Tuesday, May 31, 2011

27-30 May 2011

Berada di Terengganu bagi acara sukan Jabatan. Semuanya berjalan lancar walaupun pasukan bola jaring mendapat tempat ke 5 tp sekurang-kurangnya mereka seronok. Walaupun banyak halangan akhirnya berakhir jua. Hari ni kita bersusah payah kerana orang lain, mungkin esok kita perlukan bantuan orang lain pulak. Doakan yang terbaik untuk saya yea.

27 May 2011

Satu kita bagi, Allah akan balas 10 kali ganda. Semoga rezeki saya murah. Amin. Doakan yang terbaik untuk saya yea.

21 Mei 2011

sekali lagi Rajah Xpress...

50:00 - 00'00:00 - Air Terjun Chamang - Pintu Rimba
62:40 - 01'52:40 - Pintu Rimba - 1st Sungai
07:08 - 01'59:48 - Rest
24:02 - 02'23:51 - 1st Sungai - Kem Naning
07:31 - 02'31:22 - Rest
34:05 - 03'05:28 - Kem Naning to Kem Batu Hijau
11:30 - 03'16:59 - Rest
39:47 - 03'56:46 - Kem Batu Hijau to Kem Pematang Guntung
03:55 - 04'00:41 - Rest
52:47 - 04'53:28 - Kem Pematang Guntung to Puncak Rajah

28:48 - 05'22:16 - Rest + makan @Puncak Rajah

45:40 - 06'07:57 - Puncak Rajah to Kem Pematang Guntung
02:09 - 06'10:06 - Rest
31:47 - 06'41:54 - Kem Pematang Guntung to Kem Batu Hijau
16:54 - 06'58:48 - Rest
32:38 - 07'31:27 - Kem Batu Hijau to Kem Naning
42:17 - 08'13:44 - Rest (Mandi berendam)
87:17 - 09'41:04 - Kem Naning to Pintu Rimba
04:34 - 09'45:38 - Rest
51:49 - 10'37:28 - Pintu Rimba to Air Terjun Chamang

4'53:28 = Masa Mendaki
5'15:12 = Masa Turun
4'23:24 = Net Masa Mendaki
4'09:18 = Net Masa Turun

notakakikukucekam : rembat dr Bro Zas :-)

Monday, May 16, 2011

Masih belum cukup lagi

Sultan Ahmad Shah Eco Challenge (aku dengan sendirinya menukar kepada Sultan Ahmad Shah Walk Eco Challenge) sebab hampir 70% aku cuma treking biasa bukannya berlari, tu yang timing lari sampi 8 jam. 26.2km tp rasa macam 80km. kaki dah pewai nk angkat pon tak boleh dah. jalan pon seret2 kaki jer. trek pulak jenis nak membunuh. dah keluar kampung masuk hutan balik. asal jumpa water station jer pasti ada hutan lagi lepas tu. panjat batu, lalu paya, memang mental down tahap nak beserah diri je pada jam ke 6... tp sebab terfikirkan tahun lepas DNF, tahun ni aku kena habiskan... no.4 (RM250)...


notakakikukucekam :

napa hadiah bagi kategori men n women open berbeza sedangkan route sama, cut off time pun sama? hadiah bagi women lagi sikit? ktorg ni tak guna kudrat ke? ngat ktorg terbang?

Sunday, May 8, 2011

semakin lanjut usia, semakin nampak muda ... :-)

plan asal nak lari kat Tasik Titiwangsa tp smpi2 je ada charity walk kat sana. register rm10. jalan jer la. 2.6km. mungkin rezeki hari ni. dapat 1st placing, hamper n cash. tp yang paling penting, penting lagi dari charity walk tu adalah..... 2 orang cakap aku kategori remaja, fuh umur 18 tahun? kalu sorg yang cakap aku mcm tak heran sgt tp selang beberapa minit jer sorg lagi ckp... 27 tahun? biar betol? ngat 18 tahun....okeh .... mieo makin muda laaaaa ahahahaha .... TQ (kita jangan tua sebelum usia.)

