msg keluar msk.dia nk ikut naik Bunga Buah. ok la..cun sgt la tu.
soknya dlm kol 3ptg smpi kaki gng. packing ration sumer.
"sapa nk jd ninja turtle nie (bwk kuali)?"..bak sini..sy jd ninja la.
start treking. oleh kerana diorg ckp dah lama x treking aku bg la masa 2 jam utk sampai ke pintu rimba. tu plg lambat la..tgk2 baru sejam jalan dah sampai. hangin jer diorg kat aku ehehehehe..
"lepas ni da menaik skit pastu menurun..pastu jumpa last water point..pastu jumpa rock garden..pastu smpi puncak" dengan pjg lebar aku terangkan kat diorg..
"berapa jam"..alamak ni yg aku lemah nie..
"sampai ke last water point dlm sejam"..ok la perlahan2 kayuh..
hampir2 terlepas water point tu..sib baik aku cepat2 tersedar. air ok la. mungkin baru lepas ujan kot semalam.masing2 keluar botol.
"wei..ko x isi air ker?"
"saya dah isi siap2 kat umah td"..aku jawab
"ko pikul air dari rumah td?..apa la yg cerdik sgt ko"..xper la. aku memang dah lama gian nk pikul beg berat2 cmni.dalam beg da 2 botol besar air kosong + 1 botol air 100plus
"mieo..brapa lama nk smpi rock garden nie?"
"dalam setengah jam smpi ar"..jalan2 pastu dalam 40 min smpi...
"mieo brapa lama lg nk smpi pncak nie?" adois..rasa2 dlm sejam tp aku ckp jer setengah jam memandangkan stamina diorg nie kuat..
"siot jer ko kencing kitaorg erk..ckp setengah jam tp x sampai2..dah kol 7 nie"
"ala depan tu jer lg"..dalam sejam berjaya smpai campsite..
"puncak jauh x?"...
"ala depan tu jer..x sampai 5 min pon"
pasang fly sumer. kluarkan barang msk sumer.agas byk gler.
"alamak abg lupa nk bwk ubat nyamuk la.agas byk gler.cmana nk tdo nie"
"saya bwk 1 kotak ubat nyamuk"..aku dh tau kat situ byk agas..aku psg ubat nyamuk di semua penjuru...
mlm menu ayam msk madu..byk gler aku mkn.abg shahrul pot pet pot pet pot pet..pastu tdo.soknya pas bfast n kemas2 ktorg g puncak..
"wei ko ckp 5 min..ni x sampai seminit dah smpi puncak. xleh pkai btol ko nie".
lepak puncak jap pastu turun.
"ok dah nk gerak nie..Abg Chaen ko set jam..aku nk tgk berapa minit"
"26 saat dah smpi..teruk btol la ko nie" kah kah kah
pastu gerak turun.perjalanan ok jer.tp aku asyik kna perli2 jer..dah smpi pintu rimba lepak jap mkn kacang..
"smpi bwh nti ko teringin nk mkn pe?"
"xda pape pon" jwb abg chaen
"Abg teringin nk minum air jus Oren Twister" ahahahahaha
rupanya botol kosong yg aku bwk (dlm 4 botol) tu menyebabkan diorg telan air liur..botol mineral kat umah aku dah abis buang aritu sbb menyemak jer. botol jus tu jer ada.belasah jer la..
on the way balik berenti kat Petronas. sumer beli jus tu..kah kah kah..tgk botol kosong pon bole jadi cam tu...

Thursday, June 4, 2009

Tahniah kepada Rosniza Kasim (Osmate gua) dan Khairul Anuar

lepas abis jer JB City Eco Challenge 2009 aritu aku balik hotel n mandi dan bertukar. jeng-jeng g kenduri kawen la plak. angkut sumer kawan2 aku yg msk JB City Eco Challenge 2009. makan nasi minyak free. lapar gler.belasah makan byk2.budak2 rumah aku sumer ada.tahniah sekali lg kepada pasangan pengantin baru.semoga bahagia ke akhir hayat.Amin..






