Saturday, July 30, 2011

Cepatlah masa berlalu

Tertekan dengan situasi sekarang. Keadaan yang menghimpit diri. Semakin terhimpit dengan situasi sekarang. Kadang-kadang rasa macam tak cukup oksigen. Sukar nak bernafas. Ini lah ujian Mu. Kadang-kadang redha, kadang-kadang sebaliknya.

Berkampung di Trolak

17-28 Julai 2011
FELDA Residence Trolak, Sungkai Perak

Kursus Induksi Modul Umum Kump 1 Bil 2/2022. Mengimbau kembali zaman belajar dulu. Paling teruk waktu dah last nak hbis kursus. 3-4 hari terakhir. Acara tido dalam tandas. Time kuliah ponteng tido dalam tandas disebabkan mengantuk yang melampaui batas. Waktu kuliah pulak tido je memanjng walaupon duduk barisan paling depan sekali.

Aktiviti memang pack sangat-sangat. Pagi solat subuh berjemaah. Sambung terus riadah pagi. Breakfast. Mandi bersiap2 ke kelas. Pukul 7.45 dah terpacak kat kelas. Pukul 10.30pg minum pagi. sambung kuliah. Pukul 1 lunch n solat. pukul 2.30ptg sambung kuliah. Pukul 4.30 habis kuliah. Pukul 5ptg sambung riadah petang. Pukul 6.30 dinner+ solat maghrib n isyak berjemaah. Sambung kuliah sampi pukul 10.30-11.00 malam (bergantung pada fasilitator, kadang-kadang sampi pukul 12mlm)

Assignment group + assignment individu + exam. Memang rabak mata. Assignment individu memang sangat comot. Penuh dengan liquid paper pada awalnya. Tapi dah last-last potong jer.
Alhamdullilah berjaya habiskan dan harap-harap takla datang lagi ke situ :-)

notakakikukucekam:
teringat masa zaman kem wildlife dulu. situasi yang sama cuma keadaan tempat je berbeza. dulu tido dalam khemah, sekarang dalam hotel...lagi selesa untuk tido

Mt Berembun 15-16 Julai 2011



Acara lari naik gunung + acara yang sangat sihat. Baik untuk jantung dan hati yang tengah tak keruan. Tapi sekejap je sembuh lepas tu berdarah kembali. Boleh dikatakan lebih pada mencari makan. Kategori women closed. Checkpoint sampai ke Kem Y sahaja. 1jam 09min sampi ke situ pastu patah balik 1jam00min (kaki kanan dah mula cramp). 1st placing untuk kategori ini.

Friday, July 8, 2011

Bukan rezeki

Setiap apa yang diberikan oleh-Nya ada nikmahnya dan setiap benda yang ditarik oleh-Nya pun ada hikmahnya. Kali ni bukan rezeki aku. Mungkin rezeki lain atau dengan cara lain yang akan sampai. Bukan kita tidak bagus (sedapkan hati sendiri) tp kita terlalu bagus untuk sesuatu itu. Atau ada sesuatu yang lagi bagus daripada itu menunggu kita. Siapa yang tahu kan?

notakakikukucekam:
stok coklat untuk kami makan di kala kebosanan.

Saturday, June 25, 2011

Merajuk seketika

Setakat ni semua plan kena cancel. Asal ada plan je kena outstation.

Sepatutnya 16-19 Jun 2011 plan nak naik Gunung Benum. Awal-awal lagi dah plan tp terpaksa cancel sebab kena g outstation 19-22 Jun 2011 di Terengganu.

Paling pahit bila tak dapat lari SCKLM pada 26 Jun 2011. Semua dah prepare. Mental dan fizikal. 21km. 26-30 Jun kena outstation lagi. Ke Terengganu lagi. Terasa hati sikit dengan keadaan sekarang.

