Wednesday, March 24, 2010

3 majlis dalam 1 hari..

21 Mac 2010
Menara KL & Taman Rimba Eko KL
Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Kebangsaan

Hari Khamis ditukarkan bertugas disini sebagai Urusetia Pendaftaran. Sepatutnya terlibat secara langsung di Negeri Sembilan.

21 Mac 2010
Hutan Lipur Jeram Toi Negeri Sembilan
Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Negeri Sembilan

Memang dari awal menyiapkan kerja-kerja untuk sambutan di Negeri Sembilan. Tiba2 ditukarkan ke Menara KL. Segala urusan berjaya disiapkan dengan jayanya! Hari Sabtu ke Negeri Sembilan lg melawat tapak dan kawasan untuk majlis tersebut. Pukul 6:30ptg kembali ke KL.

21 Mac 2010
Menara KL
Menara KL Towerthon

Last minute dapat pelepasan untuk event ni. Kata bos wakil untuk Jabatan. Huh!!! Pukul 5pg bangun. Pukul 6:30pg gerak ke Menara KL. Flag off pukul 8:30pg (kalo tak silap). 25:40. Placing : 38. Dan aku tak bertugas lgsung pada hari kejadian. heh! dan aku bersedia untuk dengar bebelan bos ari Isnin tu..

Thursday, March 18, 2010

Gunung Besar Hantu


13-14 March 2010

Terima kasih pada John, Bro Razi & Bro Roslan

7:56pg - Start Treking dengan 340 tangga. Starting point di Hutan Lipur Lata Kijang.

8:04pg - Berjaya habiskan tangga dan bermula jalan hutan.

8:22pg - Mula jalan balak. Ambik sebelah kiri untuk ke puncak Gunung Besar Hantu.

8:57pg - Sampai pintu rimba. Pintu rimba pada sebelah kanan. Ada WP kat sini. Trek santai n landai

10:22pg - Tiba Kem Orkid. Last WP kat sini. WP kat depan skit sebelah kanan anda.

12:11tghari - Tiba puncak.

1:18ptg - Start turun

4:20ptg - Sampai Lata Kijang