Monday, March 2, 2009

di hujung minggu lagi...







Sabtu
ari sabtu pagi aku g jumpa Ikin untuk ambik bibs, baju dan juga running chip tuk Towerthon sok..
owhhh..aku ambik tuk team Scoreboard jugak...pastu g makan2 ngan Ikin..

dalam kol 1 aku g umah nuru...sepatutnya aku da kenduri kawen arini tp memang xsempat nk g sebab byk sgt benda nk kna wat arini..dalam kol 1 lebih aku sampai umah nuru n lepak2 jap...pastu dalam kol 3 lebih ktorg gerak g Midvally..aku, Nuru, Aida n John...badan aku makin lemah..sakit tekak n badan dah mula rasa panas semacam cam nk demam..jumpa John kat Dominos Pizza pstu ktorg makan2..John kasi sesuatu..hehehehe sekor Hamster yg sangat comel n gemok dan ktorg namakan dia Johan (Nuru yg bagi cadangan tu n kebetulan aku sgt suka nama tu)..n coklat..Nuru n Aida pon dapat gak coklat..TQ John for the hamster n coklat!!! love it!!!.......dalam kol 8 malam ktorg sampai kat umah...aku perlukan rehat sbb badan aku sangat lemah...makan ubat pastu aku trus tdo...zzzzzzzz

Sunday, February 22, 2009

menghabiskan hujung minggu ini...




jumaat
balik jer keje trus g umah Nuru kat Sentul Timur...bli makanan kat pasar malam kkat Sentul Timur wlaupon pas balik keje td dah g pasar malam kat Serdang ngan Iza n bli nasi lemak...sampai umah Nuru g lagi pasar malam..masa turun lift aku tgk da budak makan burger ngan sedapnya..dengan bernafsu aku trus jer bli burger...

sabtu
pagi2 lagi dah kuar g Bukit Nenas...Nuru keje arini...aku training tuk Towerthon next week..bole tahan gak la tangga kat sini..da dalam seribu lebih anak tangga..so turun n naik dah dapat 2000 anak tangga...

dalam kol 10 aku jumpa Ekin...teman dia g reg tuk larian sok iaitu Kuala Lumpur City Day 10km Run....pastu g bersiar2 ngan dia kat Berjaya Times Square...pastu bawak dia g Bukit Nenas..dalam kol 1 Nuru dah abis keje n ktorg lepak kat Burger King..layan makan hehehehe...dah kol 4 balik umah...tido jap sampai kol 6...

kol 6 lebih aku layan tangga apartment umah Nuru 24 tingkat..darab ngan 20 anak tangga 1 tingkat...=480 anak tangga...turun naik 3 kali aku dah stop sbb pikirkan sok da 10km lagi nk lari..kaki kna rest...malam tdo awal sbb sok nk kna bgun awal....

ahad
kol 5pg aku dah terjaga tp mls nk bgun lg..tgu kol 5:15 baru bgun mandi...makan2 dulu apa yg patut...pas Subuh aku gerak g masjid jamek jumpa Ekin kat sana...pastu dalam kol 7:30pg larian bermula...non-stop dgn pace yg perlahan2 aku gagahkan kaki aku lari...10km dalam masa 1:13min...ok la tuk bdk baru belajar cam aku nie...dapat no 22 bagi kategori women open..dapat sijil n sekeping besi...

kol 10 lebih lepak ngan kwn2 aku jap kat kedai mamak depan bank muamalat kat lrt Masjid Jamek tu pastu balik Sentul Timur...

kol 12 kuar ngan Nuru n Ghah g The Curves...makan2...cuci mata...window shopping pastu dalam kol 4 balik Sentul Timur...

pas Asar aku kuar g Midvalley nk g tgk wayang ngan kwn aku.....tp terlalu ramai org kat situ so ktorg g 1o1 mall....Upin ngan Ipin dah full house...so ktorg tgk Ombak 2...movie pas Maghrib ngam2...memang terbaik cter nie tp sad ending...grrrrrrr...aku xsuka cter sad ending...dalam kol 10mlm g makan2 kat kedai kat umah aku...sambil tgk gambar pengembaraan kwn aku tu....fuh sgt teruja ngan xpdc beliau...aku kna pergi lg tempat plg tinggi di Semenanjung Malaysia tu...

kol 11mlm dia hantar aku depan pintu umah hehehehe...sampai umah pot pet pot pet jap ngan housemate pastu aku kemas brg2, iron baju keje, mandi, Isyak, zzzzzzzz....n sekarang kat opis keje cam biasa......hujung minggu yg seronok....

tq kepada Nuru kasi aku tumpang tdo dengan selesa..tQ to Aida kasi pinjam sluar tdo yg comel n seksi tu..tq to Ghah bwk g The Curves...Tq to Ekin teman aku msk larian tu...Tq to Munzir sbb tlg reg aritu...tQ to kwn aku sbb blanja tgk Ombak2...love ya!!!! n sume yg sokong aku dr belakang, tepi dan depan...

Thursday, February 19, 2009

doakan yg terbaik

Kerani RHB Bank sesat di hutan belum ditemui

GUA MUSANG: Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28, kerani RHB Bank, Bangi, Selangor yang hilang dalam perjalanan pulang daripada mendaki Gunung Yong Yap, dekat Pos Brooke di sini, sejak Ahad lalu, belum ditemui sehingga petang ini.

Gerakan mencarinya diteruskan mulai jam 9 pagi ini dengan penambahan anggota polis, Unit Udara Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3)dan penduduk setempat.



Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Aziz Hassan, berkata rakan-rakan Mohamed Hassan yang selamat keluar diminta membantu dalam gerakan mencari.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada petugas operasi penyelamat itu di Lojing pagi ini, beliau berkata, bahawa pagi ini pasukan mencari itu bergerak melalui trek Kem Agas tempat Mohamed Hassan Ayat, dilaporkan hilang.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai operasi itu akan dapat diketahui petang nanti menerusi ketua operasi yang juga Ketua Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Daerah Polis Gua Musang, Inspektor Harris Turung.

"Kita juga perlu melihat kepada keadaan cuaca kerana Lojing ini sering kali mengalami hujan yang menyebabkan Unit Udara Polis Diraja Malaysia tidak boleh memantau sepanjang masa," katanya.

Ibu Mohamed Hassan Ayat, Norhayati Abdul Razak, 56, semasa ditemui di Lojing, berkata, beliau tidak dapat bayangkan keadaan anaknya yang keseorangan dalam hutan.

"Mak cik doakan dia ditemui dalam keadaan selamat," katanya.

Norhayati berkata, Mohamed Hassan Ayat mendapat keizinannya untuk menyertai ekspedisi itu kerana anaknya itu amat menggemari aktiviti mendaki termasuk di luar negara.

"Yang mak cik bimbang ialah kaca matanya tertinggal di pejabat kerana dia rabun jauh," katanya. - Bernama

Tuesday, February 17, 2009

misery

semalam petang aku g jogging n aku repeat lagu nie 8 kali...pastu aku berenti jogging...xtau kenapa aku pilih lagu nie..xpaham pon apa yg mereka merepek dlm lagu nie sbnrnya...pasang kuat2 pastu lari...terasa badan dah berat gler..cmana nk lari 10km sabtu nie..layan jer la janji habiskan larian tu...

Misery (Green Day)

Virginia was a "lot lizard" from F.L.A.
She had a compound fracture in the "trunk"
It started when she ran away
Thumbs out on the interstate
She hitched a ride to misery

"Mr. Whirly" had a catastrophic incident
He fell into the city by the bay
He liquidated his estate
Now he sleeps upon the Haight
Panhandling misery

He's gonna get high
When he's low low low
The fire burns from better days
And she screems why oh why
I said I don't know
The catastrophic hymnes from yesterday
Of misery

Vinnie was a hustler out of Amsterdam
He ran the drug cartel in "Tinseltown"
They found him in a Cadillac
Bludgeoned with a baseball bat in the name
Of misery

Gina hit the road to New York City
Mysteriously the night Vinnie croaked
She stopped in Vegas to elope
With Virgina and the dope
And kissed the bride eternally

And they're gonna get high
When they're low
The fire burns from better days
And he screamed why oh why
I said I don't know
The catastrophic hymns from yesterday
Of misery

Hell hounds on your trail now once again ...boy
It's groping on your leg until it sleeps
The emptiness will fill your soul with sorrow
Because it's not what you make it's what you leave

And we're gonna get high
When I'm low low low
The fire burns from better days
And she screams why oh why
I said I don't know
The catastrophic hymns from yesterday
Of misery

Sunday, February 15, 2009

pisang

Kebaikan Pisang aka Banana

Buah berkulit kuning ini selain daripada enak, ia ternyata memiliki pelbagai khasiat baik untuk kesihatan mahupun kecantikan. Rasanya yang manis membuatkan ramai yang menggemari buah ini. Buah pisang boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan hidangan enak seperti kerepek, pengat atau kek. Tidak kurang enaknya, jika anda campurkan ke dalam hidangan bijirin sarapan pagi.

Menurut pakar pemakanan, pisang mengandungi banyak khasiat, antaranya ialah kalsium, lemak, mineral, vitamin, karbohidrat dan protein. Dengan semua khasiat inilah pisang banyak memberi manfaat kepada kesihatan dan juga kecantikan.

Secara umum, khasiat yang terkandung di dalam setiap buah pisang matang adalah seperti berikut, kalori 99 kalori, protein 1.2 gram, lemak 0.2 gram, karbohidrat 25.8 mg, serat 0.7 gram, kalsium 8 mg, fosforus 28 mg, besi 0.5 mg, vitamin B 0.08 mg, vitamin C 3 mg dan air 72 gram. Untuk mendapatkan manfaatnya, pilihlah pisang yang sudah matang yang kulitnya hijau kekuning-kuningan. Pisang matang lebih mudah dicerna kerana gula buah boleh diubah menjadi glukosa semulajadi dan ia lebih cepat menyerap ke dalam peredaran darah.

Dari segi kesihatan, satu fakta yang mungkin ramai yang belum tahu ialah, pisang mampu membantu perokok mengatasi ketagihan nikotin. Kandungan B6 dan B12 yang terdapat di dalam pisang membantu untuk meneutralkan pengaruh nikotin. Selain itu, pisang juga dapat mengatasi anemia kerana ia mengandungi zat besi yang cukup banyak.

Jika anda sering menguap atau mengantuk, salah satu cara untuk mengatasinya ialah dengan mengambil pisang. Ini kerana pisang mengandungi banyak kalium, oleh itu ia dapat mengembalikan kadar kalium dalam tubuh dan melancarkan penghantaran oksigen ke otak. Selain itu, pisang juga sangat baik untuk ibu mengandung. Kandungan asid folat di dalam pisang mudah diserap oleh janin, juga baik bagi perkembangan sistem saraf janin.

Dalam buku ‘Medicinal Uses of Bananas’ ada menyatakan bahawa pisang dapat menyembuhkan anemia, menurunkan tekanan darah, menambah tenaga untuk berfikir, kaya serat untuk membantu sistem saraf, dapat membantu perokok untuk menghilangkan pengaruh nikotin, menghilangkan stres, mencegah strok serta mengawal suhu badan terutama bagi ibu hamil.

