Sunday, December 20, 2009

sakit bahu jenis nak angkat air 1 liter pon mengah

10:30pg - hujan renyai2 mls gler nak bangun. siap2 gerak start treking dari Kem Sungai Pauh menuju ke Gunung Brinchang. dari Kem Sg. Pauh ke Pintu masuk Brinchang pon dah mengah. sebelum ni tak penah lalu jalan hutan. naik keta je sampai terus ke puncak Brinchang. Trek ok santai jer. dalam sejam setengah sampi puncak Brinchang

12:00pg - sampai Puncak Brinchang. memang penuh dengan manusia.

12:30tghr - start naik Irau. seperti biasa bermula acara bermain lumpur. awal2 naik mmg elak tp kalo dah terjatuh sampai tangan tenggelam paras siku nak elak cmana lg. layan jer la. smpi anak Irau jumpa abg Musz tgh masak ayam kurma. lepak2 sembang sampi lupa bahawa tak sampi puncak lg rupanya.

3.00ptg - sampai puncak. layan nasi yg di tapau dari kedai kat Medan Selera Brinchang. renyai2.

3.30ptg - mula turun dari Irau. sejuk dhn angin bukan lg level sepoi2 bahasa.

5.00ptg - sampai pintu Irau. bergegas layan jalan kaki turun ikut Sg Palas.

6.40ptg - sampai Simpang naik ke Gunung Brinchang. Layan cari cendawan goreng.

pesen pakai tight di bukit bintang tp tight cap Mizuno bukan jenama2 gadis yang lain

sedikit kelam kabut pada pagi Jumaat yang mulia. mungkin KARMA!. keluar seawal 630pagi bertujuan mengeluarkan peluh. 730 fikiran terganggu dek kerna lupa membawa bersama kunci rumah. kelam kabut berlari pulang ke rumah seperti berada di acara marathon. sesampai di rumah pintu rumah dah terkunci kerna osmate pesen kerja pada public holiday.

Bukit Bintang. RM10 (sib baik da selit2 duit dalam poket sluar). I/C dan tight, sport shoe dan t-shirt. berbekalkan peluh naik LRT dan Monorel. Mana celah Menara Yayasan Tun Razak? opsss..sempat bertanya pada en polis yang ehsem. "encik polis. mana Menara Yayasan Tun Razak?" cis taktik2 nak mengorat ahaha

pukul 10pg selamat dapat masuk ke rumah dengan kelegaan. kesimpulan daripada cerita di atas adalah sentiasalah membawa kunci rumah anda dan duit untuk emergency.

Wednesday, December 16, 2009

mungkin ini keputusan muktamad kecuali ada sebab yang kukuh untuk merubahnya

yups..ni mungkin keputusan aku yang paling penting. penting untuk menuju ke masa hadapan. mungkin akan merubah segala rutin harian. mungkin rutin harian bertambah baik. bertambah teruk. segalanya mungkin.

dan aku semakin berdebar menunggu saat bulan Febuari. opss.mungkin awal bulan Mac kot. semoga ada jalan penyelesaian yang lain. Amin.

Tuesday, December 15, 2009

sungguh bosan bila.....

- hujung minggu tak ada buat apa-apa. camana eh orang yang tidak mempunyai apa-apa aktiviti sosial?

- balik keje cter pasal keje, pasal bos, pasal opis, masa makan cter pasal keje, tgh shopping cter pasal keje n pasal sume yg berkaitan dengan keje. tp bila cter pasal gunung n race takda pulak boring ehehe

- kat rumah jumpa orang yang sama, kat tmpt keje jumpa orang yang sama..oisshhhh

- hari-hari buat benda yang sama arghhhhhhhhh

skala keresahan berada pada tahap 1

tahap keresahan baru berada pada skala 1. tunggu dah skala 4 baru aku bertindak. buat masa sekarang aku cuma berdoa dan berdoa dan berusaha. aku ada berusaha ke? mungkin tahun 2010 merubah segalanya. semoga perubahan masih lagi dalam perancangan aku. Amin.





tiba-tiba ada rasa debar. arghhhh..lupakan dulu. rezeki ada kat mana-mana cuma lambat atau cepat. lambat? hidup kena teruskan jugak.

7 tahun seorang diri kat KL. aku yakin boleh meneruskan lg hidup ini(bunyi mcm kecewa je). never give up Mieo!!

dah takde keje sangat dah







12jam jalan kaki. dari cerah, gelap sampai cerah balik. satu pengalaman yang menarik. tp aku main2 jer lebih. kagum dengan mereka yang non-stop berjalan sampi pagi. keep moving foward!

Thursday, December 10, 2009

mana aku hilang?


jumaat & sabtu
berada di Tangkak sempena meraikan cinta Aida & Aby. Semoga beliau kekal hingga ke akhir hayat.

ahad
saya telah berpindah dari Serdang ke Cheras, Bandar Permaisuri. sebelum pindah sempat layan Ninja Assasin kat Jusco Cheras Selatan.






isnin-khamis
berada di Perlis. sempat panjangkan kaki melawat Hutan Lipur Bukit Ayer. bersiar-siar di Padang Besar. makanan kat sana memang superbbb. tp kenapa sluar aku makin longgar. mungkin sluar itu semakin membesar. itu adalah analisis yang agak logik kan.