notakakikukucekam :

tapi kadang-kadang susah gak nampak remaja ni. terutamanya waktu bekerja. "kamu ni anak bos ke" "tak macam staff pun"....uhuhu ada kebaikan dan keburukan :-)

Friday, May 6, 2011

sabtu yang jarang-jarang2 terjadi semenjak dua menjak ni

pukul 530 pagi dah bangun bersiap-siap g ambk moto ngan akak. pukul 6 pg smpi rumah nuru. tinggal pape barang yang patut. bersiap sedia ke Tasik Titiwangsa. 7.5km done. terus balik untuk ke FRIM pulak bagi sesi pemilihan pemain sukan Jabatan bagi acara Lari Berganti-Ganti (1.5k). tak ada wakil lain selain aku bagi kategori wanita, so secara otomatik aku terpilih (uhuhuhu xda pesaing lgsung). lepas habis acara pemilihan, pengurus acara belanja bfast. 1st time aku merempit bawak moto dalam KL. tangan seram sejuk. banyak pulak bas n lori pagi2 buta ni. rasa mcm nk terkencing pun ada. tp sekarang dah selamat smpi. TQ pada Nuru sebab sudi teman aku. cheers!

boleh dikatakan tenang tp kadang-kadang meletup gak la

hari-hari bekerja yang memang betul-betul bekerja. tak sempat nak berpoya-poya. ini la baru kerja namanya. boleh tergeliat jari-jemari aku. minggu depan aku kena g outstation lagi. kali ni ke Negeri Sembilan dari hari Isnin smpi Rabu. lepas tu Jumaat smpi Ahad berada di Pulau Tioman. dengan gaya training yang tak seberapa ni, rasanya cuma berpoya-poya jer la nanti kat sana. lebih kepada percutian. 26-30 May kena berada di terengganu pulak untuk acara sukan Jabatan. masa berjalan dengan pantas sekarang, kita kena kejar masa... dengan pantas ..:-(

Thursday, May 5, 2011

semenjak dua menjak ni jadi perindu plak


minggu lepas aku rindu suasana dalam hutan lepas treking yang basah kuyup, busuk, sejuk lepas tu tukar baju sambil hujan renyai-renyai ... duduk bawah fly dengan tempias hujan kena sikit2... tido ala-ala lembap jer...

rindukan Hartamas-MATRADE-Hartamas

rindu Doublehill

sekarang aku rindu pada Putrajaya .... dan

rindu pada diri sendiri yang seperti dulu ....

notakakikukucekam:

sedap-sedap je Buncit tido

Tuesday, May 3, 2011

3 hari yang superbbbb


30, 31 April dan 1 Mei 2011
Gunung Rajah + Gunung Nuang

sabtu - 8 pagi start treking nek Lata Naning, lepak layan nasi goreng n megi. pasang khemah, cuaca kat puncak nampak terang. pukul 130 ptg start nek puncak daypack. sampai Permatang Guntung hujan lebat, guruh dan kilat. buat keputusan utk patah balik memandangkan cuaca teruk. dah smpi kem Batu Hijau, matahari keluar senyum melambai2 dari puncak. nak patah balik atau tak? turun jer la... sampi di Lata Naning, air besar xleh nk cross sungai.. lepak layan nasi goreng sambil tengok matahari tersenyum manis.... lepak dalam sejam tgu Raja n Jeff smpi... cross sungai bersama-sama utk elakkan hanyut (maklumla ringan :-)... malam layan ayam msk kicap, tomyam steambot, telo dadar n tea o panas.... fuh ... plan nak naik puncak esok pagi nya tp hampeh !!!!!

