Sunday, October 2, 2011

Mt Brinchang Irau

Tarikh : 1-2 Oct 2011
Lokasi : Cameron Highlands, Pahang

Mt. Brinchang
Masa treking : 58min (naik), 49min (turun)
Jungle Walk No. 1

Mt. Irau
Masa Treking : 2jam (naik), 1 jam 45min (turun)
Jungle Walk No.14





Tuesday, September 27, 2011

Siemens Run 2011

Tarikh : 25 September 2011
Tempat : Dataran Merdeka
Waktu: 7:30pagi
Jarak : 10.17km
Timing : 53min
Position : 12th
Hadiah : RM100

Sunday, September 18, 2011

Salomon X-Trail Run 2011

Lokasi : UPM, Serdang
Tarikh : 11 Sept 2011
Timing : ....... (tak tahu)
Position : 11 (Amkan!)



Majlis Perkahwinan Pie & Najiah 17 Sept 2011


Lokasi : Simpang, Perak

Tahniah pada Pie & Najiah
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat


Maljis Perkahwinan Watie & Krel 16-17 Sept 2011

Lokasi : Bukit Jana, Taiping

Tahniah pada Watie & Krel
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat




Sunday, September 11, 2011

Eid Mubarak 2011


Big Happy Family

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga

Sawarabina Cafe

Sandwich mixed with chicken and lamb...
Ni juadah lepas balik dari Red Wok, Bangi.. Bukan tak kenyang makan kat Red Wok tu tp nafsu makan memang mengalahkan hantu raya :-)

Red Wok, Bangi








Berbuka puasa di Red Wok, Bangi bersama :
1. Puan Aida & Husband & Baby & Sister + Sister friend
2. Puan Azrien & Husband & Baby
3. Nuru
4. Ain
5. Masitah

Plan asal nak makan steamboat tapi dah fully booking. Ala Carte pon ok laaa. Lepas balik dari Bangi, lepak kat Sawarabina Cafe di Tasik Titiwangsa... lyan sandwich arab pulak.

Saturday, July 30, 2011

Cepatlah masa berlalu

Tertekan dengan situasi sekarang. Keadaan yang menghimpit diri. Semakin terhimpit dengan situasi sekarang. Kadang-kadang rasa macam tak cukup oksigen. Sukar nak bernafas. Ini lah ujian Mu. Kadang-kadang redha, kadang-kadang sebaliknya.

Berkampung di Trolak

17-28 Julai 2011
FELDA Residence Trolak, Sungkai Perak

Kursus Induksi Modul Umum Kump 1 Bil 2/2022. Mengimbau kembali zaman belajar dulu. Paling teruk waktu dah last nak hbis kursus. 3-4 hari terakhir. Acara tido dalam tandas. Time kuliah ponteng tido dalam tandas disebabkan mengantuk yang melampaui batas. Waktu kuliah pulak tido je memanjng walaupon duduk barisan paling depan sekali.

Aktiviti memang pack sangat-sangat. Pagi solat subuh berjemaah. Sambung terus riadah pagi. Breakfast. Mandi bersiap2 ke kelas. Pukul 7.45 dah terpacak kat kelas. Pukul 10.30pg minum pagi. sambung kuliah. Pukul 1 lunch n solat. pukul 2.30ptg sambung kuliah. Pukul 4.30 habis kuliah. Pukul 5ptg sambung riadah petang. Pukul 6.30 dinner+ solat maghrib n isyak berjemaah. Sambung kuliah sampi pukul 10.30-11.00 malam (bergantung pada fasilitator, kadang-kadang sampi pukul 12mlm)

Assignment group + assignment individu + exam. Memang rabak mata. Assignment individu memang sangat comot. Penuh dengan liquid paper pada awalnya. Tapi dah last-last potong jer.
Alhamdullilah berjaya habiskan dan harap-harap takla datang lagi ke situ :-)

notakakikukucekam:
teringat masa zaman kem wildlife dulu. situasi yang sama cuma keadaan tempat je berbeza. dulu tido dalam khemah, sekarang dalam hotel...lagi selesa untuk tido

Mt Berembun 15-16 Julai 2011



Acara lari naik gunung + acara yang sangat sihat. Baik untuk jantung dan hati yang tengah tak keruan. Tapi sekejap je sembuh lepas tu berdarah kembali. Boleh dikatakan lebih pada mencari makan. Kategori women closed. Checkpoint sampai ke Kem Y sahaja. 1jam 09min sampi ke situ pastu patah balik 1jam00min (kaki kanan dah mula cramp). 1st placing untuk kategori ini.

Friday, July 8, 2011

Bukan rezeki

Setiap apa yang diberikan oleh-Nya ada nikmahnya dan setiap benda yang ditarik oleh-Nya pun ada hikmahnya. Kali ni bukan rezeki aku. Mungkin rezeki lain atau dengan cara lain yang akan sampai. Bukan kita tidak bagus (sedapkan hati sendiri) tp kita terlalu bagus untuk sesuatu itu. Atau ada sesuatu yang lagi bagus daripada itu menunggu kita. Siapa yang tahu kan?

notakakikukucekam:
stok coklat untuk kami makan di kala kebosanan.

Saturday, June 25, 2011

Merajuk seketika

Setakat ni semua plan kena cancel. Asal ada plan je kena outstation.

Sepatutnya 16-19 Jun 2011 plan nak naik Gunung Benum. Awal-awal lagi dah plan tp terpaksa cancel sebab kena g outstation 19-22 Jun 2011 di Terengganu.

Paling pahit bila tak dapat lari SCKLM pada 26 Jun 2011. Semua dah prepare. Mental dan fizikal. 21km. 26-30 Jun kena outstation lagi. Ke Terengganu lagi. Terasa hati sikit dengan keadaan sekarang.