Bulan Julai aku nak balas dendam. Nak cabar keadaan sebab mempermainkan perasaan aku. Ni jadual bulan Julai :

2 Julai 2011 - Cabaran Telapak Buruk
5-6 Julai 2011 - Kursus
9-12 Julai 2011 - Gunung Korbu Gayong
13-14 Julai 2011 - Kursus
15-16 Julai 2011 - Gunung Berembun
17-28 Julai 2011 - Kursus Induksi
30 Julai 2011 - Shape Run

Amacam? ada sesapa berani kacau plan aku?

notakakikukucekam :
SCKLM lebih pada rasa hati pada diri sendiri dan situasi semasa :-(

Saturday, June 18, 2011

KARMA Lagi.....

Setiap sesuatu/benda yang kita ambil/rampas dari orang lain/hak orang lain pasti takkan lama berada dalam genggaman kita. Milik kita/hak kita pasti akan di tarik juga satu hari nanti. Cepat atau lambat, sedar atau tidak sedar. Secara kasar atau halus. Secara terang-terangan atau secara maya. Itu adalah pasti. Dan sesuatu/benda yang bukan milik kita itu pastinya tidak akan kekal. Percaya atau tidak. Dan perasaan bersalah itu tetap ada walau sekeras mana pun hatinya. Bayangkan anda berada di situasi yang mana miliknya/haknya di rampas? Cuba bayangkan.... dan perasaan sebagai perampas yang secara tidak sengaja. Rampas segalanya. Masa/waktu, wang ringgit, kasih sayang barangkali?

Berkongsi? Sharing is caring? F**K. Kongsi semuanya? Tak mungkin semuanya boleh di kongsi. Cuba bayangkan situasi seorang wanita ada 2-3 teman lelaki. Cuma teman lelaki yea dan anda perlu berkongsi dengan teman-teman lelaki tersebut. Berkongsi cuma masa dan kasih sayang. Tepuk dada tanya selera.

Salah siapa? Takdir? Diri sendiri... mungkin itu lebih tepat. Kekadang lupa diri, lupa segalanya. Hanyut dengan mainan dunia. Hanyut dengan bisikan setan. Apa lagi yang tinggal? Tiada apa. Cuma kepura-puraan diri sendiri. Dengan masyarakat, orang sekeliling, kawan-kawan dan paling pahit dengan diri sendiri. Kenyataan adalah kenyataan. Tiada apa yang boleh di ubah. Kekal abadi dalam diri. Tiada apa yang tinggal. Tiada.

Mungkin entry ini berbaur sinis dan emotional sikit, tapi ianya adalah kenyataan semasa sekarang.
Ini cumalah luahan perasaan apabila melihat keadaan sekarang yang semakin tunggang terbalik.

Monday, June 13, 2011

Hari pertama

Respon 1 : Eh dah pakai pendakap gigi, buat kat mana, berapa byr, bla bla bla bla

Respon 2 : Pastikan naik pelamin dah bukak pendakap gigi tu (ermm...belum dalam perancangan lg yea)

Respon 3 : Nampak matang laa

Respon 4 : Laaa napa pegi welding gigi tu,

Respon 5 : Nti hantaran kna xtra rm3000...

Respon 6 : Wrn pink jugak ko pilih yeaa..

notakakikukucekam:

hari ni puasa, susah skit nak makan. rasa nyilu sikit. tak sabar nak tunggu Jumaat utk gigi bawah pulak

Sunday, June 12, 2011

bersusah-susah dahulu

Hari ni jumpa dentist lagi. Gigi atas dah berjaya di pasang pendakap. Minggu depan baru buat gigi bawah pulak. Kalu buat serentak memang susah la nak makan. Ni pon aku rasa memang tak selesa sangat-sangat sebab ada besi melekat kat gigi atas ni. Nyilu pon dah ada rasa skit-skit. Masa proses pkai tadi langsung xda rasa pape. Sedar-sedar dah siap. Tp aku punya cuma simple je. Cuma nak rapatkan gigi sahaja. Akan jadi sukar kalau nak tarik ke dalam. Perlu korbankan beberapa batang gigi. Doktor cakap mungkin 2-3 hari nanti akan rasa sakit sebab ia mula menarik gigi-gigi tu. Ponstan? Macam dasat je sakitnya pasni.

