Sunday, February 12, 2012

11-12 Februari 2012

11 Februari 2012
Lari geli-geli di Bukit Aman-Bukit Tunku-Tugu-Bukit Aman (10km)@1:03. Lepas tu layan roti telur. Layan kek kat Secret Recipe. sebelah malam menghadiri majlis perkahwinan anak bos di Bangi Golf Resort.

12 Februari 2012
Misi mencari Red Velvet Cake dan juga cupcake di Bangsar Village. Harga sepotong kek adalah rm13 dan cupcake rm6.90.




Friday, February 10, 2012

Kelas ke-3

8 Februari 2012
berlari-lari anak setelah 2 minggu berehat (alasan tak sihat). dapat 2 lap@5.4km = 27minit dengan separuh nyawa. cukup untuk menegangkan urat-urat kaki aku yang dah lama berehat. dan shin splints masih lagi degil.

9 Februari 2012
kelas berenang ke-3. kali ni dah berjaya berenang sejauh 20meter. cikgu aku cakap walaupon gaya berenang buruk dengan lenggok badan yang keras je, dengan macam-macam jenis kuak (cikgu ajar gaya betul)termasuk kuak anjing kegemaran aku tu tp progress aku agak cepat. yang penting sekarang cikgu aku cakap nak bagi aku feel air. keseronokan air. tapi aku masih lagi belum berani ke kawasan kedalaman air 12kaki. tunggu lagi beberapa sesi dan aku sangat tak sabar!

6-7 Feb 2012

Lolo Campsite versi bulan mengambang (13-14 Rabiulawal 1433H)

start treking pukul 12.45tghari. plan asal nak naik puncak tp sampi di lolo campsite dah pukul 2ptg tambah dengan ramai yang camping kat situ, tahap kemalasan melantun-lantun (alasan dah lewat). hanya bersantai-santai di Lolo Campsite. Mandi, Makan, Tido. Mandi 3 kali sehari. Petang(lepas asar), malam (lepas isyak)dan pagi (selepas subuh). Makan 3 kali sehari dengan menu yang paling ringkas. makan petang - meggi special, makan malam - ayam goreng tanpa kunyit (lupa nak bwk), sardin. pagi - nasi himpit cicah sardin, megi. malam cahaya bulan terang sampai ke lantai hutan. pagi selepas sarapan terus packing barang turun. pukul 10.30pagi sampi di pejabat renjer.

4 Februari 2012

Blue Lagoon Versi Berenang kuak anjing
start treking pukul 5.00petang. singgah dulul tapau apa-apa yang patut. kali ni ikin suggestkan satay sebagai menu. sampai puncak mengambil masa 26 minit. dari puncak ke simpang jalan balak 17 minit (trek menurun). dari simpang balak ke air terjun 5minit. siap sedia makan satay sambil posing pastu baru berendam sampi kecut. macam-macam gaya berenang. kuak anjing pon ada. pukul 6.47petang baru gerak keluar. ralat sebab tak sempat nak kejar sunset. dapat menikmati cahaya horizon yang menguning dari celah-celah pokok je. tp kami dapat menikmati pemandangan malam bandar Puchong. singgah mandi di petronas puchong gateway dan makan lagi MC Donald. Balik merayau di Uptown Cheras sambil urut kaki (ikin).





Tuesday, January 31, 2012

29 Januari 2012 (Edisi tayar pecah)

dalam kita bergembira berseronok, ada sedikit ujian. sebagai satu ingatan supaya jangan lupa diri.

29 Januari 2012 (Edisi minum petang)

sekadar alas perot. + mee bandung Muar (tiada dalam gambar)


29 Januari 2012 (edisi perkahwinan)

TAHNIAH kepada Zaiton a.k.a Makton dan Suami (Azmi)
bermula dengan acara menyambut pengantin lelaki-kompang-silat-tol-duduk atas pelamin-renjis-renjis-makan beradab.







29 Januari 2012 (Edisi sarapan pagi)

macam mengalami kejutan budaya sikit sebab sarapan pagi adalah satay? dan saya penggemar makanan tersebut :-)

tak sempat nak ambik gambar mee rebus, sebab terlalu teruja :-)




28 Januari 2012 (Edisi kutu rayau)


28 Januari 2012 (Edisi makan malam)

4.30-9.30malam
bertolak ke Muar. Atas urusan majlis perkahwinan Makton & Azmi. Tp acara paling penting adalah misi mencari ikan bakar dan Mee Rebus. Lepas check in hotel, merayau ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Terbaikkkk!