Kebaikan pisang kepada kesihatan

1. Mengawal berat badan
Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan berat badan. Telah terbukti seseorang akan kehilangan berat badan apabila mengambil empat biji buah pisang dan empat gelas susu tanpa lemak atau susu cair pada setiap hari dalam masa tiga minggu. Selain itu, diet tersebut membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. Bagaimanapun, pengambilan segelas ‘banana milk-shake’ yang dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga selepas makan akan menaikkan berat badan.

2. Sebagai sumber tenaga
Pisang boleh dicerna dengan mudah, gula yang terdapat di dalam buah tersebut akan diubah menjadi sumber tenaga yang bagus.

3. Baik untuk wanita yang hamil
Pisang juga disaran untuk wanita hamil kerana ia mengandungi asid folik, yang mudah diserap janin melalui rahim. Namun, jangan diambil secara berlebihan. Ini kerana sebiji buah pisang mengandungi sekitar 85-100 kalori.

4. Mempunyai zat besi yang tinggi
Dua biji pisang yang dimakan oleh pesakit anemia setiap hari sudah cukup kerana mengandungi zat besi yang tinggi.

5. Atasi masalah cirit-birit
Pisang yang dicampur dengan susu cair boleh dijadikan sebagai ubat penyakit usus. Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat masalah cirit-birit.

Best tips!*
Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau dihujungnya.* Individu yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi sejenis protein yang membantu seseorang menjadi lebih tenang.* Jika berasa pening-pening, cara yang paling cepat merawatnya ialah dengan minum ‘banana milkshake’ yang dicampur dengan madu.

Thursday, February 12, 2009

bersuka ria...

7-12 feb 2009

poncho - guide dan chef
yan - pembuli 1
j - pembuli 2
enol - kfc
aus - pemancing tegar
yap - gemar mknan pedas
john - pemakan nasi tegar
aku - si Pari n si Kecik

Sabtu
BVD - Kem Tudung Periuk - Anak Yong Belar - Kem Kasut
B/fast - Roti dengan kaya dan marjerin + air teh
Lunch - Meggi + air lemon tea
Dinner - nasi, tom yam, ayam goreng kentucky, pappedom, telo dadar

Ahad
Puncak Yong Belar - Kem Kuali - Puncak H2O
B/fast - Meggi goreng
Lunch - Roti naan + kari ayam + air teh
Dinner - Nasi + Nenas masak lemak ikan masin kurau n pari + bilis goreng + telo dadar + teh

Isnin
Puncak Junction - Anak Junction - Puncak Bonsai - Kem Lembah Agas
B/fast - Bihun goreng + teh
Lunch - Capatti + kari kambing + teh
Dinner - Nasi + daging masak xtau + sup Suun + Kobis goreng

Selasa
Puncak View - Kem D.G.U - Puncak Bonsai Semak - CP Sarsi - Puncak Belumut - Kem Kacang - Puncak Kambing
B/fast - nasi goreng + telo mata + ikan goreng
Lunch - nasi + sup sayur + telo mata
Dinner - Nasi + sotong msk xtau + sup cendawan + telo dadar

Rabu
Tok Nenek - Bubu(day pack) - Yong Yap(day pack) - Tok Nenek - Kem Asadi - Simpang Sg Y - Post Broke
B/fast - meggi + teh
Lunch - tom yam + keropok sayur + ikan tengas goreng cicah sambal kicap (Aus mancing)
Dinner - kat kedai

Khamis
Transit Balai Polis CH - Kea Farm -Tanah Rata
B/fast - kedai mamak Jasmine
Lunch - KFC (enol blanjer)
Dinner - kedai mamak Shukran (depan Puduraya)

* untuk lebih detail nti aku up lg...malas nk menaip :)

Tuesday, February 3, 2009

bert


saja letak gambar Bert nie....teringat time study dulu...
arini aku kena ambk kertas soalan ujian 1 SIM 4200 kat bilik cetak sebab bos aku cuti...bos aku dah siap cop n sain kertas kebenaran nk ambk kertas soalan tu tp xlepas gak..kna jumpa timbalan dekan la...ketua jabatan la...diorg takut aku bocorkan soalan n hilangkan soalan tu..byk gak la kna soal ngan timbalan dekan tu..siap mtk no staf aku lg..last2 dia cakap xper la biar dia jer ambk soalan tu...senang skit keje aku!!!!hahahaha sekarang baru aku tahu agak ketat gak la prosedur nk ambk kertas soalan tu...

satu lagi pasal bos aku...dia nie memang sporting habis ar..aku nk mtk cuti mgu depan sampai hari rabu..dia tya aku nk g mana? balik kg ker? aku ckp nk naik gng...pastu dia ckp g la sementara masih muda n x kawin lg nie...nti dah tua n dah kawin dah xdapat peluang nie...hehehehehe best kan bos aku!!!!!! tp x bermakna aku leh suka2 jer cuti...aku xpenah lg ambk cuti 2 hari terus camni..baru 1st time cuti lama nie...

Monday, February 2, 2009

Tagged again

The rules are simple. Use GOOGLE IMAGES to search for the answers to the questions below.Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer.After that tagged 5 people..

Next year I'm

Favourite things......
aku punyer warna pink...tp aku xjumpa dalam google images
so ambk jer la wrn itam nie

yg nie pon aku punyer warna purple sbb xda aku ambk la gmbr nie...dah lama
x guna sbb dulu time study suka berkepit ngan benda nie...layan cd2 aku yg bersepah tu

aku punyer beg karrimor 20 liter...bwk g
mana2 yg leh sumbat barang skit


aku da 2 harvesack deuter...satu 35+10 n satu lg 45+10.....


Favourite drinks
....



favourite foods....





favorite colours....



live in.....



born in...