ahad - bfast nasi goreng sardin n sardin goreng ... chow trun pukul 9 pg ... otw trun jumpa byk group yg baru nak naik ... malam gerak g ulu langat utk misi gng nuang pulak. sampai Kem Lolo pukul 12 malam... ujan lagi ... pasang khemah, cuci muka, tido :-)

isnin - 9 pagi bro Zas smpi, bfast ns lemak smbl ikan bilis petai, telo mata n telo rebus. gerak nek puncak... view superbbb ..KL nampak jelas... turun Lolo, mandi manda, packing barang2, start turun.... ujan kaw2 tahap 10 kelebatan .. rindu suasana mcm ni.... sampi pejabat renjer, mandi... gerak balik KL, berenti layan durian di hujan hari ... memang superbbbb weekend :-)

Friday, April 29, 2011

banyak yang terbongkar dan pasti akan banyak lagi

LEGA ...... rasa macam dapat tebus balik. Tp KARMA pasti akan tiba jua satu hari nanti. banyak yang perlu diperbetulkan, banyak yang masih tersembunyi. tp hampir 80% (mungkin) dah tebongkar. masanya dah tiba. dahi dah berkerut seribu ... antara percaya dan tak percaya .... setakat ni hampir 75% betul dan benar-benar berlaku. cepatlah pergi ..... jauh-jauh

notakakikukucekam:

apa balasan yang patut untuk orang yang mcm ni?

Thursday, April 28, 2011

hari-hari yang penuh dengan selera makan :-)

sebut je kursus atau miting, mesti makan kaw2 punya. paling busuk dapat makan free 3 kali sehari (siang sahaja)... plg maksima 7 kali sehari (campur siang malam)..... perut dah agak buncit sikit.... tp perut si Buncit memang xleh lawan ar. sib baik sempat gak lari-lari anak belah malam. malam td dapat gak la 5k.. malas-malasan.. tp kna lari jugak sbb makan mcm hantu kelaparan ....

menu pun x wat lagi .... barang-barang sume tak tengok lg, kot2 dah reput (menunjukkan dah lama tak guna) ...

notakakikukucekam:

bingung napa erk ngan orang ni, rasanya aku xda wat salah pape. kiranya ada unsur fitnah, semoga Allah membalasnya dan memberikan pengajaran yang setimpal. Amin.

Wednesday, April 27, 2011

rezeki tahun ni, harap2 ada lagi rezeki lain pasni...

27 April 2011

aku sebenarnya berada di Kepong hari ni dan esok, tapi tak sabar-sabar nak tulis blog. aku luangkan skit masa menulis catatan hari ni. kaki sakit gler semalam dan hari ni. semalam tido kaki aku cramp lagi. 2 minggu lepas pun cramp jugak. ni lah akibatnya tak buat recovery run, duduk je membontot layan si Buncit.... malam tadi buat 5k jer. tu pun dekat2 1km aku jalan kaki jer.

hari ni dapat berita gembira. aku dah lulus Peperiksaan Pengecaman Kayu yang aku rasa paling susah di alam sekarang (alam dah hbis belajar ni)... alhamdullilah. Syukur sangat-sangat. Ada satu lagi yang aku harap akan dapat tahun ni. Semoga rezeki aku melimpah ruah. Amin.

notakakikukucekam:

napa leher Buncit ada lubang? Sian Buncit, patut la dia tido je sepanjang masa...

Sunday, April 24, 2011

bergelumang dengan buku dan orang ramai

Sabtu & Ahad yang sangat santai. Book Fair 2011 kat PWTC. Beli jer la dulu, baca kemudian lain cerita la ahahaha. Minggu ni lebih kepada aktiviti makan jer. Salah satu aktiviti yang tidak sihat sebab makan yang melampaui batasan. Tiada peluh keluar pun minggu ni, esok mungkin baru bermula tp kali ni mungkin lebih kepada perseorangan. Lebih pada rasa ketenangan dan kurang rasa bersalah.


notakakikukucekam:

Sharing is caring? kepala hangguk korang! sharing is SUCK!