28 Jan 2012 (Edisi bakar lemak)

7.30-9.30 pagi

Berlari-lari anak di Hartamas-MATRADE-Hartamas+Belakang petronas. 10.5km @ 53:07:44. Cukup la untuk bekalan selama 2 hari aku nak kumpul lemak-lemak jahat.

27 Jan 2012

kadang-kadang terlalu yakin sangat pon boleh membawa kepada kejadian yang tidak diingini. Kejadian berlaku pada pukul 2.30petang lepas lunch hour (Jumaat) ketika nak masuk parking. Nyaris-nyaris bergegar opis.

25 Jan 2012

Kelas renang yang pertama. Sangat2 teruja. Aku akan cuba untuk belajar bersungguh-sungguh yea cikgu. Kelas pertama lebih kepada cara bernafas dalam air dan juga water confident. Sekurang-kurangnya aku dah boleh timbul dan bergerak di atas air.

Monday, January 23, 2012

Sepatutnya

24 Januari 2012

Sebelum tido pasang niat untuk latihan di Bukit Aman Car Park-Bukit Tunku-Tugu Negara-Bukit Aman Car Park tp disebabkan aktiviti midnight movie pada sebelah malamnya, niat tersebut tidak kesampaian. Sebenarnya itu bukan alasan. Paling penting displin.

Mt Nuang

22 Januari 2012

Pertama kali solo trip to Mt Nuang, Ulu Langat. Melayan jiwa kaco. Memang rare bagi seorang gadis macam aku buat trip solo ke Mt Nuang tu. Hanya dengan berbekalkan hati yang keras dan mental yang kuat.

Hujan lebat masa trun dari Kem Pacat smpi ke pejabat renjer.

Broga Hill

15 Januari 2012



Thursday, January 5, 2012

Sweet 28th

3 Jan 2012



Genap 28 tahun. Aku cuma mengharapkan yang terbaik dalam hidup aku. Dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, murah rezeki, kesihatan yang bagus dan diberkati. Amin.

notakakikukucekam : itu semua mainan dunia. takkan kekal selamanya.

Monday, January 2, 2012

2011


Merupakan tahun yang paling banyak cabaran. Paling murah rezeki. Alhamdulilah. Semoga tahun 2012 rezeki akan mencurah-curah lagi. Amin.

Tuesday, December 27, 2011

Meneroka Gua Batu Maloi







24-25 Dec 2011

Bergerak ke r&r Seremban pukul 7:00malam untuk berjumpa dgn lagi 4 orang. Pukul 10 malam bergerak ke Johol. Masuk ke Simpang Ampat-Tampin. Gua Batu Maloi terletak di Kg Air Mawang,Johol. Sampai di Hutan Lipur Gua Batu Maloi pukul 12 malam. Hujan renyai-renyai, kadang-kadang lebat.

Keadaan parking di HL Gua Batu Maloi sangat teruk dengan tanah yang berlecak di sebabkan oleh hujan. Tiada parking khas yang disediakan. Cuma kawasan berumput yang berlecak. Keadaan jalan untuk masuk ke situ juga rosak teruk.

Tiada chalet disediakan dan cuma ada beberapa tapak perkhemahan yang disediakan khas. paling teruk sekali keadaan tandas dan surau yang dah roboh. Tandas dan bilik mandi yang ada yang ada dengan pintu tandas an bilik mandi yang dah roboh dan kepala paip yang dah hilang sangat teruk!

Meneroka gua Batu Maloi mengambil masa 3jam dengan 24 Check point. sepanjang di dalam gua tersebut, anda akan basah kuyup dan anda perlu bersedia untuk bermain dengan arus deras dalam gua tersebut.Anda juga perlu menyelam untuk ke bahagian gua yang lain. Jangan lupa headlamp kerana sesetengah tempat ,memerlukan bantuan cahaya dari lampukepala (headlamp). Anda juga perlu bersedia untuk menerima lompatan sang katak (mungkin putera raja). Sangat2 'rare'.

Nature guide juga sangat berpengetahuan mengenai ilmu perhutanan. 5 bintang untuk mereka. satu interpretasi yang bagus sepanjang perjalanan pulang ke hutan lipur Batu Maloi.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pakej yang ditawarkan, boleh berhubung terus melalui :

En Nazri : 012-257 7137

http://www.facebook.com/pages/Hutan-Lipur-Gua-Batu-Maloi/260694840617769

WND 2081

24 Dec 2011




Sepatutnya aku g dentist hari ni tp atas sebab nak uruskan my new buddy, aku tunda minggu depan. so sekarang aku dah ada teman baru. senang sikit untuk aku bergerak (makin panjang la langkah aku pasni).