Wednesday, June 3, 2009

kesedihan di pagi yang hening

rutin harian aku cam biasa pas balik keje iaitu bemain2 ngan anak2 angkat aku. semalam balik keje aku cam biasa tgk anak2 angkat aku tu.pagi sebelum g keje Johan masih lagi aktif. Jaafar cam biasa hyperaktif tp xpenah gigit aku. Johan slalu gigit jari aku sampai berdarah.
balik keje semalam aku tgk Johan dah terbaring.aku igt kan dia tido tp aku dah geletek2 dia n dia x marah pon kat aku.aku jd pelik napa Johan baik sgt ngan aku ari nie. biasa dia akan meronta2 kalo aku geletek dia. pastu aku angkat dia n dia dah lemah.aku syak dia sakit perut.aku kasi minum air n dia wat bodo jer.
aku dah mula risau.cam biasa aku mengadu kat kawan baik aku.mcm2 kesimpulan yg dibuat. ada yg logik tp byk yg x logik. aku biarkan saja si Johan tu berehat tp keadaan dia dah nazak cm xda harapan. then aku ngadu kat sorg lg sahabat.kebetulan dia telefon mlm td.
pagi td aku bangun dr tdo trus tgk Johan. dia dah mati. uwaaaaaaa. ajal maut di tangan Tuhan.Johan tu pemberian dari John.dia sgt suka makan.semlm aku bg mkn telur rebus sbb aku bc kat internet mereka perlukan protein.so aku pelbagaikan lah mknan diorg.kasi telur rebus dan apple.
sekarang cage Johan dah kosong.xtau nk ganti atau tidak.aku xsanggup nk hadapi kematian lg setelah Ghani n Fai n Johan.arap2 Jaafar tak mengikut jejak mereka.Amin.

JB City Eco Challenge 2009







Monday, June 1, 2009

berlari lari di Johor Bharu sambil berkenduri kawen dan bersiar siar di Pontian dan Tangkak

Majlis Perkahwinan Rosniza bt Kasim & Khairul Anuar
JB City Eco-Challenge 2009
Bermalam di Pontian (Rumah Nourell)
Lepak di Tangkak (Rumah orangorang)
30-31 Mei 2009

balik keje ari Jumaat kemas barang. lepas Isyak gerak jumpa orangorang, en abdilah n nourell di Petronas Serdang. gerak ke Pontian dan berpisah dengan orangorang di Tangkak. sampai di Pontian umah Nourell kol 2pg.

bila hari dah cerah, opah Nourell masak kan nasi lemak ayam n bubur hitam putih (sempena kesyukuran). lepas makan g pusing2 bandar Pontian. minum2 kat Larkin. kat tepi pantai. diorg minum ais kacang spesel tp aku minum limau panas jer sbb sok da race uhuhuhu aku takut sempot plak minum ais.dah la xkuat mana..hari dah petang baru balik umah Nourell

dalam kol 7mlm ktorg gerak g JB umah Iza. majlis akad nikah. wah cantik bangat pengantin. muka berseri-seri.2 kali lafaz dah setel. alhamdulillah. dah selamat jd isteri org dah kawan aku tu.nasi beriyani yg lazat. air mata kucing kot.

dalam kol 11 aku g jumpa wawan, k.dila, munzir, ikin, john n memey. diorg stay kat Mutiara Hotel. puas gak la mencari hotel tu.dah pusing2 bandar JB tu baru la jumpa. sampai kat hotel diorg dah tdo.aku pon trs tdo tanpa tukar pkaian. ngantuk gler.sok nk kna bgn pg lg...

kol 430pg aku dgr dah ada org bangun tp aku layan lg mata aku tdo. dalam kol 6 baru aku bgn bsiap2. wawan batuk2. risau gak aku. nti sapa nk support aku nti? xkan aku nk tarik dia kot.dalam kol 7 ktorg gerak g Dataran Bandaraya JB.

category : Novice
running 12km (tp rs cam x smpi kot 12km)
team activities at 3 checkpoints
entry fees RM100
mixed team (partner with Wawan)
6th placing
timing 1:14:..
finisher medal
rm300
dan seperti biasa sepanjang berlari wawan akan pot pet pot pet kentut. sib baik gak camtu.xda la aku layan sgt kepala aku nie. diaa kata aku pemalas nk lari.muka aku pucat masa cross pond. aku pijak belakang dia masa nk panjat wall sbb aku ni pendek.sib baik dia tinggi. yg penting semangat team tu kna ada.tp aku dah sound dia awal2 suh ikut pace aku masa lari sbb aku xleh ikut pace dia.langkah dia panjang.kat dila n munzir dapat no 4. john n ikin no 12.jumpa ngan Jihah (UTM). dia msk elite. Fong pon msk elite.
habis game balik hotel mandi. pastu g kenduri kawen kwn aku. makan nasi minyak. diorg blah dulu. aku tunggu sampi majlis sanding abis. pastu gerak balik KL. singgah kat Tangkak dulu. pas maghrib baru gerak balik KL. sampai umah dalam kol 11 lebih.sumer terbongkang tdo.