A nick name i had......

org cakap muka aku cam kucing..sbb tu org pgl aku mieo...pastu aku
suka calor kuku wrn itam sbb tu nama blog aku kucing kuku hitam tp skrg
dah xbole lg sbb dah keje...mati aku kna jeling ngan bos..

my college major...

bad habit


tdo tu 1 keperluan tp aku tdo sgt awal...kol 9mlm adalah

waktu tdo aku..sebenarnya bila2 ms aku leh tertido...

hobbies...





i wish.....


sebenarnya da byk lg nk masukkan tp malas nk upload n cari gambar...kalo rajin nti aku edit balik...ni khas tuk orangorang....aku xtau nk tagged sapa..kalo ikut peraturan kna tagged 5 org..

Sunday, February 1, 2009

Kemalangan di Gng Datuk

31 jan - 1 feb 2009
Gunung Datuk
40 pelajar Politeknik Nilai (kalo xsilap la)
11 crew

bertolak dari rumah kol 5pagi..Lan datang umah ambik pastu g umah Pak Din kat Sg Besi...setup barang n ration sumer pastu gerak g Gng Datuk...ni 1st time aku jd guide bwk budak2 sebelum nie layan kepala sendiri jer tp kali nie da tanggungjawab kna jaga mereka...aku sampai paling last sbb jaga sorg budak nama Mas..kayuh perlahan2..akhirnya sampai gak puncak. dah sampai puncak tolong crew kat dapur masak kira cam rewang ar..ceh...dah siap makan lepak jap pastu gerak turun..aku langsung x naik puncak sbb panas gler dah la muka aku mengelupas sbb burn kesan dr Cmeron aritu hehehe cam bagus jer!!!!!

time turun budak2 nie laju jer tp da gak yg slow sbb kaki dah sakit..tiba2 kak su dengan lajunya potong ke depan sbb nk terkencing...tiba kat depan aku tgk dia dah terduduk n dia ckp dia terjatuh n dia rasa tangan dia dah patah...crew kat depan cuma da Lan, Nasa n Roy jer..diorg dah roger Lan suh naik balik tuk rescue pastu Pak Din suh aku n Ezit turun cover bdk2 kat bawah sbb sume crew tgh rescue Kak Su...aku lari turun bawah pastu jumpa Lan tgh rawat kaki sorg budak yg terseliuh..dia igt budak tu la injured..aku cakap tangan Kak Su patah kata atas pastu dia trus serahkan tugas membandage kaki budak tu kat aku pastu dia trus lari naik atas...aku jaga budak tu to pastu budak tu dah ok..pastu da sorg budak India sakit perut...sian kat budak tu..aku polo jer budak tu sampai bawah..dah sampai bawah aku naik balik sebab kat belakang aku xda org lgsung..risau lak aku.....pas dah jumpa bdk2 nie ngan Ezit aku turun balik..

pastu jumpa Nasa kat jambatan bawah berlari nk naik sbb diorg roger suh Nasa naik sbb diorg sume dah x larat nak usung Kak Su turun...aku n Nasa berlari naik n jumpa diorg kat wakaf..bergilir2 usung Kak Su tp da 1 tempat yg bcerun n xdapat nk usung...ari pon dah gelap masa tu..sume dah bukak headlamp masing2..nasib baik Kak Su dpat berjalan....John datang...jalan perlahan2 akhirnya sampai bawah hampir kol 9mlm...hantar g hospital Tampin tp kat situ xda specialist n diorg hantar g Hospital Seremban.....Ezit tgu Kak Su kat hospital..ktorg tdo kat bwh Gng Dato tunggu hari siang tuk g melawat Kak Su..Lan msk Lamb Chop pastu msk nasi goreng...tdo pastu soknya g hospital..tangan Kak Su dah bersimen n dia pon dah boleh jalan n sihat...

Tuesday, January 27, 2009

serabut kepala otak


xda idea nk tulis...tgh serabut kepala otak..

training di Cameron

24-27 Jan 2009
Pos Penangau
Kg Raja
Brinchang
Tanah Rata(Perdah, Jasar, Ruil)
Ringlet(Cantek centuk)


24 Jan 2009

9.00pg - gerak dari kl naik bus kat Pudu. tiket ke CH trus habis so kitaorg g Ipoh dulu..sbb tiket ke tapah tghari baru ada..tiket ke Ipoh Rm25 sorg..sbb CNY kot rege tiket naik..

12.30tghari - sampai di Ipoh..dari Ipoh ke CH kol 1.30ptg..rege tiket Rm9 sorg..

4.00ptg - sampai Kg Raja..

4.20ptg - dari kg raja ni jalan kaki ke Pos Penangau..

4.45ptg - dah jalan lebih kurang 3km pastu jumpa ngan Kumar n dia dengan baik hatinya ofer tuk hantar ktorg ke Pos Penangau dengan percuma...dia ckp dia familiar ngan muka aku..mana x familiar sbb selalu naik powil dia kalo g gunung2 kat CH...

5.00ptg - sampai kat Pos Penangau..jumpa bro yg bwk g gng Batu Putih aritu (OGKL)..diorg nk gerak g trans V2...dia ckp starting point nak naik gng Swetteham kat blkg ni jer..pas bye bye kat diorg..ktorg gerak nk naik Swetteham..dah jalan jauh sampai atas tiba2 jalan terputus..cari2 jalan x jumpa...pastu patah balik trun bawah sbb memang dah xda trek...

turun bawah tya pekebun sayur kat bawah tu tp diorg x paham..John naik lg cari trek tp xjumpa gak...trun balik

pstu jumpa trek sebelah kanan masuk pintu rimba..jalan2 da jumpa marking tp dah sampai ke depan tiba2 kluar ikut jalan yng 1st td..