Bulan Julai aku nak balas dendam. Nak cabar keadaan sebab mempermainkan perasaan aku. Ni jadual bulan Julai :

2 Julai 2011 - Cabaran Telapak Buruk
5-6 Julai 2011 - Kursus
9-12 Julai 2011 - Gunung Korbu Gayong
13-14 Julai 2011 - Kursus
15-16 Julai 2011 - Gunung Berembun
17-28 Julai 2011 - Kursus Induksi
30 Julai 2011 - Shape Run

Amacam? ada sesapa berani kacau plan aku?

notakakikukucekam :
SCKLM lebih pada rasa hati pada diri sendiri dan situasi semasa :-(

Saturday, June 18, 2011

KARMA Lagi.....

Setiap sesuatu/benda yang kita ambil/rampas dari orang lain/hak orang lain pasti takkan lama berada dalam genggaman kita. Milik kita/hak kita pasti akan di tarik juga satu hari nanti. Cepat atau lambat, sedar atau tidak sedar. Secara kasar atau halus. Secara terang-terangan atau secara maya. Itu adalah pasti. Dan sesuatu/benda yang bukan milik kita itu pastinya tidak akan kekal. Percaya atau tidak. Dan perasaan bersalah itu tetap ada walau sekeras mana pun hatinya. Bayangkan anda berada di situasi yang mana miliknya/haknya di rampas? Cuba bayangkan.... dan perasaan sebagai perampas yang secara tidak sengaja. Rampas segalanya. Masa/waktu, wang ringgit, kasih sayang barangkali?

Berkongsi? Sharing is caring? F**K. Kongsi semuanya? Tak mungkin semuanya boleh di kongsi. Cuba bayangkan situasi seorang wanita ada 2-3 teman lelaki. Cuma teman lelaki yea dan anda perlu berkongsi dengan teman-teman lelaki tersebut. Berkongsi cuma masa dan kasih sayang. Tepuk dada tanya selera.

Salah siapa? Takdir? Diri sendiri... mungkin itu lebih tepat. Kekadang lupa diri, lupa segalanya. Hanyut dengan mainan dunia. Hanyut dengan bisikan setan. Apa lagi yang tinggal? Tiada apa. Cuma kepura-puraan diri sendiri. Dengan masyarakat, orang sekeliling, kawan-kawan dan paling pahit dengan diri sendiri. Kenyataan adalah kenyataan. Tiada apa yang boleh di ubah. Kekal abadi dalam diri. Tiada apa yang tinggal. Tiada.

Mungkin entry ini berbaur sinis dan emotional sikit, tapi ianya adalah kenyataan semasa sekarang.
Ini cumalah luahan perasaan apabila melihat keadaan sekarang yang semakin tunggang terbalik.

Monday, June 13, 2011

Hari pertama

Respon 1 : Eh dah pakai pendakap gigi, buat kat mana, berapa byr, bla bla bla bla

Respon 2 : Pastikan naik pelamin dah bukak pendakap gigi tu (ermm...belum dalam perancangan lg yea)

Respon 3 : Nampak matang laa

Respon 4 : Laaa napa pegi welding gigi tu,

Respon 5 : Nti hantaran kna xtra rm3000...

Respon 6 : Wrn pink jugak ko pilih yeaa..

notakakikukucekam:

hari ni puasa, susah skit nak makan. rasa nyilu sikit. tak sabar nak tunggu Jumaat utk gigi bawah pulak

Sunday, June 12, 2011

bersusah-susah dahulu

Hari ni jumpa dentist lagi. Gigi atas dah berjaya di pasang pendakap. Minggu depan baru buat gigi bawah pulak. Kalu buat serentak memang susah la nak makan. Ni pon aku rasa memang tak selesa sangat-sangat sebab ada besi melekat kat gigi atas ni. Nyilu pon dah ada rasa skit-skit. Masa proses pkai tadi langsung xda rasa pape. Sedar-sedar dah siap. Tp aku punya cuma simple je. Cuma nak rapatkan gigi sahaja. Akan jadi sukar kalau nak tarik ke dalam. Perlu korbankan beberapa batang gigi. Doktor cakap mungkin 2-3 hari nanti akan rasa sakit sebab ia mula menarik gigi-gigi tu. Ponstan? Macam dasat je sakitnya pasni.

Doktor gigi (private) ni pulak memang sempoi gler. Pkai baju kemeja bunga-bunga, jeans. Xda pon pkai baju doktor tu (wrn putih). Sambil kunyah chewgum pulak tu. Aku pilih warna pink untuk kali ni. Ermmm kalu yang bawah nak pakai warna lain ok tak? Selepas setahun setengah baru boleh sengeh dengan panjang lebar ehehehe :-)

Banyak pantang jugak pkai braces ni. Tak boleh gigit benda keras-keras. Nak makan ayam pun kna carik kecik-kecik dulu. Makan buah pun kena potong dulu, xleh main gigit jer. Kena sentiasa bawa berus gigi la pasni. Ermmm tadi dah beli satu set untuk memberus gigi semasa time kerja. Ok, selamat mengalami perasaan yang baru.

Ahad yang mendebarkan

Hari ni rest je kat rumah. Angan-angan nak buat LSD tp kaki dah mula rasa berat so rehat je la arini (manjakan kaki). Appointment dengan Dentist arini pukul 1030pagi. Fuh berdebar2 nak pakai pendakap gigi arini (braces).

Saturday, June 11, 2011

Minum soya di Taman Pertanian Malaysia

Perghhh...soya dia memang terbaik. Aku sedut 2 cawan tuh. Paling terbaik sebab dapat minum lepas Enviro Explorace 2011 anjuran Jabatan Alam Sekitar. Memang lega dapat basahkan tekak dan penuhkan perut lepas lari sejauh 6km (katanya) dengan CP 1 - Orienteering, CP 2 - Asingkan beras, kacang merah, kacang dal n kacang soya, CP 3 - Cari Daun, CP 4 - Anyam Bertam jadikan atap, CP 5- IQ Test, CP 6 - Sumpit dan last sekali CP 7 - Panjat Tali. Satu team 4 orang (men, women, mix). setiap women dalam satu team akan di tolak masa 5 minit. Rezeki hari ni dapat 2nd placing. RM1000 bahagi dengan 4 orang dapat la duit poket rm500 disamping air soya yang terbaik! TQ pada teammate Wawan, Jawa n Len.

