Thursday, July 26, 2012

KERJA KERJA

Ini bukan entry rungutan tapi entry menyatakan hasrat luahan hati. Sayangilah hutan anda tapi kerja aku? Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menjadikan ianya mampan dan berkekalan.
Air Terjun Chemerong Gunung Berembun Puncak Lansir Gunung Chemerong Bukan sekadar hobi tapi ianya menjadi satu ketagihan.
Ianya di panggil permulaan kerjaya dalam hidup. Hidup untuk kerja. Dan tentang amanah tanggungjawab yang diberikan.

17 Mei 2012

Al-Fatihah Ayah pergi buat selama-lamanya. Hargailah ibu bapa anda selagi ia masih ada.
Pengalaman yang sangat berharga kerana ianya sangat bermakna. Ianya dipanggil tanggungjawab!

Berembun Green Challenge 2012

Bukit Besar Trek Kuala Terengganu 16 Jun 2012 Latihan kali ke-2 sepanjang berpindah di Terengganu.Trek memang best. Mencanak.
23 Jun 2012 Larian Perdana PMINT Dataran Shahbandar Kuala Terengganu Sebenarnya aku dah register untuk SCKLM tp memandangkan aku dah berpindah di sini, maka secara tidak langsung aku terjebak dengan larian ni. Yuran RM10 jer. Mencuba nasib dan melepaskan gian. Walaupun sepanjang berpindah di sini (mulai 1 Jun 2012) aku hanya panaskan kaki(training) sekali je. Mungkin tak ada persaingan sangat aku dapat tempat ke-2 bagi kategori Women open. Hadiah Tv Sony Plasma 32inci. Alhamdulillah. Rezeki aku.

TERENGGANU

Berpindah ke Terengganu bukan lah impian aku tapi mungkin ada hikmah disebaliknya. Untuk kebaikan diri aku. Mungkin rezeki aku lebih di sini. Mungkin juga ada sesuatu yang "dilarikan" olehNya untuk aku. Aku bersyukur jika itu kehendakNya. Permudahkan lah segala urusan ku di sini. Jauhilah aku dari segala keburukan.

KARMA

Ianya pasti datang. Aku sangat yakin. Salah diri aku memilih jalan ini. Ya Allah berilah aku peluang untuk membetulkan semuanya walaupun bukan semua perkara dapat dikembalikan. Berikan aku jalan dan petunjukMu agar aku tidak terpesong jauh dari landasanMu. Amin.Sesungguhnya bukan ini yang aku mahukan.