Thursday, May 13, 2010

suatu perjalanan yg panjang (tiada idea nk letak tajuk pe)~

3 may 2010
sepatutnya ke XPDC Saintifik Kepelbagaian Biologi Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan 3-7 may 2010 tp sebab aku ada hikmah jampi mentera kat bos aku, beliau dengan baik hati melepaskan aku untuk tidak pergi..

isnin pagi tu aku jampi mentera (bukan jampi sebenar hanya sekadar menyedapkan cerita) bos aku lagi. yeah!!! tak payah pergi ke Kursus Asas Menyelamat dan Rekreasi Hutan di Kuala Woh, Perak 9-14 May 2010. hati berbunga riang...lalalala leh g Tioman. sok nak apply cuti..

4 may 2010
di pagi hari yang suci..."Miza (nama glamer kat opis) kamu pergi ke perak minggu depan" kata bos..demmmmm...sambil senyum dan angguk tanda setuju..simpan balik borang cuti tersebut..

5 may 2010
hati tak keruan..mau ke Tioman berpoya-poya lalalalala..menikmati sunset, sunrise, angin pulau yg damai (kena racun lak ngan kawan2)...
mood bos sgt baik hari ni..angin kus-kus tiada bertiup. kami makan coklat sama-sama (umpan aku mengena) dan inilah peluang keemasan aku! dengan pantas aku hulur borang cuti dan dengan lantang aku kena pot pet pot pet pot.."ko nak kawen ke cuti ni?" lalalalala sambil dia approve cuti aku..ehehehe

6 may 2010
cnfirm aku ke Tioman..here i come!!! tp sabtu kena trus blah dari Tioman..xper la asalkan aku dapat bermain dengan pasir putih yg sgt damai..pukul 9mlm kemas pape yg patut..ala kadar je..kalo beriya pon pasti ada barang tertinggal nanti..tu tabiat aku!..bus pukul 11mlm nti..perjalanan ke Tioman akan diceritakan pada entry yang akan datang...sekian

Sunday, May 2, 2010

minggu yang sederhana seronok~


23-25 April 2010
Tiada sebarang latihan. Period pain. Tidak juga ketemui jejaka gagah perkasa itu! Arghhhh...

26-29April 2010
Berada di Hutan Lipur Sg Sedim, Kulim, Kedah. Latihan secukup rasa.

30 April 2010
Selesaikan urusan passport. "adik ada bawak surat beranak? dah cukup 18 tahun ke nie?" ..."ermmm...saya dah 26 tahun encik" ...ahahaha nampaknya aku makin muda..petang ke Midvally. cari sepasang kasut dan sehelai baju.

1 May 2010
Tiada sebarang latihan. Pagi berada di KL Sentral menghantar housemate pulang ke Kuching. Tahniah pada Wati & Krel sempena pertunangan beliau. Berada di majlis beliau dari pagi sampai petang. Then keluar dengan Farah n Ikin. Farah datang dari JB untuk Larian Bersama Bomba esok. layan window shopping di Time Square. pukul 10mlm pulang ke rumah.

2 May 2010
Pukul 6pg keluar ke Dataran Merdeka. Larian bermula pukul 7:30pg. 10km. 63minit. lalalalalala...layan lepak ngan abg2 bomba. pukul 10pg gerak ke Sogo. Teman Farah shopping. Pukul 5 sampai rumah. Tido jap...sangat penat. Plan nak join Ikin layan movie. Tp lepak layan Astro kat rumah jer. Alone. uhuhuhuhuu...

*gambar akan di upload kemudian