Wednesday, June 8, 2011

minggu memanjakan diri

4 June 2011

Pergi Dentist. Tampal satu gigi pastu cuci sekali. Then ke kedai X-ray tp malangnya tutup pulak sempena Hari Keputeraan Agong. Mungkin minggu depan baru boleh selesai. Tak sabar dan berdebar-debar!

Trim rambut skit bagi nampak kemas skit. Dah serabai sangat dah. Gaya macam Lady Gaga pun ada.

5 June 2011

Menikmati hari di Seremban dan makan di Ulu Langat.

7 June 2011

X-ray dah siap. Hari Sabtu (11 June 2011) akan ke sana lagi untuk proses yang seterusnya. Sangat teruja!

notakakikukucekam :

Masih lagi berdoa dan akan terus berdoa semoga dimurahkan rezeki itu. Amin
.

Tuesday, May 31, 2011

27-30 May 2011

Berada di Terengganu bagi acara sukan Jabatan. Semuanya berjalan lancar walaupun pasukan bola jaring mendapat tempat ke 5 tp sekurang-kurangnya mereka seronok. Walaupun banyak halangan akhirnya berakhir jua. Hari ni kita bersusah payah kerana orang lain, mungkin esok kita perlukan bantuan orang lain pulak. Doakan yang terbaik untuk saya yea.

27 May 2011

Satu kita bagi, Allah akan balas 10 kali ganda. Semoga rezeki saya murah. Amin. Doakan yang terbaik untuk saya yea.

21 Mei 2011

sekali lagi Rajah Xpress...

50:00 - 00'00:00 - Air Terjun Chamang - Pintu Rimba
62:40 - 01'52:40 - Pintu Rimba - 1st Sungai
07:08 - 01'59:48 - Rest
24:02 - 02'23:51 - 1st Sungai - Kem Naning
07:31 - 02'31:22 - Rest
34:05 - 03'05:28 - Kem Naning to Kem Batu Hijau
11:30 - 03'16:59 - Rest
39:47 - 03'56:46 - Kem Batu Hijau to Kem Pematang Guntung
03:55 - 04'00:41 - Rest
52:47 - 04'53:28 - Kem Pematang Guntung to Puncak Rajah

28:48 - 05'22:16 - Rest + makan @Puncak Rajah

45:40 - 06'07:57 - Puncak Rajah to Kem Pematang Guntung
02:09 - 06'10:06 - Rest
31:47 - 06'41:54 - Kem Pematang Guntung to Kem Batu Hijau
16:54 - 06'58:48 - Rest
32:38 - 07'31:27 - Kem Batu Hijau to Kem Naning
42:17 - 08'13:44 - Rest (Mandi berendam)
87:17 - 09'41:04 - Kem Naning to Pintu Rimba
04:34 - 09'45:38 - Rest
51:49 - 10'37:28 - Pintu Rimba to Air Terjun Chamang

4'53:28 = Masa Mendaki
5'15:12 = Masa Turun
4'23:24 = Net Masa Mendaki
4'09:18 = Net Masa Turun

notakakikukucekam : rembat dr Bro Zas :-)

Monday, May 16, 2011

Masih belum cukup lagi

Sultan Ahmad Shah Eco Challenge (aku dengan sendirinya menukar kepada Sultan Ahmad Shah Walk Eco Challenge) sebab hampir 70% aku cuma treking biasa bukannya berlari, tu yang timing lari sampi 8 jam. 26.2km tp rasa macam 80km. kaki dah pewai nk angkat pon tak boleh dah. jalan pon seret2 kaki jer. trek pulak jenis nak membunuh. dah keluar kampung masuk hutan balik. asal jumpa water station jer pasti ada hutan lagi lepas tu. panjat batu, lalu paya, memang mental down tahap nak beserah diri je pada jam ke 6... tp sebab terfikirkan tahun lepas DNF, tahun ni aku kena habiskan... no.4 (RM250)...


notakakikukucekam :

napa hadiah bagi kategori men n women open berbeza sedangkan route sama, cut off time pun sama? hadiah bagi women lagi sikit? ktorg ni tak guna kudrat ke? ngat ktorg terbang?

Sunday, May 8, 2011

semakin lanjut usia, semakin nampak muda ... :-)

plan asal nak lari kat Tasik Titiwangsa tp smpi2 je ada charity walk kat sana. register rm10. jalan jer la. 2.6km. mungkin rezeki hari ni. dapat 1st placing, hamper n cash. tp yang paling penting, penting lagi dari charity walk tu adalah..... 2 orang cakap aku kategori remaja, fuh umur 18 tahun? kalu sorg yang cakap aku mcm tak heran sgt tp selang beberapa minit jer sorg lagi ckp... 27 tahun? biar betol? ngat 18 tahun....okeh .... mieo makin muda laaaaa ahahahaha .... TQ (kita jangan tua sebelum usia.)

notakakikukucekam :

tapi kadang-kadang susah gak nampak remaja ni. terutamanya waktu bekerja. "kamu ni anak bos ke" "tak macam staff pun"....uhuhu ada kebaikan dan keburukan :-)

Friday, May 6, 2011

sabtu yang jarang-jarang2 terjadi semenjak dua menjak ni

pukul 530 pagi dah bangun bersiap-siap g ambk moto ngan akak. pukul 6 pg smpi rumah nuru. tinggal pape barang yang patut. bersiap sedia ke Tasik Titiwangsa. 7.5km done. terus balik untuk ke FRIM pulak bagi sesi pemilihan pemain sukan Jabatan bagi acara Lari Berganti-Ganti (1.5k). tak ada wakil lain selain aku bagi kategori wanita, so secara otomatik aku terpilih (uhuhuhu xda pesaing lgsung). lepas habis acara pemilihan, pengurus acara belanja bfast. 1st time aku merempit bawak moto dalam KL. tangan seram sejuk. banyak pulak bas n lori pagi2 buta ni. rasa mcm nk terkencing pun ada. tp sekarang dah selamat smpi. TQ pada Nuru sebab sudi teman aku. cheers!