Friday, April 22, 2011

hujung minggu tanpa sebarang aktiviti

cik baju, bersabar yea..esok saya keluarkan kamu dari situ

suasana kat opis begitu damai sekali hari ni, ladybos pun mood baik sgt arini (erm...nanti kalu kamu dh pening tgk keje kamu sekarang, tlg sya wat carta perbatuan ni..sambil menghulurkan draf dan aku menyambut dengan baik sekali...:-).

En Khai (bukan nama sebenar) :"cik, boleh tak kalu saya nak benda ni hari isnin nanti (jam sekarang menunjukkan pukul 4 petang)".

Me : "En. Khai, sekarang dah pukul 4, benda ni ada prosedur yg perlu diikuti, perlu surat, perlu pengesahan daripada KP, lepas tu baru kami boleh edarkan pada negeri2, tak boleh main redah jer en. Khai"

En. Khai : "kalau boleh saya nak benda ni segera"

Me : "Surat perlu di keluarkan dulu dari Unit XXXXX sebelum di hantar ke KP utk tandatangan. sya akan usahakan tp memang secara logik tak sempat nak siap hari ni atau isnin. ikut jadual ni, encik kna ambil kira hari cuti Am" bla bla bla smbil tgn aku belek2 jadual...Sabtu & Ahad pun ada? Jumaat (Kedah n Terengganu)....

kalu cerita opis, memang pastinya pasal keje. bla bla bla bla tak hbis-hbis smpi td kna sound ngan sorg member kat opis sebab terlupa waktu rehat (arini jumaat rehat pukul 12:15- 2:45 ptg)....salah satu cara untuk menghilangkan stress kat opis adalah dengan cara berkumpul dengan kwn2 (pompuan sahaja yea sebab lelaki g semayang jumaat) dan mula merepek-repek cerita yang pelik-pelik. memang sangat terhibur. ada pulak memang kaki lawak. gelak smbil guling-guling laaa...owhhh hari ni adalah Earth Day...bersama kita selamatkan bumi kita....

hujung minggu ni nak bertapa dalam rumah jer. minggu depan plan nak naik gng sebab ada cuti 3 hari (hari pekerja jatuh pada Ahad, so Isnin cuti. yippieee). plan asal nak layan Gng Benum tp kna ambk cuti hari Jumaat. memang tak dapat la cuti. saat2 kritikal sekarang ni. bulan 5 nanti mungkin lagi kritikal. tunggu dan rasainya..gng yang runcit je la kot mgu depan. Yong Belar? Rajah? Nuang? tgk la mana yang sempat.

emosi kurang stabil sedikit sekarang. bukan pasal kerja. pasal keadaan sekeliling. tak tahu nak luahkan kat sapa (kat kwn takut bosan plak dgr).....oooo minggu ni memang betul2 rest tanpa setitik peluh pun sehingga sekarang. plan malam ni nak g berlari2 anak di tasik titiwangsa tp mood tak berapa bagus (jgn ikut sgt mood tp suka ati aku la nak manjakan diri sendiri)....jangan pikir sgt nanti mood ilang ( mana boleh biarkan, selagi tak selesai, selagi tu la ia mengganggu kotak fikiran aku)...(sambil aku mengunyah Kuih Loyang Madu, buah tangan dari Kedah hari tu)

malam td aku kna berleter teruk....mcm nak pekak telinga, sib baik aku jauhkan fon dari telinga (ahahahaha padan muka)..kadang-kadang kita perlukan ruang utk diri sendiri.

notakakikukucekam:
  • ckap senang la, cuba tukar position tgk?
  • teringat kenangan dulu, "taknak la aku join diorg, plan memang teruk"....sekarang mana menempel?
  • malu jer ngan diorg tu.........bukan standard aku..sekarang bawah ketiak sapa?
  • sekadar mengingat kembali (bukan mengumpat, kalu ngumpat kata belakang sorok2, ni terus terang tulis)

