Monday, August 31, 2009

di bulan puasa ini



plan asal mau pulang ke kampung halaman tapi tket bus abis..biasala last minute punye kerja..

plan bertukar kepada 'bekerja di hujung minggu'.tujuan utama adalah mengambil gambar sampah sarap di Lata Naning dan Kem Lolo. line up asal 2 org jer tp da yg nak folo apa salahnya..line up 4 orang.

sabtu
kol 430pg kluar rumah..sahur kat Bandar Permaisuri. Krol dah tunggu. Gerak g Bentong..start treking dalam kol 8pg. jalan balak dalam 55 minit.cuaca memang cun!! suam2 kuku jer. sampai lata naning dalam 4 jam..tekak kering gler..sib baik iman aku kuat lg ehehe..lepak tdo jap pastu bru wat kerja..sampah sarap x banyak sangat..dapat kutip dalam 2 plastik jer. perjalanan turun dalam 3jam 40min..berbuka pose kat Bandar Bentong

ahad
kol 5pg gerak g umah Ikin..sampai Nuang cr surau dan sungguh sedih sbb surau dia sungguh usang..gerak naik..dah hampir sejam layan jalan balak brenti kat pondok ke 2..tdo dalam stengah jam..ujan plak trun renyai2..layan jer la..sampai Kem Lolo setengah jam kmudian..sampah sarap memang byk gler.dah siap keje.ujan makin lebat. lepak baring kat pondok. rmai plak yg dtg mengacau..packing barang trus blah..

TQ kepada Ikin yg sudi teman aku wat keje merepek di bulan pose nie...juga pada Leny n Krol yg berminat tuk turut serta..

dah bersarang labah2

opis aku dah block blog nie..sbb tu dah lama aku x mengepos entry.skrg aku dah ada caranya.ehehehe

Monday, August 24, 2009

Sunday, August 23, 2009

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam yang berpuasa
Semoga ibadat kita diterima olehNya

Wednesday, August 19, 2009

bukan salah aku


bukan salah aku
sekian, terima kasih

Sunday, August 16, 2009

Kliuc Unity Run





x sempat nak mengarang panjang2..bz gler arini..kejadian di atas berlaku pada 15 Ogos 2009. 8km. 45min +-. lepas lari masuk keje. balik keje lepak ngan Lenny kat MidValy.
esoknya g tgk Gijoe ngan Ikin. Sian Lenny xdapat join larian sbb x sihat..semoga beliau cepat sembuh.

Thursday, August 13, 2009

edisi merepek repek makan kerepek

banyak lg gmbr merepek2..x larat nak upload sampai lebam









aku dah jadi Opah


tanggal 14 Ogos 2009 (aku rasa pagi dalam kol 5 kot), Jamilah melahirkan baby-baby yang sungguh comel. mlm tadi after balik dari bertapa selama 5 hari di Hutan Taman Negeri Endau Rompin aku sempat bersihkan sangkar mereka dan bermain2 dengan mereka. Jamilah nampak cam x sihat dan mengalami selsema. so aku kasi ubat untuk beliau.


hari ni sblm bsiap nak g keje aku jenguk si Jamilah dan aku tgk dia bersama-sama dengan baby2 yang masih lagi basah dan kemerahan. aku sempat asingkan beliau dgn yang lain supaya beliau tidak di ganggu oleh yang lain. terasa seperti mau cuti jer arini tp apakan daya terpaksa msk opis jugak arini kerana da kerja yang perlu diselesaikan.


x sabar nak balik rumah!!! tunggu kan kepulangan Opah!!!

Thursday, August 6, 2009

edisi makan

sume makanan dibawah aku x suka..muka aku pon dah cam udang kna bakar...terbakar dek xtvy ber'pulau'an..






edisi gunung

gambar terlalu banyak. 4.13 GB..lebam tangan aku kalo nk letak sume nyer!!! so aku kasi skit2 jer la









edisi pulau

Line Up 4 orang
Bro Tobey, Bro Caen, Bro Shahru, Sis Mieo (aku la tu)
Pulau Manukan & Pulau Mamubatik, Sabah









Sunday, August 2, 2009

majlis perkahwinan, kesesatan & Adidas KOTR



sabtu

belah pagi aku sempat mengemas bilik dan rumah. pastu dalam kol 12 g kenduri kawen Hidayah (ex-osmate) dan Zaki di Sentul. di sebabkan Jalan Istana tutup kitaorg dah tersesat sehingga ke Sri Hartamas. Damn!!! hampir kol 3 ptg baru sampai Sentul. jumpa rmai gler classmate. rasa cam reunion la plak.. balik serdang dalam kol 5. dan berakhirla tugas aku sbagai penjaga hamster pada minggu ini. dah malam baru aku gerak g rumah Lenny. aku lepak tido sana sbb sok pgi2 buta dah nk kena gerak g Stadium Shah Alam.
ahad

dalam kol 5:30pg ktorg gerak g Stadium Shah Alam. TQ kepada Shamsul. Sampai kat parking jumpa Azhar, Krol dan Zaki. sembang2 ngan diorg jap pastu g simpan barang. tepat jam 6.30pg pelepasan tok kategori 22km. pastu kol 7pg pelepasan tok 11km. cam biasa aku mulakan dengan perlahan2. jumpa ghejan pastu dia dah berdesup hilang. tgh2 lari Notyadam tegur. dalam 1:15min aku berjaya sampai. Tq kepada Bro (lupa nak ty nama) yang kasi support kat aku.


tgh2 Q ambk Milo tiba2 da org panggil. rupanya Am Kedah. lepak ngan dia jap sementara Dayah sampai. pastu lepak ngan geng2 Chap Ayam. jumpa Lenny n da geng.

Eijie datang ambk pastu g makan jap. dia pulangkan beg dan edar kad kawen. TAHNIAH pada beliau. pastu aku pulang ke pangkal jalan. balik umah sambung tdo..zzzzZZZzzzzzz..