Doktor gigi (private) ni pulak memang sempoi gler. Pkai baju kemeja bunga-bunga, jeans. Xda pon pkai baju doktor tu (wrn putih). Sambil kunyah chewgum pulak tu. Aku pilih warna pink untuk kali ni. Ermmm kalu yang bawah nak pakai warna lain ok tak? Selepas setahun setengah baru boleh sengeh dengan panjang lebar ehehehe :-)

Banyak pantang jugak pkai braces ni. Tak boleh gigit benda keras-keras. Nak makan ayam pun kna carik kecik-kecik dulu. Makan buah pun kena potong dulu, xleh main gigit jer. Kena sentiasa bawa berus gigi la pasni. Ermmm tadi dah beli satu set untuk memberus gigi semasa time kerja. Ok, selamat mengalami perasaan yang baru.

Ahad yang mendebarkan

Hari ni rest je kat rumah. Angan-angan nak buat LSD tp kaki dah mula rasa berat so rehat je la arini (manjakan kaki). Appointment dengan Dentist arini pukul 1030pagi. Fuh berdebar2 nak pakai pendakap gigi arini (braces).

Saturday, June 11, 2011

Minum soya di Taman Pertanian Malaysia

Perghhh...soya dia memang terbaik. Aku sedut 2 cawan tuh. Paling terbaik sebab dapat minum lepas Enviro Explorace 2011 anjuran Jabatan Alam Sekitar. Memang lega dapat basahkan tekak dan penuhkan perut lepas lari sejauh 6km (katanya) dengan CP 1 - Orienteering, CP 2 - Asingkan beras, kacang merah, kacang dal n kacang soya, CP 3 - Cari Daun, CP 4 - Anyam Bertam jadikan atap, CP 5- IQ Test, CP 6 - Sumpit dan last sekali CP 7 - Panjat Tali. Satu team 4 orang (men, women, mix). setiap women dalam satu team akan di tolak masa 5 minit. Rezeki hari ni dapat 2nd placing. RM1000 bahagi dengan 4 orang dapat la duit poket rm500 disamping air soya yang terbaik! TQ pada teammate Wawan, Jawa n Len.

Wednesday, June 8, 2011

minggu memanjakan diri

4 June 2011

Pergi Dentist. Tampal satu gigi pastu cuci sekali. Then ke kedai X-ray tp malangnya tutup pulak sempena Hari Keputeraan Agong. Mungkin minggu depan baru boleh selesai. Tak sabar dan berdebar-debar!

Trim rambut skit bagi nampak kemas skit. Dah serabai sangat dah. Gaya macam Lady Gaga pun ada.

5 June 2011

Menikmati hari di Seremban dan makan di Ulu Langat.

7 June 2011

X-ray dah siap. Hari Sabtu (11 June 2011) akan ke sana lagi untuk proses yang seterusnya. Sangat teruja!

notakakikukucekam :

Masih lagi berdoa dan akan terus berdoa semoga dimurahkan rezeki itu. Amin
.

Tuesday, May 31, 2011

27-30 May 2011

Berada di Terengganu bagi acara sukan Jabatan. Semuanya berjalan lancar walaupun pasukan bola jaring mendapat tempat ke 5 tp sekurang-kurangnya mereka seronok. Walaupun banyak halangan akhirnya berakhir jua. Hari ni kita bersusah payah kerana orang lain, mungkin esok kita perlukan bantuan orang lain pulak. Doakan yang terbaik untuk saya yea.

27 May 2011

Satu kita bagi, Allah akan balas 10 kali ganda. Semoga rezeki saya murah. Amin. Doakan yang terbaik untuk saya yea.