boleh dikatakan tenang tp kadang-kadang meletup gak la

hari-hari bekerja yang memang betul-betul bekerja. tak sempat nak berpoya-poya. ini la baru kerja namanya. boleh tergeliat jari-jemari aku. minggu depan aku kena g outstation lagi. kali ni ke Negeri Sembilan dari hari Isnin smpi Rabu. lepas tu Jumaat smpi Ahad berada di Pulau Tioman. dengan gaya training yang tak seberapa ni, rasanya cuma berpoya-poya jer la nanti kat sana. lebih kepada percutian. 26-30 May kena berada di terengganu pulak untuk acara sukan Jabatan. masa berjalan dengan pantas sekarang, kita kena kejar masa... dengan pantas ..:-(

Thursday, May 5, 2011

semenjak dua menjak ni jadi perindu plak


minggu lepas aku rindu suasana dalam hutan lepas treking yang basah kuyup, busuk, sejuk lepas tu tukar baju sambil hujan renyai-renyai ... duduk bawah fly dengan tempias hujan kena sikit2... tido ala-ala lembap jer...

rindukan Hartamas-MATRADE-Hartamas

rindu Doublehill

sekarang aku rindu pada Putrajaya .... dan

rindu pada diri sendiri yang seperti dulu ....

notakakikukucekam:

sedap-sedap je Buncit tido

Tuesday, May 3, 2011

3 hari yang superbbbb


30, 31 April dan 1 Mei 2011
Gunung Rajah + Gunung Nuang

sabtu - 8 pagi start treking nek Lata Naning, lepak layan nasi goreng n megi. pasang khemah, cuaca kat puncak nampak terang. pukul 130 ptg start nek puncak daypack. sampai Permatang Guntung hujan lebat, guruh dan kilat. buat keputusan utk patah balik memandangkan cuaca teruk. dah smpi kem Batu Hijau, matahari keluar senyum melambai2 dari puncak. nak patah balik atau tak? turun jer la... sampi di Lata Naning, air besar xleh nk cross sungai.. lepak layan nasi goreng sambil tengok matahari tersenyum manis.... lepak dalam sejam tgu Raja n Jeff smpi... cross sungai bersama-sama utk elakkan hanyut (maklumla ringan :-)... malam layan ayam msk kicap, tomyam steambot, telo dadar n tea o panas.... fuh ... plan nak naik puncak esok pagi nya tp hampeh !!!!!

ahad - bfast nasi goreng sardin n sardin goreng ... chow trun pukul 9 pg ... otw trun jumpa byk group yg baru nak naik ... malam gerak g ulu langat utk misi gng nuang pulak. sampai Kem Lolo pukul 12 malam... ujan lagi ... pasang khemah, cuci muka, tido :-)

isnin - 9 pagi bro Zas smpi, bfast ns lemak smbl ikan bilis petai, telo mata n telo rebus. gerak nek puncak... view superbbb ..KL nampak jelas... turun Lolo, mandi manda, packing barang2, start turun.... ujan kaw2 tahap 10 kelebatan .. rindu suasana mcm ni.... sampi pejabat renjer, mandi... gerak balik KL, berenti layan durian di hujan hari ... memang superbbbb weekend :-)

Friday, April 29, 2011

banyak yang terbongkar dan pasti akan banyak lagi

LEGA ...... rasa macam dapat tebus balik. Tp KARMA pasti akan tiba jua satu hari nanti. banyak yang perlu diperbetulkan, banyak yang masih tersembunyi. tp hampir 80% (mungkin) dah tebongkar. masanya dah tiba. dahi dah berkerut seribu ... antara percaya dan tak percaya .... setakat ni hampir 75% betul dan benar-benar berlaku. cepatlah pergi ..... jauh-jauh

notakakikukucekam:

apa balasan yang patut untuk orang yang mcm ni?

Thursday, April 28, 2011

hari-hari yang penuh dengan selera makan :-)

sebut je kursus atau miting, mesti makan kaw2 punya. paling busuk dapat makan free 3 kali sehari (siang sahaja)... plg maksima 7 kali sehari (campur siang malam)..... perut dah agak buncit sikit.... tp perut si Buncit memang xleh lawan ar. sib baik sempat gak lari-lari anak belah malam. malam td dapat gak la 5k.. malas-malasan.. tp kna lari jugak sbb makan mcm hantu kelaparan ....

menu pun x wat lagi .... barang-barang sume tak tengok lg, kot2 dah reput (menunjukkan dah lama tak guna) ...

notakakikukucekam:

bingung napa erk ngan orang ni, rasanya aku xda wat salah pape. kiranya ada unsur fitnah, semoga Allah membalasnya dan memberikan pengajaran yang setimpal. Amin.

Wednesday, April 27, 2011

rezeki tahun ni, harap2 ada lagi rezeki lain pasni...

27 April 2011

aku sebenarnya berada di Kepong hari ni dan esok, tapi tak sabar-sabar nak tulis blog. aku luangkan skit masa menulis catatan hari ni. kaki sakit gler semalam dan hari ni. semalam tido kaki aku cramp lagi. 2 minggu lepas pun cramp jugak. ni lah akibatnya tak buat recovery run, duduk je membontot layan si Buncit.... malam tadi buat 5k jer. tu pun dekat2 1km aku jalan kaki jer.

hari ni dapat berita gembira. aku dah lulus Peperiksaan Pengecaman Kayu yang aku rasa paling susah di alam sekarang (alam dah hbis belajar ni)... alhamdullilah. Syukur sangat-sangat. Ada satu lagi yang aku harap akan dapat tahun ni. Semoga rezeki aku melimpah ruah. Amin.

notakakikukucekam:

napa leher Buncit ada lubang? Sian Buncit, patut la dia tido je sepanjang masa...

