Wednesday, October 26, 2011

kesan luaran cepat hilang, dalaman kekal selamanya

Ini la hasil Benum, kesan jatuh dan pacat. Mana nak cari kat KL? kat Benum je ada. Tapi tu semua kesan luaran, kesan dalaman (pahit dan manis) masih lagi terpahat dan akan kekal selamanya.

Akhirnya jumpa

Finally jumpa. Kat Alamanda, KLIA, Sogo pon sama discontinue. Aku jumpa ni kat Langkawi. Aku tak berapa nak paham kenapa nak discontinue? Bau dia sangat nature!


Misi mencari gagal

Misi hari ni mencari sepasang kasut bersaiz UK 5 1/2 di Pavilion KL Shopping Mall gagal. Adizero Adios tiada saiz, Ace tiada saiz, Tempo tiada saiz, Mana tiada saiz...."kami cuma ambil saiz yang besar je dik" ..... "kat The Gardens pon sama, Adidas KLCC tutup buat masa sekarang tapi sama je saiz yang kita ambil" ....."nanti B cari kat Singapore yea, pakai dulu Adizero Boston tu" uhuhuuuu ... ngat nak beraksi kat PBIM nanti dengan kasut baru dan 2XU yang dah setahun aku simpan dalam almari tu...

Oleh kerana kecewa dengan saiz kasut, aku sambar jugak Nike Victory Shape Bra. Nasib ada saiz XS. Susah sangat ke nak ambil stok saiz kecik. Ngat sume orang kat Malaysia ni besar-besar ker?

Tambah lagi 4 besi

Sepatutnya temujanji dengan doktor gigi 22 Oktober 2011 tp disebabkan berada di luar kawasan terpaksa ditunda ke hari ni (26 Okt 2011). Hari ni kali ke -5 tukar getah pada gigi. Tapi kali ni kena tambah lagi 4 besi pada gigi atas hujung. Getah warna putih lagi aku pilih kali ni. Mula-mula plan nak pakai pink tapi terpilih putih pulak. Buat masa sekarang, sakit sikit nak mengigit, nasib baik malam tadi lepas buat recovery run 5.4km aku terus pergi cari ketam dan dah belasah ketam 3 ekor (penangan Benum la ni, elok2 aku memang tak suka hidupan laut tu sebelum ni sebab leceh nak makan tp lepas pekena kat Kemsite Lintang terus mengidam). Sedap-sedap je boleh gigit. Kalau tak memang kempunan la nak gigit sepit ketam.

Mungkin minggu ni kena kurangkan mengunyah sebab dah terasa sengal-sengal manja gigi aku ni. Bermakna minggu ni aku akan berdiet. Yahuuuuuu.... memang plan asal minggu ni nak diet sikit sebab makan dah macam hantu raya je ni.

Gunung Benum (Edisi makan)

Lokasi :
Campsite Lintang

Menu :
1. Ketam masak lemak + sotong + nanas
2. Pari asam pedas
3. Kerabu mangga
4. Sambal belacan
5. Bendi goreng
6. Telur dadar



Lokasi :
Campsite puncak Benum

Menu :
1. Roti Arab + Planta
2. Rendang ayam
3. Kari ayam



Lokasi :
Campsite Sg Besar

Menu :
1. Meggi goreng
2. Sosej
3. Telor rebus


Sumber gambar : Rembat dari kamera Sayero psycho. aku sangat2 lupa bawa kamera.

Tuesday, October 25, 2011

Gunung Benum (Edisi jalan-jalan)

Tempat : Kg Perlok, Jerantut
Tarikh : 22-23 Oktober 2011
Line up : 8 orang
Masa : 40jam 05minit









Sumber gambar : Rembat dari kamera Sayero psycho. aku sangat2 lupa bawa kamera.

Tuesday, October 18, 2011

PIC 2011


Tarikh : 14-15 Oktober 2011
Tempat Tinggal : Pulau Perhentian Besar
Tempat Perlumbaan : Pulau Perhentian Kecil
Waktu: 11:00pagi
Jarak : 14km
Timing : 3:10 min
Position : 5th
Hadiah : RM600

Sunday, October 2, 2011

Mt Brinchang Irau

Tarikh : 1-2 Oct 2011
Lokasi : Cameron Highlands, Pahang

Mt. Brinchang
Masa treking : 58min (naik), 49min (turun)
Jungle Walk No. 1

Mt. Irau
Masa Treking : 2jam (naik), 1 jam 45min (turun)
Jungle Walk No.14





Tuesday, September 27, 2011

Siemens Run 2011

Tarikh : 25 September 2011
Tempat : Dataran Merdeka
Waktu: 7:30pagi
Jarak : 10.17km
Timing : 53min
Position : 12th
Hadiah : RM100

Sunday, September 18, 2011

Salomon X-Trail Run 2011

Lokasi : UPM, Serdang
Tarikh : 11 Sept 2011
Timing : ....... (tak tahu)
Position : 11 (Amkan!)