21 Mei 2011

sekali lagi Rajah Xpress...

50:00 - 00'00:00 - Air Terjun Chamang - Pintu Rimba
62:40 - 01'52:40 - Pintu Rimba - 1st Sungai
07:08 - 01'59:48 - Rest
24:02 - 02'23:51 - 1st Sungai - Kem Naning
07:31 - 02'31:22 - Rest
34:05 - 03'05:28 - Kem Naning to Kem Batu Hijau
11:30 - 03'16:59 - Rest
39:47 - 03'56:46 - Kem Batu Hijau to Kem Pematang Guntung
03:55 - 04'00:41 - Rest
52:47 - 04'53:28 - Kem Pematang Guntung to Puncak Rajah

28:48 - 05'22:16 - Rest + makan @Puncak Rajah

45:40 - 06'07:57 - Puncak Rajah to Kem Pematang Guntung
02:09 - 06'10:06 - Rest
31:47 - 06'41:54 - Kem Pematang Guntung to Kem Batu Hijau
16:54 - 06'58:48 - Rest
32:38 - 07'31:27 - Kem Batu Hijau to Kem Naning
42:17 - 08'13:44 - Rest (Mandi berendam)
87:17 - 09'41:04 - Kem Naning to Pintu Rimba
04:34 - 09'45:38 - Rest
51:49 - 10'37:28 - Pintu Rimba to Air Terjun Chamang

4'53:28 = Masa Mendaki
5'15:12 = Masa Turun
4'23:24 = Net Masa Mendaki
4'09:18 = Net Masa Turun

notakakikukucekam : rembat dr Bro Zas :-)

Monday, May 16, 2011

Masih belum cukup lagi

Sultan Ahmad Shah Eco Challenge (aku dengan sendirinya menukar kepada Sultan Ahmad Shah Walk Eco Challenge) sebab hampir 70% aku cuma treking biasa bukannya berlari, tu yang timing lari sampi 8 jam. 26.2km tp rasa macam 80km. kaki dah pewai nk angkat pon tak boleh dah. jalan pon seret2 kaki jer. trek pulak jenis nak membunuh. dah keluar kampung masuk hutan balik. asal jumpa water station jer pasti ada hutan lagi lepas tu. panjat batu, lalu paya, memang mental down tahap nak beserah diri je pada jam ke 6... tp sebab terfikirkan tahun lepas DNF, tahun ni aku kena habiskan... no.4 (RM250)...


notakakikukucekam :

napa hadiah bagi kategori men n women open berbeza sedangkan route sama, cut off time pun sama? hadiah bagi women lagi sikit? ktorg ni tak guna kudrat ke? ngat ktorg terbang?

Sunday, May 8, 2011

semakin lanjut usia, semakin nampak muda ... :-)

plan asal nak lari kat Tasik Titiwangsa tp smpi2 je ada charity walk kat sana. register rm10. jalan jer la. 2.6km. mungkin rezeki hari ni. dapat 1st placing, hamper n cash. tp yang paling penting, penting lagi dari charity walk tu adalah..... 2 orang cakap aku kategori remaja, fuh umur 18 tahun? kalu sorg yang cakap aku mcm tak heran sgt tp selang beberapa minit jer sorg lagi ckp... 27 tahun? biar betol? ngat 18 tahun....okeh .... mieo makin muda laaaaa ahahahaha .... TQ (kita jangan tua sebelum usia.)

notakakikukucekam :

tapi kadang-kadang susah gak nampak remaja ni. terutamanya waktu bekerja. "kamu ni anak bos ke" "tak macam staff pun"....uhuhu ada kebaikan dan keburukan :-)