Sunday, April 24, 2011

bergelumang dengan buku dan orang ramai

Sabtu & Ahad yang sangat santai. Book Fair 2011 kat PWTC. Beli jer la dulu, baca kemudian lain cerita la ahahaha. Minggu ni lebih kepada aktiviti makan jer. Salah satu aktiviti yang tidak sihat sebab makan yang melampaui batasan. Tiada peluh keluar pun minggu ni, esok mungkin baru bermula tp kali ni mungkin lebih kepada perseorangan. Lebih pada rasa ketenangan dan kurang rasa bersalah.


notakakikukucekam:

Sharing is caring? kepala hangguk korang! sharing is SUCK!

Friday, April 22, 2011

hujung minggu tanpa sebarang aktiviti

cik baju, bersabar yea..esok saya keluarkan kamu dari situ

suasana kat opis begitu damai sekali hari ni, ladybos pun mood baik sgt arini (erm...nanti kalu kamu dh pening tgk keje kamu sekarang, tlg sya wat carta perbatuan ni..sambil menghulurkan draf dan aku menyambut dengan baik sekali...:-).

En Khai (bukan nama sebenar) :"cik, boleh tak kalu saya nak benda ni hari isnin nanti (jam sekarang menunjukkan pukul 4 petang)".

Me : "En. Khai, sekarang dah pukul 4, benda ni ada prosedur yg perlu diikuti, perlu surat, perlu pengesahan daripada KP, lepas tu baru kami boleh edarkan pada negeri2, tak boleh main redah jer en. Khai"

En. Khai : "kalau boleh saya nak benda ni segera"

Me : "Surat perlu di keluarkan dulu dari Unit XXXXX sebelum di hantar ke KP utk tandatangan. sya akan usahakan tp memang secara logik tak sempat nak siap hari ni atau isnin. ikut jadual ni, encik kna ambil kira hari cuti Am" bla bla bla smbil tgn aku belek2 jadual...Sabtu & Ahad pun ada? Jumaat (Kedah n Terengganu)....

kalu cerita opis, memang pastinya pasal keje. bla bla bla bla tak hbis-hbis smpi td kna sound ngan sorg member kat opis sebab terlupa waktu rehat (arini jumaat rehat pukul 12:15- 2:45 ptg)....salah satu cara untuk menghilangkan stress kat opis adalah dengan cara berkumpul dengan kwn2 (pompuan sahaja yea sebab lelaki g semayang jumaat) dan mula merepek-repek cerita yang pelik-pelik. memang sangat terhibur. ada pulak memang kaki lawak. gelak smbil guling-guling laaa...owhhh hari ni adalah Earth Day...bersama kita selamatkan bumi kita....

hujung minggu ni nak bertapa dalam rumah jer. minggu depan plan nak naik gng sebab ada cuti 3 hari (hari pekerja jatuh pada Ahad, so Isnin cuti. yippieee). plan asal nak layan Gng Benum tp kna ambk cuti hari Jumaat. memang tak dapat la cuti. saat2 kritikal sekarang ni. bulan 5 nanti mungkin lagi kritikal. tunggu dan rasainya..gng yang runcit je la kot mgu depan. Yong Belar? Rajah? Nuang? tgk la mana yang sempat.

emosi kurang stabil sedikit sekarang. bukan pasal kerja. pasal keadaan sekeliling. tak tahu nak luahkan kat sapa (kat kwn takut bosan plak dgr).....oooo minggu ni memang betul2 rest tanpa setitik peluh pun sehingga sekarang. plan malam ni nak g berlari2 anak di tasik titiwangsa tp mood tak berapa bagus (jgn ikut sgt mood tp suka ati aku la nak manjakan diri sendiri)....jangan pikir sgt nanti mood ilang ( mana boleh biarkan, selagi tak selesai, selagi tu la ia mengganggu kotak fikiran aku)...(sambil aku mengunyah Kuih Loyang Madu, buah tangan dari Kedah hari tu)

malam td aku kna berleter teruk....mcm nak pekak telinga, sib baik aku jauhkan fon dari telinga (ahahahaha padan muka)..kadang-kadang kita perlukan ruang utk diri sendiri.

notakakikukucekam:
  • ckap senang la, cuba tukar position tgk?
  • teringat kenangan dulu, "taknak la aku join diorg, plan memang teruk"....sekarang mana menempel?
  • malu jer ngan diorg tu.........bukan standard aku..sekarang bawah ketiak sapa?
  • sekadar mengingat kembali (bukan mengumpat, kalu ngumpat kata belakang sorok2, ni terus terang tulis)

Thursday, April 21, 2011

21 April 2011 (Khamis)

hari yang agak sibuk hari ni, pagi da perhimpunan bulanan (ngat masa sekolah jer kna perhimpunan, dah keje pun ada jugak), tup tup tup pukul 11 tghari. setelkan pasal peserta pertandingan bola jaring (bulan sukan skrg ni). tup tup tup dah pukul 1 ptg. siapkan bahan-bahan utk mesyuarat program dokumentari. tup tup tup pukul 2 ptg. bla bla bla bla bla miting dah pukul 430 ptg. masuk opis, betulkan surat2 utk dihantar ke negeri2. tup tup tup 5 ptg. balik rumah. kawan-kawan plan msk laksa sarawak arini (chef import dr sarawak). lalalalalalala masak, makan, gosip...tup tup tup 730mlm. 8.00malam balik rumah. oooooo arini xda keje rumah. yay! boleh bersenang lenang..training? recovery run pun tak buat lg ni....esok la start. aku xda mood lgsung skrg. da benda berpusing2 dalam kepala aku sekarang ni.

notakakikukucekam:

arini aku naik angin kat opis, dah suruh aku buat keje tu, jgn la nak campur2 lg. biar je aku setelkan smpi titisan akhir, pastu barulah ko nak merepek2 komen, suruh itu ini.....