Thursday, April 21, 2011

21 April 2011 (Khamis)

hari yang agak sibuk hari ni, pagi da perhimpunan bulanan (ngat masa sekolah jer kna perhimpunan, dah keje pun ada jugak), tup tup tup pukul 11 tghari. setelkan pasal peserta pertandingan bola jaring (bulan sukan skrg ni). tup tup tup dah pukul 1 ptg. siapkan bahan-bahan utk mesyuarat program dokumentari. tup tup tup pukul 2 ptg. bla bla bla bla bla miting dah pukul 430 ptg. masuk opis, betulkan surat2 utk dihantar ke negeri2. tup tup tup 5 ptg. balik rumah. kawan-kawan plan msk laksa sarawak arini (chef import dr sarawak). lalalalalalala masak, makan, gosip...tup tup tup 730mlm. 8.00malam balik rumah. oooooo arini xda keje rumah. yay! boleh bersenang lenang..training? recovery run pun tak buat lg ni....esok la start. aku xda mood lgsung skrg. da benda berpusing2 dalam kepala aku sekarang ni.

notakakikukucekam:

arini aku naik angin kat opis, dah suruh aku buat keje tu, jgn la nak campur2 lg. biar je aku setelkan smpi titisan akhir, pastu barulah ko nak merepek2 komen, suruh itu ini.....

Ya Allah, tunjukkan lah jalan yang lurus dan benar kepada ku. Amin....Amin..Amin...

Tuesday, April 19, 2011

badan rasa ringan sikit sekarang

Baru lepas urut dengan Cik Bidan Nuru. sakit rasa macam nak terajang je cik bidan tu. 'ko keje menyawit ke?' tanya cik bidan kat aku setelah menjalankan analisa ke atas ketegangan urat-urat kat badan aku. patut la rasa sakit semacam dan rasa macam nak demam. stress? mungkin jugak kot. mungkin berada di depan komputer melebihi waktu bekerja semenjak dua menjak ni. TQ pada Cik Bidan. Jasamu dikenang.

erm....masih tak puas hati dengan diri sendiri

Result ENR dah kuar.

Official 2:12:42
Net 2: 11 : 58

Masih lagi tahap yang teruk. Lepas ni teruk la lagi kena dera sebab tak mencapai target. Rasa mcm dah nyawa-nyawa ikan dah pulun malam tu, tp still teruk lg, bermakna kna dera lebih teruk lagi la pasni :-(

Sunday, April 17, 2011

hari ni lagi teruk dari semalam


perasaan semalam dan hari ini. tp hari ni lagi teruk dari semalam...nak mengunyah pun sakit :-(

Friday, April 15, 2011

Malam minggu yang berpeluh

plan asal cancel...mood totally out. tp nilah masanya nak lepaskan geram. di mana ada kemahuan di situ ada jalan. sampi kat parking pukul 430ptg. parking bayar RM10? lantak situ la janji ada parking. race start pukul 8. 1 loop kat luar, 2 loops kat dalam. kat luar layan jer...kat dalam dah start mental. memang sangat kelam kabut masa nak masuk loop kat dalam, no briefing before race, tak tahu berapa riben kna collect, berserabut dengan runner 11K n 5.5K. rmai juga yang lalu short cut, xda sesiapa jaga. paling penting jujur pada diri sendiri. aku xtau timing aku sndiri, sbb xda jam. dudududu...1st time lari tak pkai jam. xpe, ada timing chip, nanti aku check kat website (kalu ada la) asalkan aku hbiskan dan ikut route yang betul. 2.30pagi baru sampi rumah.


notakakikukucekam :

aku tumpang org yang beli keta baru

K.A.R.M.A

16 April 2011
......
tik tok tik tok
mood ENR dah xda
tp pergi juga
mencari hiburan
melepaskan sakit hati dan geram
pada diri sendiri
bukan salah sesiapa
salah diri sendiri

notakakikukucekam :

cepatlah berlalu pergi jauh-jauh