Wednesday, December 2, 2009

kisah pagi Khamis

hujan turun lebat yang bukan lebat main-main. kalo berterusan mungkin akan dilanda banjir kilat (mungkin ada sesetengah tempat dah banjir kilat kot). gagahkan diri bangun dari tido seawal jam 5:15pagi. mandi, solat, breakfast skit (jenis breakfast orang bujang) dan menapak pergi kerja. mengalami sedikit basah tapi tak memberikan apa-apa kesan pada penampilan aku di awal pagi ni. terlena sekejap dalam bas mungkin kerana letihan 8km malam tadi dan perjumpaan untuk persiapan CUS ujung bulan ni. pulang ke rumah agak kelewatan sedikit malam tadi namun rutin sebelum tido perlu dilakukan seperti biasa. mandi, solat, gosok baju kerja, lipat baju (bukan rutin harian tp malam tadi terpaksa lipat kerna ruang bilik hampir dipenuhi oleh baju-baju belum berlipat) dan tido.

pagi ini dikala hujan sedang menggila aku syok melayan blog. bukak laci capai sebiji epal dan prune (dalam laci ada lagi 2 biji epal dan 3 biji prune). oish ada 2 cikedis (Twisties yang semestinya perisa cheese dan Green Pea Snack). kejap lagi aku mengunyah cikedis itu.

Sekian untuk hari ini..

Tuesday, December 1, 2009

sekian lama

dah lama tak mengeluarkan peluh. rindu plak rasanya. sepanjang 2 minggu berehat sepenuhnya. eh tp aritu naik Angsi jap. sungguh sibuk dengan urusan yg remeh temeh tp kalau dibiarkan akan menjadi rumit.

hanya rekaan semata-mata



cerita ni dah basi tapi aku baru sempat tengok malam tadi. movie pukul 10:30pm. aku sampai rumah nyaris-nyaris pukul 2:00am. pukul 6:00am bangun bersiap-siap untuk bekerja seperti biasa. TQ pada tut tut tut menemani aku sekaligus membelanja makan minum serta movie tersebut.



nota kaki: sori.ternakal skit jer

Sunday, November 29, 2009

tika dan saat ini hingga awal 2010 aku mungkin kelam kabut sikit

Twilight New Moon Movie
korg patut tgk movie nie!!

Laksa Sarawak + Nasi Minyak + Rendang Ayam
TQ pada my sis Leny sbb msk masakan hari raya nie. sgt sedap. 10 bintang utk anda

Gunung Angsi
naik 2jam 20minit. turun 1jam 57minit. hujan lebat ms turun. layan jer la.

Window Shopping
The Gardens n Mid Vally. Teman Leny shopping sakan + ambk bibs n baju tok Salomon. aku tak masuk pon Salomon X-Trail Run.

4-5 Disember 2009
berada di Tangkak sempena meraikan cinta Aida n Aby.

7-10 Disember 2009
berada di Hutan Lipur Bukit Ayer, Perlis - Kursus Pengurusan Pelawat.

12-13 Disember 2009
12 jam jalan kaki Putrajaya

18-20 Disember 2009
Gng Tok Nenek + Gng Yong Yap (harap2 jadi)

26-2 Januari 2009
Gng Chamah Ulu Sepat

Dan pada 3 Januari 2010 genap umur aku 26tahun. Sekian ahaha

Sunday, November 22, 2009

minggu ni sempat jogging n naik tangga je

sempat jogging 5km jer. pastu layan 100 anak tangga. Sekian.

mgu lepas pnye citer baru nk cter mgu nie..



bukan malas nak berblog tp ermmmma malas sebenarnya. mgu lepas pergi jalan2 ke Cameron Highlands sambil naik Gng Berembun. BBQ dalam apartment sbb hujan (goreng ayam yang diperap guna mentega kira bbq ke?) ehehe Sekian. malas kan aku ahahaha

Wednesday, November 11, 2009

Taman Eko Rimba KL




hari nie secara rasminya Bukit Nenas telah di namakan sebagai Taman Eko Rimba KL. dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar. Sama-sama lah kita menjaga hutan kita demi generasi yg akan datang. kalo rajin datang la melawat Taman Eko Rimba KL. Byk yang boleh dipelajari contohnya nama2 pokok dan herba yang terdapat di sini. Masuk adalah percuma. di buka setiap hari dari pukul 7pg- 7ptg.

Merupakan satu-satunya hutan hujan tropika yg masih wujud di tengah2 bandaraya. salah satu kawasan hutan simpanan kekal yang tertua di negara ini.dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld. ianya dikelaskan sebagai Hutan Pendidikan dan Hutan Penyelidikan.