Ya Allah, tunjukkan lah jalan yang lurus dan benar kepada ku. Amin....Amin..Amin...

Tuesday, April 19, 2011

badan rasa ringan sikit sekarang

Baru lepas urut dengan Cik Bidan Nuru. sakit rasa macam nak terajang je cik bidan tu. 'ko keje menyawit ke?' tanya cik bidan kat aku setelah menjalankan analisa ke atas ketegangan urat-urat kat badan aku. patut la rasa sakit semacam dan rasa macam nak demam. stress? mungkin jugak kot. mungkin berada di depan komputer melebihi waktu bekerja semenjak dua menjak ni. TQ pada Cik Bidan. Jasamu dikenang.

erm....masih tak puas hati dengan diri sendiri

Result ENR dah kuar.

Official 2:12:42
Net 2: 11 : 58

Masih lagi tahap yang teruk. Lepas ni teruk la lagi kena dera sebab tak mencapai target. Rasa mcm dah nyawa-nyawa ikan dah pulun malam tu, tp still teruk lg, bermakna kna dera lebih teruk lagi la pasni :-(

Sunday, April 17, 2011

hari ni lagi teruk dari semalam


perasaan semalam dan hari ini. tp hari ni lagi teruk dari semalam...nak mengunyah pun sakit :-(

Friday, April 15, 2011

Malam minggu yang berpeluh

plan asal cancel...mood totally out. tp nilah masanya nak lepaskan geram. di mana ada kemahuan di situ ada jalan. sampi kat parking pukul 430ptg. parking bayar RM10? lantak situ la janji ada parking. race start pukul 8. 1 loop kat luar, 2 loops kat dalam. kat luar layan jer...kat dalam dah start mental. memang sangat kelam kabut masa nak masuk loop kat dalam, no briefing before race, tak tahu berapa riben kna collect, berserabut dengan runner 11K n 5.5K. rmai juga yang lalu short cut, xda sesiapa jaga. paling penting jujur pada diri sendiri. aku xtau timing aku sndiri, sbb xda jam. dudududu...1st time lari tak pkai jam. xpe, ada timing chip, nanti aku check kat website (kalu ada la) asalkan aku hbiskan dan ikut route yang betul. 2.30pagi baru sampi rumah.


notakakikukucekam :

aku tumpang org yang beli keta baru

K.A.R.M.A

16 April 2011
......
tik tok tik tok
mood ENR dah xda
tp pergi juga
mencari hiburan
melepaskan sakit hati dan geram
pada diri sendiri
bukan salah sesiapa
salah diri sendiri

notakakikukucekam :

cepatlah berlalu pergi jauh-jauh

hah? dah jumaat arini? dudududu

2 hari rasa macam 2 minggu, pape hal TAHNIAH dulu kepada Puan Azrien yg selamat melahirkan anak pada 13 April 2010 (Rabu)...Fairuz Adam. sekarang tugas menjadi 2 kali ganda (tanggung kerja). cuti? memang agak susah sikit. tido? memulakan tabiat bwk balik keje opis kat rumah sekarang. tp malam ni janji taknak buka dulu keje tu, nak rest. sian kat tilam sebab dah lama tak bermanja-manja dengan aku (alasan je tu).


debaran makin terasa. Litar Sepang? jgn pikir sangat, just enjoy jer tomorrow. feel the run, feel the race..persiapan? seminggu ni lebih pada acara duduk atas kerusi mengadap komputer. Minit mesyuarat? Laporan lawatan? bla bla bla bla....sekarang saya terpaksa menyukai perkataan perbelanjaan, peruntukan, baki peruntukan dududududududuu....



notakakikukucekam :

semoga sentiasa sihat dan ceria, yang penting hati kena tenang.

Thursday, April 14, 2011

4 hari di ketinggian 1200 meter

10 April 2011
Hari pertama di ketinggian 1200 meter.


11 April 2011
Hari kedua. sedikit kepenatan tp di hadiahkan dengan
angin bukan tahap kus-kus. kabus tebal di puncak.


12 April 2011
Penat tp tenang.

13 April 2010
Hati dah berada di KL. pukul 10 malam sampi KL.
Tak sabar nak jumpa ngan Buncit.


Lokasi : The Regency Jerai Hill Resort, Gurun, Kedah
Sebab Berada di sini : Mesyuarat sampi lebam



notakakikukucekam :

rindu pada tilam dan bantal. Rindu pada Buncit juga. tp Buncit?

Saturday, April 9, 2011

lebih pada warna pink



jenis makaan yang kenyang sekejap je. boleh makan ulang-ulang banyak kali. kembali kepada asal barangkali

memang suka kumpul garis-garis

pesen memang suka kumpul parut. kali ni belah kiri. bukan salah hujan lebat, bukan salah kasut licin, bukan salah trek yg menurun je..salah kaki sendiri. jatuh dengan gaya tangan sangkut kat akar, kaki sangkut kat tunggul. dapat masa kat Gng Rajah. Acara berlari dalam guni

sakit tp best



nilah hasilnya. memang sakit tp best. terjatuh dan terlanggar tunggul kayu. tambah lagi koleksi parut. dapat masa trip Gng Tahan. cuti panjang yang ditunggu-tunggu

main link sekarang

Lata Belumut

Batu Gigi/Batu Kerang

Ingatan dah pulih, sekarang dah ingat cara untuk upload gambar. Gambar di atas adalah berkait rapat dengan entry Acara berlari dalam guni

Friday, April 8, 2011

Minggu-minggu terakhir

Lebih kepada acara lari dalam guni lagi minggu ni, minggu terakhir dan persiapan terakhir. Ada sedikit halangan di saat akhir.