John cari jalan kot2 ktorg terlepas pandang tp memang xda..ktorg turun balik n ty org asli kat situ..dia ckp memang naik kat situ..

ktorg naik balik tp x jumpa gak jalan n hari dah gelap..

7.00ptg - wat keputusan tuk tdo jer kat trek luar tu yg cam jalan balak bersimen..pasang fly pastu masak nasi, ikan masin n ikan bilis pastu air teh..cukup simple..sembang2 pastu tdo..

10.00mlm - hujan trun dengan lebatnya..layan jer tdo sampai pg..

25 Jan 2009

7.00pg - hujan trun dgn lebat serta ngan angin..malas nk basah2 so ktorg tunggu jer hujan reda..

11.00pg - hujan masih x mau berenti..bila dah reda skit John kuar g cari trek lg dengan harapan jumpa la trek tp x jumpa gak..ktorg berbincang tuk lupakan Swetteham...

2.00ptg - hujan still lg turun tp ktorg wat keputusan tuk redah jer sbb dah petang..packing barang dalam hujan renyai2 pastu tiba2 lebat..start gerak kuar dari Pos Penangau..jalan kaki dalam 27km menuju ke Tanah Rata..jalan cam nk dapat hadiah jer...kata ezit cam nk kejar bus...lg 1km nk sampai Kg Raja da org berenti tumpangkan..thanks..may God bless you..sampai kat Kg Raja bli roti isi perut pastu teruskan perjalanan...jalan sesak teruk menuju ke Tanah Rata..

7.00ptg - jumpa Bob, Kei n da geng kat Brinchang..diorg bari turun dari Brinchang Irau..lepak makan ngan diorg kat Medan Brinchang...

8.15mlm - gerak g Kem Sg Pauh bermalam kat situ..

8.35mlm - sampai Kem Sg Pauh lepak sembang2 ngan diorg

26 Jan 2009

7.00pg - bersiap tuk ke Gng Cantek Centuk..dah bye bye kat diorg sume sbb mungkin x sempat jumpa sbb diorg nk balik Ipoh n bus diorg kol 3ptg..

8.30pg - sampai Terminal Fresia kat Tanah Rata n bli tiket tuk ke Ringlet..bli breakfast tapau..

9.00pg - naik bus ke ladang Boh..brenti kat simpang luar ladang Boh..n da tulis lg 6km nak sampai ladang Boh..jalan kaki lg menuju ke Ladang Boh..byk da tanda riben merah bermula dari jalan raya nie sampai ke ladang teh...

11.00pg - sampai blakang kilang ladang Boh...layan jer jalan ladang teh tu..da byk tanda riben merah..ikut jer tanda tu..tp view xnampak sebab berkabus...jalan sampai habis jalan ladang teh tu pstu naik lalu pokok2 teh tuk masuk ke pintu rimba..

12.10tghari - sampai ke puncak gng Cantek..rehat jap pastu cr jalan ke Centuk...sepatutnya kejap je sampai tp salah msuk simpang kot..pastu patah balik..kuar dari hutan n turun lalu celah2 pokok teh..sangat cantik layan ladang teh..jalan kaki menuju ke jalan raya simpang nk masuk ke ladang Boh td..cuaca sangat panas..panas terik..walk n burn..

3.30ptg - sampai ke simpang keluar ladang Boh...cuaca sangat panas..singgah kedai minum2 dulu..dari sini ke Tanah rata dalam 9km...dengan cuaca yg panas gler ktorg jalan kaki..da lg dalam 2km da jeep TNB tumpangkan ktkorg..

5.45ptg - start naik gng Jasar...naik cam nk race..John dapat no 1 aku dapat no 2

5.55ptg - sampai puncak Jasar..

6.00ptg - gerak g Perdah..dari puncak Jasar ambik simpang belah kiri tuk ke Perdah..

6.20ptg - sampai puncak Perdah..igt nk g trus Ruil tp cam dah x sempat jer...sok jer la..lepak layan view tp sejuk gler n sebelum kol 7 blah trun..kalo tunggu skit lg mesti dapat layan matahari terbenam sbb dari bawah nmpak cantik gler..g kedai runcit tok batin bli telo tuk menu special mlm mlm nti..

7.50mlm - sampai Kem Sg Pauh dengan langkah yg selesa..xda lg jalan cam race tuk dapat hadiah..tiba2 da 1 group sampai..rupanya Hajar n Abg Yien n da geng..diorg bwk bdk2 UMP naik Trans Gopeng...bermalam kat situ jugak..masa diorg sampai ktorg tgh masak..nasi..rendang daging..ikan masin..telur dadar hancur..black paper macaroni...ktorg tambah lg kuantiti msakan sbb nti leh makan sama2..macaroni memang special..thanks to Bob n Kei n da geng sebab da tinggal ration tuk ktorg..murah rezeki ktorg n bdk2 tu...

27 Jan 2009

8.00pg - igt nk layan tdo lama skit..tp budak2 UMp tu memekak jer pagi2 buta..terpaksa bangun..lepak bermalas malasan nk bergerak n bersiap...akhirnya bersiap n bergerak menuju ke Kg Org Asli Sg Ruil tanpa sebarang bekalan sbb igt nk bli kat Kedai tok batin..last2 kedai tersebut tutup...tanpa sebarang bekfast gagahkan diri naik gng Ruil..betol2 berdepangan dengan gng Perdah..

10.50pg - start naik gng Ruil..lalu ikut rumah org asli pastu da cam kebun sayur diorg skit..

11.20pg - sampai puncak..sebelum sampai puncak da simpang...kalo trus tuk ke Trans Gopeng n belok ke kanan tuk ke Puncak Ruil..dalam 3 min dari simpang tu sampailah ke puncak Ruil..