Friday, May 6, 2011

sabtu yang jarang-jarang2 terjadi semenjak dua menjak ni

pukul 530 pagi dah bangun bersiap-siap g ambk moto ngan akak. pukul 6 pg smpi rumah nuru. tinggal pape barang yang patut. bersiap sedia ke Tasik Titiwangsa. 7.5km done. terus balik untuk ke FRIM pulak bagi sesi pemilihan pemain sukan Jabatan bagi acara Lari Berganti-Ganti (1.5k). tak ada wakil lain selain aku bagi kategori wanita, so secara otomatik aku terpilih (uhuhuhu xda pesaing lgsung). lepas habis acara pemilihan, pengurus acara belanja bfast. 1st time aku merempit bawak moto dalam KL. tangan seram sejuk. banyak pulak bas n lori pagi2 buta ni. rasa mcm nk terkencing pun ada. tp sekarang dah selamat smpi. TQ pada Nuru sebab sudi teman aku. cheers!

boleh dikatakan tenang tp kadang-kadang meletup gak la

hari-hari bekerja yang memang betul-betul bekerja. tak sempat nak berpoya-poya. ini la baru kerja namanya. boleh tergeliat jari-jemari aku. minggu depan aku kena g outstation lagi. kali ni ke Negeri Sembilan dari hari Isnin smpi Rabu. lepas tu Jumaat smpi Ahad berada di Pulau Tioman. dengan gaya training yang tak seberapa ni, rasanya cuma berpoya-poya jer la nanti kat sana. lebih kepada percutian. 26-30 May kena berada di terengganu pulak untuk acara sukan Jabatan. masa berjalan dengan pantas sekarang, kita kena kejar masa... dengan pantas ..:-(

Thursday, May 5, 2011

semenjak dua menjak ni jadi perindu plak


minggu lepas aku rindu suasana dalam hutan lepas treking yang basah kuyup, busuk, sejuk lepas tu tukar baju sambil hujan renyai-renyai ... duduk bawah fly dengan tempias hujan kena sikit2... tido ala-ala lembap jer...

rindukan Hartamas-MATRADE-Hartamas

rindu Doublehill

sekarang aku rindu pada Putrajaya .... dan

rindu pada diri sendiri yang seperti dulu ....

notakakikukucekam:

sedap-sedap je Buncit tido

Tuesday, May 3, 2011

3 hari yang superbbbb


30, 31 April dan 1 Mei 2011
Gunung Rajah + Gunung Nuang

sabtu - 8 pagi start treking nek Lata Naning, lepak layan nasi goreng n megi. pasang khemah, cuaca kat puncak nampak terang. pukul 130 ptg start nek puncak daypack. sampai Permatang Guntung hujan lebat, guruh dan kilat. buat keputusan utk patah balik memandangkan cuaca teruk. dah smpi kem Batu Hijau, matahari keluar senyum melambai2 dari puncak. nak patah balik atau tak? turun jer la... sampi di Lata Naning, air besar xleh nk cross sungai.. lepak layan nasi goreng sambil tengok matahari tersenyum manis.... lepak dalam sejam tgu Raja n Jeff smpi... cross sungai bersama-sama utk elakkan hanyut (maklumla ringan :-)... malam layan ayam msk kicap, tomyam steambot, telo dadar n tea o panas.... fuh ... plan nak naik puncak esok pagi nya tp hampeh !!!!!

ahad - bfast nasi goreng sardin n sardin goreng ... chow trun pukul 9 pg ... otw trun jumpa byk group yg baru nak naik ... malam gerak g ulu langat utk misi gng nuang pulak. sampai Kem Lolo pukul 12 malam... ujan lagi ... pasang khemah, cuci muka, tido :-)

isnin - 9 pagi bro Zas smpi, bfast ns lemak smbl ikan bilis petai, telo mata n telo rebus. gerak nek puncak... view superbbb ..KL nampak jelas... turun Lolo, mandi manda, packing barang2, start turun.... ujan kaw2 tahap 10 kelebatan .. rindu suasana mcm ni.... sampi pejabat renjer, mandi... gerak balik KL, berenti layan durian di hujan hari ... memang superbbbb weekend :-)