5 April 2011
Titiwangsa
5K

6 April 2011
Titiwangsa
7.5K

7 April 2011
Titiwangsa
5K

8 April 2011
Titiwangsa
5K

9 April 2011
Titiwangsa
7.5K

kembali kepada asal barangkali

2 April 2011
Period Pain
Tuang la acara lari dalam guni.

Ranggo, Berjaya Times Square

3 April 2011
Pesen nak seksa kaki. Acara balas dendam dan lepaskan gian.

Petronas Hartamas-MATRADE-Petronas Hartamas
8.2K

Kem Lolo, Ulu Langat
Pej Renjer-Lolo 1:17min
Lolo - Rej Renjer 1:03min

Midvally
Mencari sesuatu yg sejuk dan nyaman serta cair di mulut. (eskrim)

Acara berlari dalam guni

bulan Mac lebih kepada acara berlari dalam guni.

1 Mac 2011
Tangga Apartment 24 tingkat
3 set

2 Mac 2011
Tangga Apartment 24 tingkat
3 set

3 Mac 2011
Tasik Permaisuri
7.8k

4 Mac 2011
Tasik Titiwangsa
5K

5 Mac 2011
Double hill (Reverse)
9k

6 Mac 2011
Hartamas
20k

7 Mac 2011
Tasik Titiwangsa
5K

8 Mac 2011
Gym
40minit

9 Mac 2011
Tasik Titiwangsa
5K

10 Mac 2011
Tasik Titiwangsa
2.5K

12 Mac 2011
Gng Rajah Xpress

Jenis nak seksa kaki. Daypack.

16 Mac 2011
Tasik Titiwangsa
5K

17 Mac 2011
Tasik Titiwangsa
7.5K

19-20 Mac 2011
XPDC Mencari puncak Bukit Kutu, Hulu Selangor
Gng Berembun, CH
Gng Berinchang, CH

trip asal mendaki BUkit Kutu, tp dah sesat hampir 3 jam. Total naik dan turun (sesat) hampir 5 jam lebih. penulisan ini mungkin kasar skit sebab marah yang melampau2. (lain kali jgn berlagak pandai, bodoh sombong, riak dan takbur)

Untuk mengubat hati yang koyak, lajakkan skit ke Cameron Highlands smbl mendaki Gng Berembun dan menaiki kereta ke Gng Brinchang. Balik ke KL dengan menaiki Tow Trak. (kereta rosak smbil tido satu malam dalam kereta).

23 Mac 2011
Tasik TitiWangsa
3.5K

24 Mac 2011
Tasik Titiwangsa
5K

26 Mac 2011
Double Hill
10K

27 Mac 2011
Tangga Apartment 24 tingkat
4 set
Merong Mahawangsa, KLCC

28 Mac 2011
Tasik Titiwangsa
7.5K

30-1 April 2011
Hutan Lipur Gng Belumut, Kluang

Bekerja sambil mendaki Gng Belumut (tak sampi puncak - Batu Gigi/Batu Kerang).

cuti panjang yang ditunggu-tunggu

2-8 Feb 2011
Cuti CNY

Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh)

Trip yang last minit, sepatutnya trip Gng Benum tp belum ada rezeki lagi. Mungkin ada sesuatu yang istimewa kat Benum tu. Tp tak kan lari gng di kejar kan. Ganti ngan Gng Tahan. memang santai-santai...puncak view memang superbbb. rezeki kawan2 semua.

campsite di :
Kem Kor-Kem Kubang-Botak-Lata Luis

16-19 Feb 2011
Taman Negara Mulu, Sarawak

Bukan trip berpoya-poya (trip kerja) tp akan datang lagi untuk berpoya-poya. memang geram je tgk Gunung Mulu. Fuhh sabar...next time datang lagi. Caving di Gua Lang, Gua Rusa, Gua Air Jernih, Gua Angin. menginap di Mulu Royal Resort.

20 Feb 2011
Gng Datok, Rembau

Daypack je. balik layan cendol Leman Dawi.

23 Feb 2011
BLP, Kepong

Exam plg hebat. Semoga lulus. Amin.

28 Feb 2011
Taman Botani Negara Shah Alam.

Bukan saja2 nak pergi. Memang kna pergi (kerja). Dulu dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cahaya.

Permulaan 2011

Ada penutup mesti la kna ada pembukaan. Alasan jer tu :-)

31-2 Jan 2011
Gng Yong Belar, Perak

Line up 6 orang. Memang saja cr penyakit di kala musin hujan. Sejuk tahap dewa melampau2...layan tido puncak Yong Belar. 2nd day kat Charlie. layan skli 3B n puncak 6040 (dulu ms g da org panggil puncak tikus)..hanya jumpa matahari di 3B dan 6040....lepas ni dah serik dah layan Yong Belar di kala musim2 hujan yg sememangnya Yong Belar memang dah sejuk, layan jer laaa....

9 Jan 2011
Gng Nuang, Ulu Langat

Memang tempat fav dan paling dekat. layannnn

29 Jan 2011
Gng Nuang, Ulu Langat

Lagi? Yea...layan mandi kat Lolo..fuhhhh syokkk smbil tapau nasi lemak :-) balik layan durian plak. pastu ke Shah Alam layan Jualan Gudang Brooks. Rembat 3 dry fit baju, 2 tights panjang.

penutup 2010

Sepatutnya 4- 7 Dec 2010 g Gng Benum tp da masalah skit (line up tak cukup)...mungkin ada hikmah nya tu. ngam2 time tu MAHA tengah berlangsung. Jalan-jalan cari makan laaaa smbil tambah ilmu di dada (lebih kepada mencari makanan sebenarnya).

18 Dec 2010
Gng Nuang, Ulu Langat

25-26 Dec 2010
Gng Liang East & West, Tanjung Malim.

Penutup 2010. start naik ke campsite 7E hampir pukul 9 malam. sampai hampir mencecah jam 3pagi. cuma bertiga je. Lain2 dah naik pg Jumaat tu. tp disebabkan kerja dan penyakit gian datang, redah jer laa...

dah basi tp nk post jugak

4-7 Nov 2010
Gng Gerah, Grik, Perak

sorg-sorg je xda member tp sbb memang nk sgt2 layan gng ni...redah je. line up sume ok. lajak satu hari lg sebenarnya. memang tiptop gng ni. dah lupa mana letak log..mungkin repeat balik..da tempat yg menarik di sana :-)

20-21 Nov 2010
Penang Bridge International Marathon
Half Marathon 2:09:22

ujan lebat kaw2...2 kali kaki cramp. sib baik dh habis dalam 10 minit baru kena penyakit cramp tu.

entry balas dendam ni

last post xtvt bertarikh 17 Julai 2010. sekarang dah 9 April 2011. nak upload gmbr pun dah lupa cmana...