12.00tghari - sampai bawah..sib baik kedai tok batin dah bukak..bli air

1.00ptg - sampai Kem Sg Pauh..berkemas2 tuk ke Tanah Rata..bus kol 4.30ptg tp dalam kol 2.30 gerak g sana sbb nk isi perut yg dah berbunyi2 nie...lepak kedai mamak makan mee goreng mamak..lepak sampai kol 4...

4.30ptg - naik bus balik KL..

11.30mlm - aku slamat sampai umah..n saat dan ketika ini muka aku sgt burn dan mengelupas..hasil penangan daripada CH..pape pon trip nie memang mencabar mental n fizikal..total berjalan kaki adalah dalam 50km atau mungkin lebih...

Thursday, January 22, 2009

kehilangan Ghani

balik keje semalam aku cuci cage Ghani n Fai..skrg diorg dah besar so xleh nk transfer ltk dlm baldi kecik..aku letak la dalam baldi besar dengan perasaan yg tenang sbb diorg memang xleh nk kuar sbb tinggi..aku letak jer diorg kat luar depan pintu..dah siap basuh diorg punyer cage, tmpt makan n tempat main aku jemur jer dulu kat luar...malam nie pas balik dari Anjung aku settle kan..kol 7mlm aku kuar g Anjung n dalam kol 11mlm aku balik..Ghani dah xda..Mas cakap dah kna makan ngan kucing..waaaaaaaaaaa.....sian Ghani aku..xtau kucing mana makan tp biasanya Garfield yg slalu duk ngedap Ghani n Fai tu...so skrg tinggal la Fai kesunyian tp xper nti aku ganti yg lg hensem tuk Fai...huhuhuhuhu..

Sunday, January 18, 2009

thanks to mak wati, wati, zana n nuru







diorg byk berjasa kat aku masa kat Taiping..byk bg support dari sume segi..walaupon nuru gelak sakan ms aku kat dalam air tu tp xper.l..biasalah tu...pengalaman minum air tasik Taiping tu x sume org dapat merasa kan.....aku dah cuba sedaya upaya aku n itu yg paling penting..lantak la org nk gelak ke hapa yg penting aku yg merasa sume tu...pengalaman sendiri lg penting n yg paling penting sekali aku rs dah mula ada sedikit keyakinan masa dalam air......yg penting yakin pada diri sendiri n yakin pada kawan jugak....dan bukan sume org mampu melakukannya!!!!!! i dare you....!!!!!!!!

THE 6TH PERAK IRON BOUND CHALLENGE TAIPING RACE 2009









team partner ~wawan~
bibs no ~X009~
team name ~ Hardy Adventure A~
fees ~ Rm250 + Rm100 (sewa gear)

sebenarnya aku x terpikir pon nk masuk benda nie sebab dia punyer displin da byk main air..almost 50%..tp layan jer la cr pengalaman..byk muka2 yg familiar..da Am Kedah, Ryiok (kot), n rmai gak la muka2 yg penah aku nmpak...masa register kna wat medical check up sume..pastu da test compass n abseiling..kna sewa gear sume (life jacket, harness...)..mlm briefing

5.00pg - da di sediakan bekfast

7.30pg - gerak dari Taiping Golf Resort bersama ngan Wawan, Jimmy, Ayang, Ikin n Bai naik keta..Munzir n Kak Dila naik keta lain...

8.00pg - Flag off..kna run 2.2km pastu berakit 200m..time ni plg lucu skli sbb aku x tau berenang.rasa cam kura2 jer tp kura2 tau berenang..Wawan yang tarik aku tp da 1 part tu aku terlepas dari rakit.ermmmm cam pelampung timbul ar..nuru ckp muka aku dah pucat gler time tu..mestilah cuak sbb aku gayat duk dalam air tu...pastu run lg msk utan n masuk sungai (rock river scrambling)...ktorg ktegori mixed no 4 time nih..punyer la layan sungai sampai terlepas n terlajak marking..time nie da rmai gak kat blkg ktorg..tp tiba2 diorg sume ilang n ktorg dah tersesat jauh dalam hutan tu..lepak jap bincang n ktorg wat keputusan patah balik sampai ke luar..masa nk kuar balik jumpa marking tuh..rupanya dekat jer..tp ktorg dah tersesat 2 jam kat dalam tuh..patah balik n jumpa marshall n dorg ckp masa dah x cukup untuk naik bukit larut tu so korg declare tarik diri jer laaa...

12.15tghari- declare tarik diri..Wawan kna injection sbb terlalu byk kna gigit pacat..

fuhhhhhh...pengalaman yg best!!!!! tp ktorg hutang 1 Iron Bound..tahun depan kna tebus balik nie huhuhuhuhu kata Wawan...anyway..Wawan partner yg bagus..dia da tarik aku ms dalam sungai yg arus deras tu sbb aku ni leh hanyut..sbb terlalu ringan kot hahahaha...


gambar ngan Ikin n Munzir nti aku upload.............