Monday, November 9, 2009

bersiar-siar mendaki gunung bujang melaka tp time turun macam tak cukup kaki



Keretapi Tanah Melayu Berhad
Line Up-Leny, Ikin, Adek, Ma & Kak Zety
Kompleks Rakan Muda Kampar
Flag Off - 8pg (lebih skit kot sbb bermula ngan kategori men open)
11 placing (mula2 kata 10th placing tp pastu jd 11th lak, lantak la)
medal + sijil

awal2 lagi dah pancit. layan jer la lenggang2 kangkung. last naik bujang melaka masa tahun 2005 kalo tak silap. muda remaja lg time tu!! bila lompat jer pinggang rasa sakit. tuk tuk tuk terasa cam berbunyi. sesat lak tu. mental dah down. layan jer la bersiar2. smpai CP 2 lepak minum2 dulu layan borak ngan Munzir. sampai CP 3 layan borak dulu. time trun baru ada mood balik nak berlari. tuk tuk tuk bunyi pinggang aku.layan jer la..smpai jalan raya matahari dah pacak atas kepala. kuar dari hutan da lg 2km kena layan jalan raya. arghhh layan jer la. janji smpai dgn selamat.

paling syok layan ketapi n UNO..rindu zaman dulu2..waaaa mau naik gunung balik ngan Neneng n KakWani!!

Wednesday, November 4, 2009

budak-budak makin besar.makin tua.makin nakal..

pagi tadi Jaafar, Jamal n sorg la blom bagi nama terlepas lagi dari cage dia. Jaafar n Jamal aku tau diorg duk menyorok kat mana. yg sorg lg aku tak tau kat mana dia pergi. pagi tadi dah cari di pelosok rumah tp tak jumpa jgk. nanti balik kerja cari lg.

Bino plak gadoh dengan Jaafar n Jamal. terpaksa aku asingkan Bino kerna telinga beliau cedera. sekarang telinga beliau dah ok tp aku masih lg asingkan mereka.

aku rasa tak lama lg cucu aku akan bertambah lg sebab aku syak da sorg tgh sarat mengandung. ermm...kna bli lg sangkar. lambat laun rumah tu penuh dgn sangkar. sabar jer la wahai housemate ku sumer.

Monday, November 2, 2009

weng..weng..

dah lama tak demam, sakit tekak dan pening kepala. mungkin kesan dari kejatuhan depan bilik mandi ari rabu aritu. elok plak sejam lepas jatuh aku g bersiar2 10km dalam UPM. ari ahad Genting TrailBlazer. elok pulak main hujan. tp arini dah beransur pulih.

hari isnin aku gagahkan diri turun naik tangga selama hampir 40minit. keluarkan peluh sebanyak mungkin. dan hari ni sakit kepala hilang. cuma sedikit selsema n batuk. mungkin boleh hilang sok atau lusa.

terima kasih pada yg mereka2 yang bertanya khabar. yang mengambil berat.

Sunday, November 1, 2009

berjalan-jalan & bersiar-siar di Genting TrailBlazer





Flag Off pukul 8.00pg
Bertempat di Awana Resort
14km (UpHill, OffRoad, Road, Obstacles)
Women Team (2)
8th placing

Thursday, October 29, 2009

akibat kebasahan

pengajaran daripada cerita ini adalah sila lap kaki anda sebelum keluar dari bilik mandi atau anda akan terima akibat yang sama dengan gua iaitu jatuh dengan gaya yang paling buruk dan hampir black out.

dan hari nie badan gua sakit2 ditambah lagi dengan sesi latihan 10km malam td sejurus selepas kejatuhan tersebut.

Sunday, October 25, 2009

gunung Nuang & Mizuno Wave Run


sabtu
lepas subuh gerak g Gng Nuang. Line Up 6 orang. Aku, Ikin, Angah, Kak Zaty, John n Dr Wan. Sampai Kem Lolo pukul 9:30pg. Aku serahkan acara memasak kepada Ikin selaku chef dan pembantu-pembantunya Kak Zety, Angah n Dr Wan. Acara mereka yg seterusnya adalah mandi dan menidurkan diri.

Aku n John meneruskan misi ke puncak. start naik pukul 9:45pg. sampai puncak pukul 12:00pg. Lepak makan nasi lemak sambil bagi makan tupai. dalam pukul 12:47ptg start trun dan sampai ke Kem Lolo pukul 2:30ptg. makanan dah sedia dihidang. Kol 4:30ptg smpai Pejabat Renjer. selepas bye2 pulang ke pangkal jalan. lepak layan bihun sup.

malam diorg ke The Mines membeli belah tp aku layan tdo kat rumah smpi pg.

Ahad
kol 6:45pg gerak ke Stadium UPM untuk acara Mizuna Wave Run 2009 11km. peserta memang rmai dalam ribuan rasanya. sampai ke garisan penamat sebagai peserta yang ke- 102 dengan masa xtau la brapa. janji abis.