16 September 2010 (raya ke-7)
Gng Nuang, Ulu langat

3-7 Oct 2010
Kota Kinabalu, Sabah

16-17 Oct 2010
Gng Rajah, Bentong

22-24 Oct 2010
Singapore

25-28 Oct 2010
Taman Negeri Gng Stong, Kelantan

Bulan Oct yg memang padat tp enjoy...(termasuk bersukaria dan bekerja)..ehem....walaaaa

tenggelam timbul balik

akhirnya dapat juga update blog :-)
byk benda nk tulis ni..mungkin mencecah 20 entry :-)

Tuesday, February 8, 2011

arghhh...:-(

ianya makin sukar. terlalu sukar. tp pasti akan berakhir cuma sgt sukar dan pedih.

Sunday, January 30, 2011

minta maaf

sangat-sangat mohon maaf kerana terpaksa menukar setting blog ni buat sementara waktu. tiada kena mengena dengan anda semua. harap maklum. tp sekarang dh kembali normal. mieo yang dulu dah kembali :-)

Monday, January 17, 2011

ehemmm

penat bersihkan sarang labah-labah yang bertempek kat blog ni..hampir 5 bulan meninggalkan blog. x sabar nak kembali merepek2. ada sedikit masalah yg tak dapat nak di elakkan. sekarang dah kembali. mungkin lepas CNY nti kembali aktif. byk benda nak tulis ni..x sabar :-)

Saturday, August 7, 2010

Angsi


7 Ogos 2010
Start naik pukul 9pg. pukul 10:30 sampai puncak.lepak 30min. Turun. Secrect Recipe at Seremban 2. Malam di Pesta buah buahan putrajaya. Ikan Bakar di Bangi.

Mt Trus Madi, Tambunan, Sabah (2642m apl)


Line Up - Abg Shahrul, Azizi, Iqbal, Mieo
Guide - Andrien
4WD - Richard

Total cost - RM 190 (untuk Trus Madi sahaja, tidak termasuk flight, transport untuk bergerak dari KK ke Tambunan, makan-makan sepanjang di Hutan Bandar)

Guide - RM180 per/group*
4WD - RM400 per/group*
Ration - RM30 per/head (bergantung pada nafsu makan korang)*
Permit + Sijil - Rm22 per/head*
*sekadar rujukan untuk mereka yang memerlukan

30 July 2010
3:40pg - KL Sentral
7:50pg -LCCT
10:30pg - K. Kinabalu
2:30ptg - Pej Hutan Daerah Tambunan
4:00ptg - Keningau

31 July 2010
6:30pg - Gerak ke Balai Polis Tambunan. Parking kereta.
7:40pg - 4WD ke Mt Trus Madi
8;36 pg - CP Jabatan Hutan Sabah. Reg lagi sekali di sini.
9:12pg - Starting Point
9:20pg - Start Treking
9:52pg - Pondok 1. Rehat 15min
10:23pg - Rehat lgi (15min)
10:59pg - Pondok 2. Rehat.
11:34pg - Rehat lagi
12:16tghari - Rehat lagiiiiii.....
1:04ptg - Sampi Cabin. Rehat sampi lebam!!!. ada 7 katil double deckers.

1 ogos 2010
3:26pg - Start naik puncak
4:14pg - Repeater Station. Rehat 30min.
4:54pg - Peak. Suhu 10C. Kabus tebal. Tiada sebarang View.
6:39pg - Start turun
7:26pg - Sampi Kabin
8:17pg - Start keluar. sampai pondok 1 rehat 15 min.
10:09pg - Sampai starting Point.

2 Ogos 2010
Keningau
Kimanis
Banjaran Crocker Park
Bandukan

3-4 Ogos 2010
Kota Kinabalu

5 Ogos 2010
Kerja mcm biasa daaa

37kg?

27 July 2010
Berat aku cuma 37kg..patut la semua orang tegur aku makin kurus....

PD


24-25 July 2010
Anggap la ianya suatu percutian yang hebat!! Tahniah pada kawan-kawan seperjuangan!

Siemens Run

8 July 2010
Sepatutnya lari hari ni tp keadaan kaki masih lg tak mengizinkan. Tahniah pada semua rakan--rakan seperjuangan.

~~~~~

2-3 July 2010
Balik kg. Majlis Perkahwinan. Tahniah pada adik aku Che Engku Mohd Khairul & Ila (x igt nama betul adik ipar)

11-13 July 2010
Berada di Ipoh. Seminar.

7 July 2010
1st xtvt selepas berehat lama. Gunung Angsi. Kaki dah ok skit tp masih lagi sakit. Sampai puncak 2jam setengah.

SCKLM

27 Jun 2010

Tiada gambar. Merupakan record ketiga DNF aku. * 1st masa kat Taiping Iron Bound Challenge 2008- Sesat, 2nd masa kat Tioman EcoChallenge 2010 - Sesat jugak. Tp SCKLM ni bukak sebab sesat tp sebab dah tak mampu nak mengangkat kaki. Baru 16k lari kaki dah mula sakit. Aku buat keputusan naik ambulans. 1st time naik ambulans. Tahun depan aku tebus balik SCKLM.

2 minggu kaki tempang. 5 kali g berurut.

Berehat hampir sebulan setengah...tanpa sebarang xtvt yg menggunakan kaki.

Cuti-cuti



18-19 June 2010
Berada di Singapore. Jalan-jalan. Makan-makan. Shopping.
20 June 2010
Kena dera lari 9k di Hartamas.