Monday, January 12, 2009

~love this song...mean to me so much..shit!!!!~

"I Won't See You Tonight"

AVENGED SEVENFOLD

Cry alone, I've gone away
No more nights, no more pain
I've gone alone, took all my strength
I've made the change,
I won't see you tonight

Sorrow, sank deep inside my blood
All the ones around me
I cared for and loved

It's building up inside of me
A place so dark, so cold, I had to set me free
Don't mourn for me,
You're not the one to place the blame
As bottles call my name I won't see you tonight

Sorrow sank deep inside my blood
All the ones around me
I cared for and most of all I loved
But I can't see myself that way
Please don't forget me or cry while I'm away

Cry alone, I've gone away
No more nights, no more pain
I've gone alone, took all my strength
But I've made the change,
I won't see you tonight

So far away, I'm gone.
Please don't follow me tonight
And while I'm gone everything will be alright

No more breath inside
Essence left my heart tonight
No more breath inside
Essence left my heart tonight

Wednesday, January 7, 2009

resq kucing di pagi hari Khamis

pagi td sebelum kluar g keje aku dgr da kucing bunyi meow meow..sbnrnya dr semalam aku dengar bunyi kucing tp igtkan kucing kat sebelah umah..pg td tgk da kucing tersangkut kat tingkap dapur rumah aku..aku ambik kerusi pastu panjat selamatkan kucing tersebut. rupanya dia lapar gler.sib baik da makanan yng che ton punya aritu wiskes tuk kitten...banyak gler dia makan n minum tp still bunyi meow...meow...tp sebab dah lambat nk g keje aku tinggal jer dia kat umah tu tanpa letak dalam cage..arap2 balik petang nanti dia ada lg..

Thursday, January 1, 2009

berpindah

kami akan berpindah dari

no 44 jalan raya 6
taman serdang jaya
43300 seri kembangan
selangor

ke

no 11 jalan 4/2c
taman sri andalas
43300 seri kembangan
selangor

alasan n sebab musabab berpindah adalah untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa di Tahun 2009 nie..thanks kepada sume yg terlibat dalam usaha perpindahan ini..


5 hari di Cameron Highlands bersamaan 6 gunung








Trip Riang Ria di Cameron Highlands
24-29 Dis 2008
Line up 3 orang

24 Dis 2008
Pacat janji nak datang ambik kol 10mlm tapi tut tut dia bg msg lambat skit erk.."relek2 sudey"..dalam kol 12 tghmlm lebih baru dia sampai.loading barang2 dalam keta pastu gerak..sampai kat Tapah jumpa ngan Ag, Apek n Suzy on da way g Cameron gak naik Trans Cameron iaitu Suku Irau Yellow n Pass...lepak2 n makan2..

25 Dis 2008
Brinchang Irau
5.00 pg - sampai kat Kg Raja..lepak tido dalam keta jap..ujan renyai2.

7.00pg - bersiap2 n g bli sayur sebab menu kat puncak Irau malam nti adalah paprik sayur n ayam masak kicap. aunty jual sayur tu cakap dah lama x hujan kat Cameron tiba2 korg datang ujan turun hampeh tol..bli sayur2 yang patut berharga RM5.40..aku rasa agak mahal gak la sebab aku ambik skit2. cukup2 tuk 3 org makan..

8.00pg - gerak g Brinchang..bekfast dulu n tunggu ujan berenti. kejap lebat kejap reda..adoiiiiiii..tunggu n tunggu..last2 gerak gak g Gng Brinchang dengan menaiki kete sampai atas..sampai kat kaki Irau dalam kol 10 lebih..lepak dalam keta tunggu ujan reda sbb malas nk treking basah2..huhuhuhu "relek2 sudey"..duk dalam keta pastu kuar g duk kat wakaf..pastu masuk lg dalam keta ujan x reda2 gak..pastu g ambik2 gambar kat Gng Brinchang, isi air dalam botol. air dah cam air teh warna dia..tiba2 ujan berenti..kuarkan sume barang n packing..tgh2 syok packing tiba2 ujan turun balik..kemas balik letak dalam keta..lepak dalam keta dulu..tunggu tunggu n tunggu ujan x brenti gak..last2 dah dekat kol 2 ujan renyai2 ktorg ngan malas2 packing gak barang sbb xnak sampai puncak Irau malam..

2.30ptg - start trekking ke Irau. Perjalanan di mulakan dengan tangga n jambatan sepanjang 400 meter..syok gler layan jambatan sbb x kotor ngan selut2..layan selut kat Irau syok gler!!! mari bermain lumpur. penat nak mengelak lumpur2 yang sangat dalam n kalo masuk dalam lumpur tersebut bole sampai kat lutut tenggelam.

4.30ptg - sampai Anak Irau..lepak jap layan jelly n minum2..

5.00ptg - gerak ke puncak Irau. trek masih lagi sama iaitu berlumpur x hingat!!!

6.00ptg - sampai puncak. layan main mercun dulu baru pacak fly..ujan dah brenti time nie.aku masak sayur paprik yg sangat banyak sampai penuh 1 periuk..ayam masak kicap sekor..sejuk gler kat puncak!!!sok pagi aku masak sizzling yee mee yang aku baru ambik resepi dari My Resepi.Com..sblm datang semalam aku dah try kat umah n member2 ckp best!!! kembang ati aku dengar ngeh ngeh...tapi masak kat atas gng kureng jadi skit sbb x cukup sos tiram..aku tertukar kicap ngan sos tiram sebenarnya. maklumlah malam n paham2 jer lah aku nikan rabun hehehe...

26 Dis 2008
11.45pg - gerak turun. jumpa 1 group dari Cheras 4 org baru nak naik..

3.00ptg - sampai bawah

sampai jer bawah lepak makan kat Warung Zainab kat Tanah Rata..order nasi goreng pastu g survei jalan nak naik Perdah Jasar soknya..cari tempat tok tido malam nie kot2 kat kaki Perdah Jasar da campsite ker..dah kol sumer org ty tp ramai yg xdapat di hubungi sbb rasanya sume pendaki naik gng time nie..last2 lepak kat Kem Sg Pauh Jabatan Hutan Raub n Cameron..1 kepala bayar rm3 sorg tuk 3 hari n letrik rm10 1 malam..pasang fly n tdo kat situ..berbincang sok nak naik gng per..alang2 dah kat situ ktorg cadang nak layan gng Berembun dulu pastu baru g Perdah Jasar..