Majlis Perkahwinan Pie & Najiah 17 Sept 2011


Lokasi : Simpang, Perak

Tahniah pada Pie & Najiah
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat


Maljis Perkahwinan Watie & Krel 16-17 Sept 2011

Lokasi : Bukit Jana, Taiping

Tahniah pada Watie & Krel
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat




Sunday, September 11, 2011

Eid Mubarak 2011


Big Happy Family

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga

Sawarabina Cafe

Sandwich mixed with chicken and lamb...
Ni juadah lepas balik dari Red Wok, Bangi.. Bukan tak kenyang makan kat Red Wok tu tp nafsu makan memang mengalahkan hantu raya :-)

Red Wok, Bangi








Berbuka puasa di Red Wok, Bangi bersama :
1. Puan Aida & Husband & Baby & Sister + Sister friend
2. Puan Azrien & Husband & Baby
3. Nuru
4. Ain
5. Masitah

Plan asal nak makan steamboat tapi dah fully booking. Ala Carte pon ok laaa. Lepas balik dari Bangi, lepak kat Sawarabina Cafe di Tasik Titiwangsa... lyan sandwich arab pulak.

Saturday, July 30, 2011

Cepatlah masa berlalu

Tertekan dengan situasi sekarang. Keadaan yang menghimpit diri. Semakin terhimpit dengan situasi sekarang. Kadang-kadang rasa macam tak cukup oksigen. Sukar nak bernafas. Ini lah ujian Mu. Kadang-kadang redha, kadang-kadang sebaliknya.

Berkampung di Trolak

17-28 Julai 2011
FELDA Residence Trolak, Sungkai Perak

Kursus Induksi Modul Umum Kump 1 Bil 2/2022. Mengimbau kembali zaman belajar dulu. Paling teruk waktu dah last nak hbis kursus. 3-4 hari terakhir. Acara tido dalam tandas. Time kuliah ponteng tido dalam tandas disebabkan mengantuk yang melampaui batas. Waktu kuliah pulak tido je memanjng walaupon duduk barisan paling depan sekali.

Aktiviti memang pack sangat-sangat. Pagi solat subuh berjemaah. Sambung terus riadah pagi. Breakfast. Mandi bersiap2 ke kelas. Pukul 7.45 dah terpacak kat kelas. Pukul 10.30pg minum pagi. sambung kuliah. Pukul 1 lunch n solat. pukul 2.30ptg sambung kuliah. Pukul 4.30 habis kuliah. Pukul 5ptg sambung riadah petang. Pukul 6.30 dinner+ solat maghrib n isyak berjemaah. Sambung kuliah sampi pukul 10.30-11.00 malam (bergantung pada fasilitator, kadang-kadang sampi pukul 12mlm)

Assignment group + assignment individu + exam. Memang rabak mata. Assignment individu memang sangat comot. Penuh dengan liquid paper pada awalnya. Tapi dah last-last potong jer.
Alhamdullilah berjaya habiskan dan harap-harap takla datang lagi ke situ :-)

notakakikukucekam:
teringat masa zaman kem wildlife dulu. situasi yang sama cuma keadaan tempat je berbeza. dulu tido dalam khemah, sekarang dalam hotel...lagi selesa untuk tido

Mt Berembun 15-16 Julai 2011



Acara lari naik gunung + acara yang sangat sihat. Baik untuk jantung dan hati yang tengah tak keruan. Tapi sekejap je sembuh lepas tu berdarah kembali. Boleh dikatakan lebih pada mencari makan. Kategori women closed. Checkpoint sampai ke Kem Y sahaja. 1jam 09min sampi ke situ pastu patah balik 1jam00min (kaki kanan dah mula cramp). 1st placing untuk kategori ini.

Friday, July 8, 2011

Bukan rezeki

Setiap apa yang diberikan oleh-Nya ada nikmahnya dan setiap benda yang ditarik oleh-Nya pun ada hikmahnya. Kali ni bukan rezeki aku. Mungkin rezeki lain atau dengan cara lain yang akan sampai. Bukan kita tidak bagus (sedapkan hati sendiri) tp kita terlalu bagus untuk sesuatu itu. Atau ada sesuatu yang lagi bagus daripada itu menunggu kita. Siapa yang tahu kan?

notakakikukucekam:
stok coklat untuk kami makan di kala kebosanan.

Saturday, June 25, 2011

Merajuk seketika

Setakat ni semua plan kena cancel. Asal ada plan je kena outstation.

Sepatutnya 16-19 Jun 2011 plan nak naik Gunung Benum. Awal-awal lagi dah plan tp terpaksa cancel sebab kena g outstation 19-22 Jun 2011 di Terengganu.

Paling pahit bila tak dapat lari SCKLM pada 26 Jun 2011. Semua dah prepare. Mental dan fizikal. 21km. 26-30 Jun kena outstation lagi. Ke Terengganu lagi. Terasa hati sikit dengan keadaan sekarang.

Bulan Julai aku nak balas dendam. Nak cabar keadaan sebab mempermainkan perasaan aku. Ni jadual bulan Julai :

2 Julai 2011 - Cabaran Telapak Buruk
5-6 Julai 2011 - Kursus
9-12 Julai 2011 - Gunung Korbu Gayong
13-14 Julai 2011 - Kursus
15-16 Julai 2011 - Gunung Berembun
17-28 Julai 2011 - Kursus Induksi
30 Julai 2011 - Shape Run

Amacam? ada sesapa berani kacau plan aku?

notakakikukucekam :
SCKLM lebih pada rasa hati pada diri sendiri dan situasi semasa :-(