27 Dis 2008
Gng Berembun

bekfast aku masak murtabak meggi kari daging brahim's hehehe gempak sih mana dia..dapat resepi dari My Resepi.Com gak..tapi aku dah oter skit

9.00pg - aku dah penah naik dulu time blajar..ktorg wat amali kat sini sambil kutip sample tapi x lalu dari jabatan hutan. ktorg start dari Mardi dulu..so x tau jalan nk start dari sini. tanya encik ranjer kat situ..dia bagi direction kat ktorg ckp da 2 laluan. ikut jauh n dekat. ktorg pilih yang dekat.hehehehe

10.15pg - sampai ker persinggahan PLB..xtau stand for what PLB tuh..dah sampai kat situ baru tau rupanya ktorg dah tersalah lalu laluan yang jauh..adoiiiiiii layan jer lah..

11.05pg - akhirnya sampai ke puncak Berembun..sblm sampai puncak da 3 trek tempat kena mendaki skit. lepak jap ambik gambar n makan biskut Oreo yg di beri oleh jiran sebelah khemah..

11.35pg - start turun lalu ikut laluan Mardi..jumpa 1 group org Jepun baru nak naik..

12.30tghhari - sampai mardi..bli ais krim strawberry..yum yum..jalan kaki g Tanah Rata

1.00ptg - take 5 kat kedai mamak depan Terminal Freesia layan tosai dulu..pastu naik bus g Strawberry Park Resort untuk naik ke Perdah Jasar..bapak lama duk dalam bus baru bus gerak!!cam haram..tiket berharga rm1.30

2.30ptg - baru bus gerak tp dekat jer dalam 15min jer..turun kat simpang nak masuk Strawberry Park Resort n ty peniaga kat situ cmana nak naik Perdah Jasar..treking naik sampai Strawberry Park Resort yg cam haram tu..sampai sana ty org kat resort tu sume xtau trek nak naik ke Perdah Jsar dari situ..kol sume member2 pendaki tp xdapat..adoiiiiii..pastu turun balik sbb da sorg pakcik tu cakap naik ikut rumah TNB..ktorg turun balik tp kali nie ktorg tahan bus sewa khas yg bawak pelancong2..sib baik indian tu baik hati tumpangkan ktorg hehehe masih lagi mencari jalan tuk naik ke Perdah Jasar..last2 ktorg wat keputusan nak cari jalan ikut Sg Ruil lak..jalan kaki menuju ker Kg Orang Asli Sg. Ruil..tanya kat pak guard yg jaga TNB kat bawah tu..n dia cakap lalu kg orang asli kat belakang nie..okeh n ktorg teruskan pencarian..

untuk kepastian lagi ktorg ty da sorg akak n anak2 dia tengah berjalan2 sambil bawak parang ntah dari mana ntah..dia dengan confident nya menceritakan trek ke Perdah Jasar..aku agak dia nie mesti selalu turun naik Perdah Jasar..akhirnya ktorg jumpa sinar Perdah N Jasar..lalu rumah Orang Asli yang kat atas bukit..sebelum masuk pintu rimba da 1 rumah org asli yg last ktorg ty lg pakcik tuh trek ke perdah Jasar..pakcik tu cakap kat atas ni jer Perdah..

5.00ptg - start msuk pintu rimba

5.15ptg - sampai puncak n hujan turun lebat gler!!!layan jer sejuk Cameron ngan sejuk ujan

5.20ptg - Gerak g Jasar tp dalam 15 minit tiba2 sampai bawah balik kat TNB..dah la ujan lebat gler..x jumpa trek ke Jasar. mungkin ktorg tersalah masuk cabang kot td sebab da 2 cabang..so sambung sok jer lah Jasar..

6.00ptg - sampai Kem Sg Pauh dengan berjalan kaki..malam Pacat masak nasi goreng n aku goreng sayur yang berbaki lg masa kat Irau aritu..sodap gak masak sayur campur ngan kicap pastu makan ngan nasi goreng..

28 Dis 2008
Gng Suku

Bekfast nasi goreng malam tadi yang da byk lagi..

9.05pg - gerak dari Kem Sg Pauh. agak jauh untuk ker starting point..ikut gambaran yg kawan2 kasi n tgk kat intenet jer..

10.20pg - sampai starting point n aku g usha kat mana pintu rimba dia..akhirnya jumpa..turun bwh balik ambk barang n start treking..trek memang mencanak sepanjang perjalanan..lepak kat 1 tempat n main2 mercun tiba2 da org menyahut..start gerak balik n then jumpa mereka2 iaitu cikgu2 seramai 11 org.

12.00tghari - sampai last waterpoint..lepak sembang2 jap ngan cikgu2..trek start canak n mencanak..

1.10ptg - sampai puncak.sebelum sampai puncak da 1 puncak tipu yg bole nampak puncak betol..agak psycho tp kejap jer..

1.50ptg - turun

2.30ptg - last waterpoint

3.00ptg - sampai tempat lepak yg 1st masa naik

4.05ptg - sampai bawah balik ke Kem Sg. Pauh

29 Dis 2008
Gunung Jasar

bekfast megi jer..pastu Ag tapaukan roti canai.encik Khalid or Khalil aku x sure..dia tunjukan trek tuk naik Jasar..Pacat x naik so aku berdua jer naik..start kat Tanah Rata..

10.45pg - start naik..trek cun..dah nak sampai jumpa menara (sebenarnya power supply).dah lupa direction yg di berikan oleh en khalid or khalil td. kol pastu dah dapat direction..naik skit jer lg tanah merah tu pastu sampai Jasar katanya..

11.10pg - sampai Jasar..lepak makan roti canai sambil layan hujan..

12.00tghari - sampai bawah pastu jalan kaki keluar ke Gerai Zainab..lepak makan2

2.00ptg - Gerak balik KL

the end...............